Dipetik dari KOSMO! Selasa 22 September 2009
TOKYO – Mayat lelaki yang ditemui di sebuah kawasan pergunungan di utara Tokyo disahkan sebagai pencipta kartun Crayon Shin-chan yang popular di seluruh dunia.
Usui yang berumur 51 tahun didapati hilang pada 11 September lalu selepas dia mendaki gunung Arafune di uatara Tokya tanpa ditemani sesiapa.
Mayatnya ditemui pada Sabtu lalu oleh seorang pendaki dan keluarga Usui mengesahkan identiti pencipta watak kartun yang popular itu pada Ahad lalu.
Usui yang suka menyendiri sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.
Menurut laporan polis, punca kematiannya disebabkan oleh terjatuh dan tidak ada petunjuk dia membunuh diri.
Usui memberitahu keluarganya di rumahnya di Saitama dekat Tokya bahawa dia akan mendaki gunung itu dan akan kembali pada waktu malam pada 11 September lalu.
Apabila dia tidak muncul di rumah pada waktu yang ditetapkan itu, keluarga Usui membuat laporan polis.
Pencipta kartun Crayon Shin-chan itu membuat penampilan pertama dalam industri manga pada 1987.
Dia kemudian mengecapi populariti pada tahun 1990an menerusi kartun Crayon Shin-chan yang menampilkan kehidupan seharian budak lelaki berusia lima tahun, Shinnosuke.
Buku kartun Crayon Shin-chan sudah terjual sebanyak 50 juta naskah di Jepun dan diterjemahkan ke dalam 14 bahasa. Kartun itu turut disiarkan di 30 buah negara.
Bagaimana pun, Persatuan Ibu dan Guru di Jepun menyenaraikan kartun itu sebagai penerbitan yang perlu dijauhkan daripada pemandangan kanak-kanak.
Tindakan itu dilakukan kerana watak utama dalam kartun itu, Shinnosuke selalu melondehkan seluarnya dan menggoyangkan pinggul semasa bergurau.
Namun, baru-baru ini kartun itu digunakan untuk tujuan pembelajaran di sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan