Dalam majalah
Weekly Shonen Jump untuk isu bulan Mac telah mengumumkan bahawa manga
Assasination Classroom akan tamat selepas lima bab. Manga karya Yusei Matsui
yang dalam bahasa Jepun diberi tajuk Ansatsu Kyoushitsu ini telah dilancarkan
sejak tahun 2012 dimana sehingga Mac 2015, sebanyak 13 jilid telah diterbitkan
dan telah dijual sehingga 10 juta salinan.
Majalah Weekly
Shonen Jump untuk edisi ke-16 ini juga turut mengumumkan bahawa edisi ke-12
nanti akan menampilkan "misi terakhir" dan "kesudahan dari
pertempurannya" serta terdapat "pengumuman yang amat penting"
untuk Assasination Classroom.
Selain itu,
Nobunaga Shimazaki akan turut membawa peranan dalam animenya sebagai watak God
of Death dan Kotono Mitsushi sebagai Hiromi Shiota.
Adakah anda mendapat meneka pengakhiran manga Assasination Classroom ini?