Rabu, 16 September 2009

Artis Sakit Influenza


Dipetik dari Komik Remaja 11 September 2009

Beberapa ahli kumpulan idola AKB48 (gambar atas) terlepas persembahan pertama mereka di Nippon Budokan pada 22 – 23 Ogos lalu selepas jatuh sakit akibat influenza. Tujuh ahli kumpulan tersebut terpaksa membatalkan dua persembahan di arena yang memuatkan 15 ribu orang penonton, walau pun memang sudah tiada ruang yang besar untuk bergerak di atas pentas.

Dibantu oleh ahli-ahli kumpulan SKE48 dari Nagoya, di mana semuanya berjumlah 74 orang penyanyi telah mempersembahkan 33 lagu termasuklah lagu terbaru mereka, liwake-Maybe.

Penyakit selsema itu turut dijangkiti oleh kumpulan teater Takarazuka. Dua ahli kumpulan jatuh sakit akibat demam dan terpaksa membatalkan pertunjukan yang diadakan di teater di Yurakuchi, Tokyo.

Tiada ulasan: