Ahad, 5 April 2015

Tokyo dan Osaka Masuk Senarai Bandar Paling Selamat (The Economist)



Tokyo

Jepun mendapat penilaian tinggi oleh akhbar mingguan Britain, The Economist dengan Tokyo dipilih sebagai bandar paling selamat di dunia dan Osaka berada di tempat ketiga.

Golongan netizen berasa bangga dengan laporan tersebut walau pun Tokyo sememangnya terkenal dengan kadar bahaya kemalangan trafik yang tinggi manakala Osaka sentiasa merupakan tempat kejadian kes jenayah pelik.

Laporan ini berdasarkan sebuah kajian bernama The Safe Cities Index 2015 yang melibatkan 50 buah bandar besar dari setiap benua dan diberi markah dalam empat kategori.

Osaka
Selain daripada keselamatan peribadi dan kadar risiko jenayah keganasan, kajian tersebut turut menumpukan segi-segi sekuriti kesihatan, keselamatan infrastruktur, perlindungan peribadi digital bagi para penduduk dan sebagainya.

Berikut adalah senarai Top 15 bandar paling selamat di dunia hasil kajian The Economist:
  1. Tokyo
  2. Singapura
  3. Osaka
  4. Stockholm
  5. Amsterdam
  6. Sydney
  7. Zurich
  8. Toronto
  9. Melbourne
  10. New York
  11. Hong Kong
  12. San Francisco
  13. Taipei
  14. Montreal

Otomo Katsuhiro – Mangaka Pertama Memenangi Anugerah Perancis



Pada 30 Januari lalu, Otomo Katsuhiro menjadi artis manga pertama memenangi anugerah pencapaian sepanjang hayat di festival komik antarabangsa Angouleme di Perancis.

Otomo yang berusia 60 tahun terkenal di seluruh dunia dengan karyanya AKIRA.

Anugerah Grand Prix tersebut disampaikan kepada Otomo, menandakan kepentingan dan kedudukan manga Jepun di Perancis.

Pada tahun lepas, anugerah ini dimenangi oleh Bill Watterson, pencipta Calvin and Hobbes.

Rabu, 14 Januari 2015

Katsuhiro Otomo Umum Rancangan Filem Aksi Sebenar

Katsuhiro Otomo telah umumkan rancangan untuk menghasilkan filem aksi sebenar (live action) walau pun perincian tentang filem ini masih belum didedahkan!

Otomo sebelum ini telah mengarahkan filem aksi sebenar pada tahun 2006 adaptasi dari manga seram Yuki Urushibara yang bertajuk Mushishi.

Otomo terkenal kerana menghasilkan Akira, Steamboy serta Memories dan dia merupakan pengarah dan pembantu pengarah untuk kesemua siri anime ini.

Otomo kemudian menghasilkan manga Hipira: The Little Vampire yang telah diadaptasi kepada siri anime dengan 12 episod pada 2009.

Otomo juga turut menghasilkan manga Domu, The Legend of Mother Sarah, Sayonara Nippon dan SOS! Tokyo Metro Explorers.


Pengarah Kesan Khas Godzilla Meninggal Dunia

Pengarah kesan khas filem iaitu Koichi Kawakita telah meninggal dunia akibat kegagalan hati. Kawakita berusia 72 tahun.

Majlis pengebumian telah diadakan untuk ahli keluarga terdekat yang diketuai oleh isterinya iaitu Toshiko. Majlis peringatan untuk mendian akan diadakan dalam masa terdekat.

Kawakita dilahirkan di Tokyo pada 5 Disember 1942. Dia bekerja sebagai pengarah kesan khas untuk enam buah filem Heisei Godzilla termasuklah Godzilla vs King Ghidora. Dia turut pernah berkhidmat untuk pembikinan filem lainnya seperti Gunhed and Mothra (1996). Begitu juga dengan projek televisyen seperti Choseishin GranSazer.


Khamis, 1 Januari 2015

Kajian Kesamaan Jantina

Menurut kajian kesamaan jantina oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), Jepun berada di tempat ke 104. Sebanyak 142 buah negara dikaji berdasarkan 10 kriteria termasuklah pendidikan, ekonomi, politik, tenaga kerja dan sebagainya.

Negara-negara yang menduduki tempat pertama hingga kelima kesemuanya negara Eropah utara seperti Iceland, Finland, Norway, Sweden dan Denmark.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia berada di belakang Jepun dengan mendapat tempat ke 107.


