Isnin, 18 Jun 2018

Samurai Biru lebih tajam

Jepun merupakan salah satu pasukan yang paling berjaya di Asia setelah layak ke lima kejohanan Piala Dunia FIFA terakhir berturut-turut dan layak ke pusingan kedua pada 2002 dan 2010.

Digelar Samurai Biru, Jepun telah memenangai Piala Asia dengan rekod empat kali pada 1992, 2000, 2004 dan 2011 serta muncul naib juara Piala Konfederasi FIFA 2001.

Dengan kehadiran beberapa pemain yang beraksi dengan kelab ternama dunia seperti Shinji Kagawa, Nagatomo, Makoto Hasebe serta Keisuke Honda, Jepun sebenarnya sudah membuat rancangan rapi untuk penggiliran pemain dan variasi taktikal yang akan digunakan pada perlawanan sebenar nanti.

Mereka meletakkan sasaran untuk mara ke suku akhir walaupun sedar misi itu memang mustahil untuk dicapai berdasarkan kekuatan pasukan Eropah dan Amerika Selatan.


Gelaran: Samurai Biru
Ketua jurulatih: Akira Nishino
Kapten: Makoto Hasebe
Penyertaan Piala Dunia: Kali kelima
Ranking dunia: 61 (521 mata)
Penjaring terbanyak: Kunishige Kamamoto (80 gol)
Penampilan terbanyak: Yasuhito Endo (152 penampilan)
Pencapaian Piala Dunia 2014: Peringkat kumpulan 








Shinji Kagawa
Pemain berpengalaman, beraksi di posisi tengah menyerang.Kawalan bola menarik dan larian deras selain mampu menjaringkan gol melalui rembatan dari luar kotak penalti.

Keisuke Honda
Faktor usia bukanlah halangan buat pemain ini yang memiliki keyakinan serta semangat tinggi setiap kali beraksi malah boleh dianggap pencetus semangat di kalangan rakan sepasukan.

Shinji Okazaki
Beraksi selaku pemain tengah menyerang. Impak bersama Leicester City tidak perlu dipertikaikan dan tidak mustahil mampu meninggalkan impak pada pentas Piala Dunia kali ini.

Jadual Perlawanan:
19 June 2018 (Selasa) Colombia lawan Jepun
Mordivio Arena / 8 malam

24 June 2018 (Ahad) Jepun lawan Senegal
Ekaterinburg Arena / 11 malam

28 June 2018 (Khamis) Jepun lawan Poland
Volgograd Arena / 10 malam

Senarai Pemain
Penjaga gol: Eiji Kawashima (Metz), Masaaki Higashiguchi (Gamba Osaka), Kosuke Nakamura (Kashiwa Reysol).

Pertahanan: Yuto Nagatomo (Galatasaray), Tomoaki Makino, Wataru Endo (Urawa Reds), Maya Yoshida (Southampton), Hiroki Sakai (Marseille), Gotoku Sakai (Hamburg), Gen Shoji, Naomichi Ueda (Kashima Antlers).

Tengah: Makoto Hasebe (Eintracht Frankfurt), Keisuke Honda (Pachuca), Takashi Inui (Eibar), Shinji Kagawa (Dortmund), Hotaru Yamaguchi (Cerezo Osaka), Genki Haraguchi, Takashi Usami (Fortuna Dusseldorf), Gaku Shibasaki (Getafe), Ryota Oshima (Kawasaki Frontale).

Penyerang: Shinji Okazaki (Leicester), Yuya Osako (Werder Bremen), Yoshinori Muto (Mainz).

Jumaat, 15 Jun 2018

Game Guilty Gear Versi PS1 untuk PS4

Pihak pembangun permainan video Arc System Works telah mengumumkan bahawa permainan video Guilty Gear versi PlayStation yang pertama yang dipasarkan pada tahun1998 akan dihasilkan semula untuk PlayStation 4 dan Nintendo Switch serta untuk pelantar Steam di PC.

Permainan video tersebut pertama kali dipasarkan pada 14 haribulan Mei 1998, bermakna pengumuman ini dilakukan tepat selepas 20 tahun! Tarikh untuk penghasilan semula siri Guilty Gear ini masih belum diumumkan.

Pengarah Love Live! Sunshine!! Bercakap Tentang Gangguan Dialaminya

Pengarah anime popular Love Live! Sunshine!!, Kazuo Sakai telah membuat kenyataan tentang gangguan yang diterimanya di media sosial Twitter di mana sebahagian turut mensasarkan keluarganya.

Baginya: "Saya fikir sangat wajar untuk menerima pelbagai jenis pendapat kerana saya bertanggungjawab sebagai pengarah untuk Love Live! Sunshine!!. Namun, sejak kebelakangan ini, ada beberapa kata-kata yang tidak dapat diterima dimana berkaitan dengan keluarga saya. Saya akan melihat perkembangannya dan akan menghalang semua jenis akaun seperti ini. Minta semua memahaminya."

Sakai juga mungkin akan mengambil tindakan undang-undang jika ia berlanjutan.