Isnin, 19 Oktober 2009

J-Rock di Pearl Harbor


Dipetik dari Komik Remaja 1 Oktober 2009

Ia merupakan satu pilihan tempat yang menarik apabila Vamps menamatkan konsert jelajah mereka dengan sebuah petunjukan di atas sebuah kapal di bekas medan perang. Ia bukannya kapal biasa tetapi USS Missouri di Pearl Harbor, Hawaii.

Kapal perang itu adalah di mana perjanjian menyerah kalah ditandatangani antara Jepun dan Tentera Pakatan di Teluk Tokyo pada September 1945. Kapal itu tamat perkhidmatannya pada tahun 1990an dan kini merupakan sebuah muzium.

Konsert pada 15 September itu adalah antara acara muzik terbesar pertama yang diadakan di situ. Apa yang menarik adalah acara tersebut tidak menarik sebarang perhatian dari media utama Amerika.

Bersama-sama meriam 16 inci dan bendera Amerika yang besar di belakang mereka, Vamps mempersembahkan 20 buah lagu, termasuklah Sweet Dreams yang baru saja diterbitkan. Lebih kurang 600 peminat membayar US$150 (+/-RM520) untuk melihat pertunjukan unik ini.

Vamps ditubuhkan pada tahun 2008 oleh orang utama L’Arc en Ciel, Hyde dan pemain gitar Oblivion Dust, K.A.Z. Mereka turut disertai oleh Ju-ken yang pernah membuat persembahan bersama Gackt dan Yoshiki dari X Japan.

Jelajah ini mengambil tempat di 60 buah pertunjukan di Amerika dan Jepun dan tamat di Hawaii, dimana satu titik pertemuan antara dua negara yang begitu simbolik. Hyde berkata, “Saya fikir ia bagus dimana sebuah alat peperangan boleh digunakan untuk menghantar pesanan keamanan seperti ini.”

Tiada ulasan: