Sukar untuk menyaksikannya di luar Jepun! Pelakon/pengarah
Perancis, Jean Reno telah dipilih untuk melakonkan watak Doraemon dalam iklan
terbaru Toyota!
Pada pertengahan bulan lalu, Toyota menerbitkan ‘adaptasi
aksi sebenar Doraemon pertama dalam sejarah’ yang turut dibintangi oleh
Tsumabuki Satoshi (Nobita), Ogawa Naoya (Giant), Yamashita Tomohisa (Suneo) dan
Mizukawa Asami (Shizuka).
Sewaktu pengambaran iklan tersebut, kakitangan terpaksa
menunjukkan aksi lompat keluar dari meja kepada Reno. Dia juga terpaksa membaca
keratin akhbar yang mempunyai dialog bahasa Jepun berulang kali agar dia boleh
mengingatnya.
Yamashita berkata: “Saya sangat seronok kerana belum pernah
mengalami penggambaran iklan seperti ini. Pertama sekali gaya rambut saya
memang menarik. Dengan watak Suneo, saya perlu berjanji untuk menjaga rambut
saya dari setiap sudut ia digambarkan."
Sementara itu, Mizukawa menjelaskan: "Saya memainkan watak Shizuka yang berusia 30 tahun. Saya ingin menunjukkan sikap Shizuka yang berbeza berbanding ketika dia masih kecil. Jadi, sering meminta tunjuk ajar pengarah ketika di set."