Anak patung barang kemas Hello Kitty yang dihiasi dengan aneka logam berharga telah dipertontonkan kepada khalayak dalam pameran Gurlish Culture Hello Kitty di Tokyo, Jepun baru-baru ini.
Anak patung itu dilitupi 1.027 karat berlian pada bahagian rebennya, 403 permata nilam berwarna merah jambu pada tubuhnya, citrine kuning pada hidungnya, spinel hitam untuk matanya dan keseluruhan 1,939 keping topaz putih pada kepalanya. Anak patung Hello Kitty itu berketinggian 10.5 sentimeter.
Pembuat kristal Swarovski mewah dan pengeluar patung Hello Kitty, Sanrio bersama pembuat barang kemas Jepun, I.K telah terlebih dahulu mempersembahkan Hello Kitty yang berharga AS $ 150,000 dolar (RM 517,241) di pertunjukan jam dan barang kemas Baselworld di Switzerland pada bulan lalu.
Hello Kitty itu dihasilkan sempena ulang tahun ke-35 Hello Kitty.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan