Dipetik dari Komik Remaja 29 Mac 2010
Ketua Kumpulan X Japan, Yoshiki telah bercakap secara terang untuk kali pertama berkenaan samannya ke atas Nexstar Corporation.
Pada 10 Mac, dia menyaman syarikat produksi muzik Tokyo tersebut di Mahkamah Daerah Tokyo dengan menuntut ganti rugi sebanyak 375 juta Yen (RM 13.7 juta).
Sejak tiga tahun selepas X Japan kembali, syarikat itu dipercayai berhutang sebanyak 600 juta Yen (RM 22 juta) dari segi bayaran persembahan dan royalti, begitu juga 300 juta Yen (RM 10 juta) untuk tiket serta barangan khas dari 10 konsert.
Bercakap dari pejabatnya di Los Angeles, dimana dia sedang menjalankan rakaman, Yoshiki berkata, “Kepercayaan antara kami telah pun hilang.”
Nexstar masih ada kes yang belum selesai dengan Glay, sebuah lagi kumpulan gergasi J-Rock dengan masalah perundangan.
Kes itu difailkan pada tahun 2005 dan kegagalan untuk menyelesaikannya telah mendorong keputusan Yoshiki untuk membawa masalah X Japan dengan syarikat itu ke mahkamah.