Isnin, 24 Januari 2011

Versailles Muncul Dalam Drama TV



Kumpulan visual rock, Versailles akan muncul dalam drama televisyen untuk kali pertama. 

Onegai Kanaete Versailles/Tolonglah, Versailles Yang Megah adalah drama mini lewat malam yang disiarkan dalam slot 5 minit di saluran MBS dan TVK pada bulan ini.

Drama ini dibintangi Koike Rina sebagai gadis yang miskin tetapi suci bernama Fukurokojo Rina.

Pada suatu hari, sekumpulan "puteri" muncul di hadapannya untuk menunaikan setiap hajatnya, tidak kira apa sekali pun. Jadi, terdapat pelbagai elemen komedi dalam misi mereka.

Antara semua ahli Versailles, hanya vokalis Kamijo yang mempunyai pengalaman berlakon.

Versailles turut menyanyikan lagu tema, Philia yang dirancang untuk diterbitkan sebagai single pada 16 Mac.

Onegai Kanaete Versailles mula disiarkan pada 3 Januari, jam 2:20 pagi di Jepun.


Morning Musume Menambah Empat Ahli Dalam Generasi Ke-9


Hello! Project telah mengumumkan ahli kumpulan Morning Musume yang baru.

Sesi uji bakat generasi ke-9 telah tamat dan tiga finalis telah lulus iaitu Ikuta Erina, Sayashi Riho dan Suzuki Kanon yang berusia sekitar 12-13 tahun. Selain itu, ahli Hello! Pro Egg, Fukuma Mizuki juga menyertai kumpulan ini.

Di samping itu, tiga ahli generasi lalu Kamei Eji, Jun-Jun dan Lin Lin telah "graduasi" dari Morning Musume pada 15 Disember, menjadikan kumpulan ini tinggal lima orang ahli sahaja.

Dengan rekrut baru seramai enam orang, kumpulan ini akan mempunyai sembilan ahli.


Selasa, 4 Januari 2011

Jualan Novel Mizushima Hiro Melambung Tinggi


Pada 15 Diember, beberapa buah kedai buku di Tokyo buka lebih awal untuk memenuhi kehendak kemunculan novel sulung oleh Mizushima Hiro.

Ditulis dengan menggunakan nama sebenarnya Saito Tomohiro, novel bertajuk Kagerou ini telah memenangi anugerah dan dijamin menjadi jualan terlaris dan mengatasi jualan kemasukan ketiga 1Q84, tertibatan yang dinanti-nantikan pada tahun ini oleh penulis terkenal Murakami Haruki.

Syarikat penerbitan Poplar berkata tempahan sebelum jualan untuk Kagerou sangat tinggi selepas ia memenangi Taisho (anugerah tertinggi) dalam anugerah tahunan kelima mereka dan identiti penulisnya didedahkan buat kali pertama.

Sebanyak 430 ribu salinan telah diedarkan, jumlah yang amat banyak untuk cetakan pertama.

Seorang pembaca yang membeli buku itu berkata, “Novel ini telah menjadi topik yang popular di tv dan saya terasa seperti ingin membacanya sendiri.”

Kagerou menceritakan kisah bekas pekerja syarikat yang telah dibuang kerja dan miskin, lalu mengambil keputusan untuk membunuh diri. Tetapi penglibatan dengan urusan kumpulan bawah tanah yang menjual organ manusia menyebabkannya menyedari tentang nilai kehidupan.

Pada awal tahun lalu, Mizushima mengumumkan keputusan untuk berhenti berlakon demi menumpukan perhatian dalam penulisan dan kehidupan peribadinya.

Pemain Gitar Kra Bersara

Mai, pemain gitar kumpulan visual rock Kra bersara pada 28 Disember selepas konsert kumpulan ini di Shibuya C. C Lemon Hall, Tokyo.

Mai tetap bersama Kra walau pun masalah kesihatan yang semakin teruk. Selepas perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan, dia mengambil keputusan untuk bersara dan menumpukan perhatian dalam rawatannya.

Tiga ahli yang ada akan meneruskan aktiviti mereka sebagai Kra.

Hazama Kanpei Hampiri Garisan Penamat


Hazama Kanpei dijadualkan untuk menamatkan marathon dunianya pada 21 Januari. Pelawak veteran berusia 61 tahun ini meluangkan masa 3 tahun berlari dan belayar mengelilingi dunia, malah tetap meneruskannya walau pun didapati menghidap penyakit kanser prostat.

Kini pada hari ke-720, dia telah berlari sejauh 38,600 km dan sedang berlari merentasi tanah besar China. Dia akan belayar dari Qingdao ke Fukoka di mana dia jangka akan menjejakkan kaki ke tanah Jepun pada 4 Januari.

Kemudian, dia meneruskan larian sejauh 659 km ke Osaka Castle Hall, di mana dia akan merentasi garisan penamat dalam satu acara yang istimewa. Tiket untuk acara itu adalah percuma dan diedarkan oleh Yoshimoto Kogyo, agensi pelawak Jepun terbesar.

Video Muzik AKB48 dan Perfume Paling Banyak Ditonton di YouTube di Jepun

YouTube mengumumkan ranking 2010 untuk video muzik yang paling banyak ditonton di seluruh dunia dan beberapa negara.

Di Jepun, video muzik yang paling banyak ditonton didominasi oleh AKB48 dan Perfume, bersama-sama menduduki enam anak tangga dalam 10 tempat tertinggi.