Majalah Pertama Final Fantasy

Gedung beli-belah diatas talian LAWSON kini telah membuka tempahan awal untuk Final Fantasy Magazine, diangkat sebagai majalah pertama yang dikhususkan untuk menyampaikan berita tentang Final Fantasy.

Isu pertama majalah yang dijual pada harga 700 Yen (-/+RM 20) dan turut disertakan bersama berita tentang permainan video dan kod barangan untuk enam siri permainan video Final Fantasy VII G-Bike, Final Fantasy World Wide Words, Final Fantasy Record Keeper, Final Fantasy Agito, Pictlogica Final Fantasy dan Final Fantasy Break The Seal.

Majalah ini hanya terhad dijual di gedung LAWSON dan HMV di Jepun.


Selasa, 16 Disember 2014

Attack On Titan Tampil Di Majalah Brutus

Majalah Brutus isu ke-70 telah menampilkan muka depan yang dilukis oleh pencipta Attack On Titan, Hajime Isayama.
 
Muka depan ini menampilkan watak Attack On Titan seperti (dari kiri) Jean, Connie, Eren, Mikasa, Sasha dan Krista yang berpakaian seragam sekolah Jepun di hadapan patung Saigo Takamori yang terletak di Ueno Park, Tokyo.
 
Majalah ini juga mengandungi temubual dengan Isayama, pratonton pameran Attack On Titan yang akan datang dan manga crossover Titan vs Avengers.
 
Manga ini akan berlatarkan bandar New York dan menampilkan Avengers bertarung menentang Female Titan. Majalah ini telah mula dipasarkan pada hujung bulan lalu.
 

Filem Dari Diari Terakhir Osamu Tezuka

 
Konsep yang digunakan dari diari mendiang pelopor manga iaitu Osamu Tezuka telah dijadikan inspirasi kepada Toile no Pieta (Bathroom Pieta), sebuah filem yang bakal ditayangkan pada musim panas akan datang.
 
Yojiro Noda, vokalis kumpulan rock Radwimps, bakal membintangi filem ini sebagai watak utama, Hiro Sonoda.
 
Sebelum meninggal dunia, Tezuka telah menulis diari di dalamnya:
 
“Saya ada idea yang hebat pada hari ini! Bagaimana dengan ‘Toile no Pieta’... Seorang pesakit yang diagnosis dengan barah berfikir adalah tidak munasabah untuk mati tanpa berbuat apa-apa, jadi dia mula melukis siling tandas bilik hospital... [...]penyucian dan pendakian. Ini adalah cabaran kepada dunia bagi seseorang yang sedang nazak!”

Daishi Matsunaga (dokumentari Pyuupiru) akan menulis dan mengarah filem dengan tema asas Tezuka tentang "betapa berharganya hidup". Shinji Ogawa (Norwegian Wood) dan Mario Amagi (Helter Skelter) menerbitkan filem ini.
 

Khamis, 4 Disember 2014

Novel Adaptasi Fiem Terakhir Naruto

Filem anime The Last - Naruto The Movie khabarnya telah diadaptasi ke dalam sebuah novel oleh Jump j Books. Novel ini akan ditulis oleh Maruo Kyozuka dan dijangka memasuki pada 8 Disember ini, dua hari selepas filem ini ditayangkan.

Dipetik dari Anime News Network, berikut adalah sinopsis untuk novel ini:

"Bulan sudah mula bergerak mendekati bumi! Bersama dengan itu, bulan akan terhempas dan meteorit akan mula menghujani permukaan bumi. Saat terakhir hari-hari di bumi semakin dekat, Hanabi Hyuga telah diculik oleh seorang lelaki misteri di Konoha. Lalu Naruto, Sakura, Sai, Shikamaru dan Hinata berangkat untuk sebuah misi mnyelamat! Dapatkah Naruto dan ang lain mengatasi krisis ini?"

Filem The Last - Naruto The Movie bakal ditayangkan di pawagam pada 6 Disember 2014 dan Masashi Kishimoto diangkat sebagai penulis skrip, pereka karakter serta pemantau filem ini.

Sejak 2004 hingga 2012, sudah 9 buah filem telah dihasilkan berdasarkan kisah manga Naruto dan pada 2012, filem kesembilan berjudul Road To Ninja: Naruto The Movie meraih kutipan paling tinggi sepanjang sejarah francais Naruto.

Ditahan Kerana Jual Wang Dengan Muka Watak One Piece


Polis dari Bandar Misaki, Wilayah Okayama telah menahan seorang lelaki kerana menjual wang kertas yang mencetak pelbagai wajah waak dari siri manga One Piece.
 
