Petikan dari KOSMO! 21 Oktober 2009
Tokyo – Syarikat Suntory Ltd. di Jepun semalam mengumumkan bunga ros biru yang pertama di dunia hasil modifikasi genetik akan dijual pada bulan depan.
Menurut syarikat itu, kajian mengenai bunga ros biru itu dilakukan sejak 20 tahun lalu. Ros biru pertama dihasilkan pada 2004 dengan kerjasama firma bioteknologi Australia, Florigene Pty Ltd.
Ros biru yang dinamakan Applause itu merupakan gabungan gen warna biru yang terdapat pada bunga lain tetapi dimasukkan ke dalam bunga ros.
Selepas memperoleh kelulusan dan hak jualan daripada kerajaan Jepun, sekuntum ros biru itu akan dijual pada harga mencecah 3 ribu Yen (RM 111), jauh lebih mahal berbanding ros merah. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan