Selasa, 4 Januari 2011

Jualan Novel Mizushima Hiro Melambung Tinggi


Pada 15 Diember, beberapa buah kedai buku di Tokyo buka lebih awal untuk memenuhi kehendak kemunculan novel sulung oleh Mizushima Hiro.

Ditulis dengan menggunakan nama sebenarnya Saito Tomohiro, novel bertajuk Kagerou ini telah memenangi anugerah dan dijamin menjadi jualan terlaris dan mengatasi jualan kemasukan ketiga 1Q84, tertibatan yang dinanti-nantikan pada tahun ini oleh penulis terkenal Murakami Haruki.

Syarikat penerbitan Poplar berkata tempahan sebelum jualan untuk Kagerou sangat tinggi selepas ia memenangi Taisho (anugerah tertinggi) dalam anugerah tahunan kelima mereka dan identiti penulisnya didedahkan buat kali pertama.

Sebanyak 430 ribu salinan telah diedarkan, jumlah yang amat banyak untuk cetakan pertama.

Seorang pembaca yang membeli buku itu berkata, “Novel ini telah menjadi topik yang popular di tv dan saya terasa seperti ingin membacanya sendiri.”

Kagerou menceritakan kisah bekas pekerja syarikat yang telah dibuang kerja dan miskin, lalu mengambil keputusan untuk membunuh diri. Tetapi penglibatan dengan urusan kumpulan bawah tanah yang menjual organ manusia menyebabkannya menyedari tentang nilai kehidupan.

Pada awal tahun lalu, Mizushima mengumumkan keputusan untuk berhenti berlakon demi menumpukan perhatian dalam penulisan dan kehidupan peribadinya.