Ahli kumpulan idola, AKB48 dari Team B iaitu Mayu Watanabe telah mengumumkan secara lengkap tarikh kelulusannya.
Pengumuman tersebut disampaikan ketika AKB48 tampil bersama kumpulan HKT48 di Theater HKT48 baru-baru ini. Konsert graduasi ahli yang digelar Mayuyu ini akan diadakan di Saitama Super Arena pada 31 Oktober bulan depan.
Sementara itu, acara berjabat tangan terakhirnya akan diadakan sebanyak dua kali, di Nagoya pada 28 Oktober dan juga acara berjabat tangan solo yang akan diadakan di Pacifico Yokohama pada 18 November.
Mayuyu mengatakan: "Sekitar 80%-90% isi kandungan untuk konsert telah diputuskan. Selepas itu, kami akan menampilkan kembali senarai lagu kegemaran saya. Kami akan membuatkan acara terakhir ini sebagai yang takkan dilupakan."
Mayuyu merancang untuk menghabiskan seluruh kegiatannya sebagai idola sehingga akhir tahun ini.