Tomoaki Tanahashi yang berusia 45 tahun diakwa keraa melanggar undang-undang hak cipta. Tanahashi didakwa menjual wang kertas ini di laman web lelongan secara talian.
 
Wang kertas One Piece ini telah terjual sekurang-kurang empat kali diantara bulan Mac dan pertengahan bulan Ogos yng bernili 1500 Yen (+/-RM 44) setiap keping.
 
Menurut polis, mereka menemui 448 keping wang kertas ternasuklah wang kertas yang dilekatkan dengan watak-wata filem Frozen terbitan Disney di rumah suspek.

Isnin, 24 November 2014

Dragon Ball Xenoverse Tiba Pada Februari 2015!


Majalah V Jump terbitan Shueisha untuk isu Disember telah umumkan permainan video Dragon Ball Xenoverse bakal dipasarkan di Jepun pada 25 Februari 2015! Majalah ini turut umumkan Vegito dan Super Saiyan 4 akan menyertai siri ini sebagai watak yang boleh dimainkan.
 
Dalam permainan ini, pemain bakal membawa watak asal yang bekerjasama dengan Trunks dan Kai of Time bagi menghalang Towa dan Mira untuk mengubah sejarah kisah Dragn Ball.
 
Dragon Ball Xenoverse boleh didapati untuk konsol PC, PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox One dan Xbox 360.
 

Luffy, Naruto, Conan, Kirito & Eren Menentang Cetak Rompak


Projek Manga Anime Guardians (MAG) adalah usaha sama antara Japan's Content Overseas Distribution Association (CODA) dan Tokyo Otaku Mode berpangkalan di Delaware melancarkan kempen "Join Us, Friends" didalam usaha menentang cetak rompak anime dan manga.
 
Ilustrasi khas untuk projek ini adalah satu usaha untuk meluaskan jangkauan MAG. Lebih ramai individu sertai dan berkongsi lamannya, artis Takashi Yoshiike akan menambah karakter anime pada ilustrasi.
 
Paling terbaru, ilustrasi menampilkan Monkey D. Luffy (One Piece), Naruto Uzamaki (Naruto), Conan Edogawa (Detective Conan), Kirito (Sword Art Online) dan Eren Jaeger (Attack On Titans). Sejumlah 20 karakter akan ditambah sekiranya laman ini menerima sejuta ahli baru!
 
Kempen ini juga melibatkan kerjasama antara Toei Animation, Shogakukan, Shueisha, Kodansha serta ASCII Media Works. Sejumlah 15 buah syarikat produksi anime dan manga menyokong MAG.
 
 

Khamis, 13 November 2014

Bandai Namco Games Asia Buka Pejabat Di Malaysia!

Penerbit permainan video Bandai Namco Games Asia telah membuka pejabat baru di Malaysia. Bertempat di Kuala Lumpur, cawangan ini dikenali sebagai Bandai Namco Games Malaysia.
 
Pada tahun 2003, Bandai Namco Games mula membuka pejabat di Singapura untuk menangani urusan jualan, pemasaran dan pengedaran permainan di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Filipina, Thailand dan Indonesia.
 
Kini pejabat di Malaysia kan memberikan sokongan dan bantuan ke atas perkembangan Bandai Namco Games di rantau ini.
 
"Malaysia sentiasa merupakan salah satu pasaran penting kami di Asi Tenggara dan dengan penubuhan pejabat baru kami dapat meningkatkan sokongan kami ke atas pasaran tempatan, membawakan lebih banyak kandungan dan menawarkan pengalaman permainan terbaik kepada para peminat permainan video di Malaysia," kata Gerard Noonan, pengarah urusan Bandai Namco Games Asia.
 
"Aktiviti-aktiviti pemasaran kami di sini akan mengukuhkan jenam Bandai Namco dan membantu rancangan perkembangan kami untuk membuka ruang pasaran yang lebih luas di Asia Tenggara."

Haruka Shimazaki Bintang Undangan Filem Yo-kai Watch

Laman web rasmi untuk filem Yo-kai Watch, Yo-kai Watch: Tanjou no Himitsu da Nyan! (Yo-kai Watch The Movie: It's the Secret of Birth, Meow!), telah mengumumkan anggota AKB48 iaitu Haruka Shimazaki (ATARU), pelakon kabuki Ainosuke Kataoka serta peawak Ken Shimura akan menjadi bintang undangan untuk filem tersebut.
 
Shimra akan membawa peranan sebagai yokai terkuat dan paling dihormati bernama Master Nyaada. Master Nyaada adalah seekor kucing bijak yang telah menguasai "kekuatan energy" misteri.
 
