Zaha
Hadid, arkitek United Kingdom berketurunan Iraq yang terkenal dengan hasil
rekaan Pusat Akuatik Olimpik London 2012, telah memenangi tempat pertama dalam
sebuah pertandingan mereka Stadium Nasional Tokyo baharu.
Penyertaan
juara pertandingan ini akan menggantikan Stadium Nasional Tokyo yang dibina
pada tahun 1958 dan digunakan sebagai stadium utama Olimpik Tokyo 1964.
Stadium
berusia 54 tahun ini direka oleh Katayama Mitsuo dan dilihat sebagai lambang
kelahiran arkitektur Jepun moden. Pembinaan stadium baru dijangka selesai pada
tahun 2018 dan akan menghoskan Ragbi Piala Dunia 2019. Ia juga berpeluang
menjadi tuan rumah Olimpik 2020 sekiranya Tokyo Berjaya dalam pembidaan.
Walau bagaimana pun, kemenangan Zaha Hadid telah menimbulkan kuatir di kalangan rakyat Jepun tentang isu terlebih bajet, memandangkan kos jangkaan pembinaan Pusat Akuatik London adalah 72 juta Pound (+/- RM 353 juta) tetapi memakan jumlah 270 juta Pound (+/- RM 1.32 bilion) apabila ia disiapkan!