Dipetik dari Komik Remaja 11 September 2009
Yazawa Ekichi mungkin berada di ambang 60an tetapi dia cuba mengekalkan semuanya dalam keadaan yang segar. Baru-baru ini dia melakukan persembahan di kedai muzik buat pertama kalinya di dalam kerjaya solonya selama 34 tahun, di Tower Records di Shinjuku, Tokyo.
Dengan pengikut setia yang ramai, Ei-chan (nama timang Yazawa) tidak mengalami masalah mengisi penuh semua tempat duduk di stadium besar sedangkan dia mempunyai pertunjukan pada bulan hadapan di Tokyo Dome.
Tetapi, sebagai sebahagian daripada promosi untuk Rock n’ Roll, album pertamanya selepas empat tahun, dia memilih untuk membuat persembahan untuk 300 peminat bertuah di atas bumbung kedai tersebut.
Album ini adalah terbitan pertama Garuru Records yang ditubuhkan oleh Yazawa pada Mei 2008 selepas 20 tahun bersama EMI Music Japan.
Pertunjukan selama 30 minit itu menarik perhatian orang awam yang terdiri daripada golongan berusia 20an dan 30an, dan Yazawa digambarkan seperti membuat ‘kemunculan sulung kedua’ sambil menyanyikan lagu terbarunya, Cobalt no Sora.
Selain itu, dia memilih untuk membuat persembahan di AP Bank Festival, satu acara rock yang dianjurkan oleh vokalis Mr. Children, Sakurai Kazutoshi dan persembahan Yazawa ternyata telah menarik peminat muda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan