Majalah V Jump terbitan Shueisha untuk isu Disember telah umumkan permainan video Dragon Ball Xenoverse bakal dipasarkan di Jepun pada 25 Februari 2015! Majalah ini turut umumkan Vegito dan Super Saiyan 4 akan menyertai siri ini sebagai watak yang boleh dimainkan.
Dalam permainan ini, pemain bakal membawa watak asal yang bekerjasama dengan Trunks dan Kai of Time bagi menghalang Towa dan Mira untuk mengubah sejarah kisah Dragn Ball.
Dragon Ball Xenoverse boleh didapati untuk konsol PC, PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox One dan Xbox 360.