Kurata Kogoro yang terkenal kerana menghasilkan patung Votoms berskala sebenar kini sedang membina patung besi setinggi 4 meter yang mempunyai kokpit dan mampu digerakkan.
Robot yang dinamakan Kuratas ini akan menggunakan perisian kawalan robotik V-Sidoyang dibangunkan oleh Yoshizaki Wataru untuk digerakkan. Dengan bantuan Yoshizaki, Kurata mula membina robot ini sejak tahun lalu dan apabila siap dibina, ia mencapai berat sehingga 4 tan.
Robot ini menggunakan kuasa hidraulik yang dikuasakan dengan enjin diesel untuk digerakkan dan memiliki empat kaki yang dipasangkan roda pada setiap satunya. Kokpit terletak di dada robot dan mempunyai pintu yang digunakan kuasa hidraulik untuk dibuka dan ditutup.