Flem ini akan dibintangi oleh Haruka Tomatsu sebagai Keita Amano, Tomokazu Seki sebagai Whisper, Etsuko Kozakura sebagai Jibanyan dan Yuuki Kaji sebagai Fuyunyan.
 
Yoichi Kato bertindak selaku penulis skrip dan Kenichirou Saigou sebagai pengubah album runut bunyi. Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 20 Disember ini.

Sabtu, 1 November 2014

Hatsune Miku Tarik Penderma Darah Golongan Muda

Untuk menggalakkan golongan remaa mula menderma darah, Palang Merah Jepun telah mula melatih ahli Vocaloid berambut biru untuk memberi galakan kepada penderma remaja yang berpotensi serta golongan berusia lingkungan 20-an.
 
Baru-baru ini, bas kempen derma darah singgah di Wilayah Shinga sepeti AEON Mall Kusatsu dan telah memberikan cenderamata kepada penderma darah golongan remaja.
 
Pegawai perhubungan awam Palang Merah Jepun iaitu Takasu Maeda turut menjelaskan bahawa dia sangat gembira Miku membantu menarik minat golongan remaja untuk menderma darah.

Samsung Gear VR-Oculus Rift Untuk Galaxy Note 4

Samsung dan Oculus bekerjasama menghasilkan Gear VR, sebuah set kepala reality virtual mudah alih untuk Galaxy Note 4.
 
Pengguna boleh mmasangkan Galaxy Note 4 pada Gear VR secara wayarles dan terus berfungsi sebagai skrin dengan efek 3D.
 
Ia mempunyai pad sentuh dan butang "Back" di sebelah kanan serta butang pelarasan fokus di bahagian atas.
 
Gear VR turut merupakan poduk ekslusif Galaxy Note 4 di mana ia tidak boleh digunakan bersama telefon pintar model yang lain mahu pun ianya keluaran Samsung sendiri.
 
Spekulasi tentang harga Gear VR ialah kira-kira US$200 (+/-RM645) namun tiada sebarang pengesahan rasmi termasuklah tarikh pelancaran daripada pihak Samsung
 

Isnin, 20 Oktober 2014

Dialog Petikan Terkenal Dari Filem Terbitan Ghibli!!

Filem terbitan Studio Ghibli sangat diminati di seluruh dunia kerana watak serta filemnya yang menyentuh hati. Apabila ditanya tentang petikan dialog yang paling meninggalkan kesan dari filem-filem terbitan Ghibli, sambutannya memang luar biasa!
 
Berikut adalah dialog petikan terkenal dari filem terbitan Studio Ghibli:


Laputa Castle In The Sky (1986)
"Tidak kira berapa banyak senjata awak ada, tidak kira berapa hebat teknologi yang awak ada, dunia tidak akan hidup tanpa cinta."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
My Neighbour Totoro (1988)
"Ia adalah mimpi - tetapi ia bukannya mimpi!"
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
(1989)
"Kadang-kala, ianya tidak mudah."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
(1992)
"Seseorang mesti melindungi teman awak."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
(1997)
"Awak tidak boleh ubah takdir. Tetapi, awak boleh maju untuk mendekatinya, jika awak bijak buat pilihan."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
(2001)

"Sekali awak lakukan sesuatu, awak takkan lupa. Walau awak tak boleh ingat."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
(2008)
"Saya sayangkan Ponyo sama ada dia ikan, manusia atau sesuatu di antaranya."

Sabtu, 18 Oktober 2014

Tokyo - Metropolitan Dengan Tambang Teksi Tertinggi Di Dunia

 
Pada bulan lalu, majalah ekonomi Jerman, Wirtschaft Woche mengadakan satu kaji selidik dengan bantuan laman web teksi Rechner. Topik yang dikaji ialah tambang teksi paling mahal dan paling murah di metropolitan-metropolitan di seluruh dunia.
 
Keputusan kaji selidik menunjukkan tambang teksi Tokyo paling mahal manakala tambang teksi Beijing pula paling murah.
 
Menurut laporan Wirtschaft Woche, tambang teksi Tokyo untuk jarak 10 kilometer adalah 25.39 Euro (-/+RM106)! Metropolitan yang standing dengan Tokyo ialah London dengan 22.25 Euro (-/+RM93).
 
Tambang di New York dan Paris untuk jarak yang sama pula adalah kira-kira RM55. Beijing muncul sebagai metropolitan dengan tambang teksi paling rendah iaitu 3.78 Euro (-/+RM16) untuk jarak 10 kilometer.