Chiba: Robot manusia diberi nama HRP-4C (gambar) mencuri tumpuan di ekspo Ceatec, pameran terbesar elektronik Asia yang bermula di sini semalam dan dijadual berlangsung selama seminggu.
"Robot itu memang berbakat. Robot manusia itu mengagumkan kerana boleh menyampaikan lagu menggunakan teknologi suara elektronik,” lapor akhbar Britain, The Sun.
Pekerja Yamaha mencipta ‘robot pop’ itu yang mampu menyanyi dengan diiringi alunan piano. HRP-4C menggunakan teknologi suara ‘Vocaloid’.
Orang ramai yang melihat HRP-4C buat kali pertama di pameran Ceatec turut terhibur dengan persembahan robot beroda yang dinamakan ‘Murata-seiko-chan’.
Robot setinggi 50 sentimeter itu yang seberat enam kilogram, mempunyai sistem pengimbas untuk membolehkannya terus stabil di basikal dua roda berkenaan.
Ia juga memiliki kelajuan lebih tiga kali ganda berbanding model awal. Pameran Ceatec akan berlangsung seminggu.
Pada ekspo tahun lalu, 804 penaja dan 196, 630 peserta membanjiri pameran Makuhari Messe, berkurangan 895 peserta. Manakala pada 2007, angkanya adalah 206, 000.
Sambutan dijangka baik meski pun perbelanjaan tertentu dipotong atas sebab masalah ekonomi, lapor The Sun.
Pameran tahun ini dijangka tidak seperti tahun lalu kerana bilangan penonton dikatakan berkurangan. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan