Ahad, 27 September 2009

Jelajah Jepun Jero yang pertama


Dipetik dari Komik Remaja 21 September 2009

Jero, satu-satunya penyanyi Enka berbangsa Afro-Amerika di Jepun (mungkin sekali di dunia) telah memulakan konsert jelajah seluruh negaranya yang pertama dan melakukan persembahan pertama di Nakano Sun Plaza, Tokyo.

Jero mendapat pujian dari beberapa bintang Enka yang terkemuka seperti Fuji Atako dan Sakamoto Fuyumi sewaktu dia mempersembahkan 21 buah lagu untuk 2 ribu orang peminat. Dia memakai sepasang sut putih seperti biasa bersama topi besbol hitam.

Konsert jelajah ini akan berlangsung di 35 buah lokasi dan akan berterusan sehingga 2 Disember. Jero akan mengadakan beberapa kemunculan di kedai muzik untuk menyokong album terbarunya, Covers2 yang akan keluar pada 23 September.

Tiada ulasan: