Minami Takahashi akhirnya memiliki akaun Twitter! Akaun rasmi ahli AKB48 yang baru saja dibuka dan dalam setengah jam saja pengikutnya sudah mencapai 3 ribu orang!
Terbaru, bilangan pengikutnya sudah melebihi 160 ribu orang! Pada mulanya, dijangka pengikut Takamina akan mencecah sehingga 100 ribu orang dalam masa 24 jam selepas akaunnya dibuka. Tetapi ternyata angka tersebut dapat diatasi dengan mudahnya.
Dalam tweet pertamanya, Takamina mengucapkan terima kasih pada semua orang yang telah mengikutinya. Untuk peminat Takamina, anda boleh mengikuti akaun Tweeter-nya menerusi @taka4848mina.