Selasa, 25 Mac 2014

Berharap Akira Jadi Filem Arahan Terbaru


Didalam sebuah temubual dengan laman web berita hiburan Collider dan CominSoon, pengarah Jaume Collet-Serra yang sebelum ini terlibat di dalam pembikinan filem aksi benar Akira berharap filem ini akan menjadi filem arahan terbarunya selepas ini.

Variety pada Ogos lalu melaporkan Collet-Serra mungkin akan sertai semula projek filem ini dan jika dia kembali, dia akan memulakan pengarahan semasa musim bunga 2014.

Warner menghentikan pembikinan filem ini pada 2012 untuk menyemak semula skrip supaya kos dapat dikurangkan. Pencipta manga Akira dan pengarah anime Katsushiro Otomo dilaporkan akan memantau projek ini selaku penerbit eksekutif

Collet-Serra turut memberitahu ComingSoon bahawa dia perlu ‘menghormati sumber bahan’ dan berharap akan ‘mengambil semangat ini dan menyesuaikannya.

Ia pasti akan berbeza dari anime yang juga dari manga asalnya. Dia juga berharap dapat hasilkan karakter yang kuat dan dalam sumber asal, dia tak merasakan watak utama adalah protagonis.
 
Yang dilukis oleh James Clyne
Sebagai dari sebahagian budaya Jepun, mereka tidak pernah mempunyai karakter yang kuat. Pada masa yang sama, artis James Clyne telah menyiarkan konsep dari versi awal untuk projek ini.
 
 

Maskot Kementerian Hal Ehwal Dalaman dan Komunikasi Jepun


Kementerian Hal Ehwal Dalaman dan Komunikasi Jepun telah memperkenalkan dua maskot moe terbaru rasminya untuk akaun Twitter ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) pada awal bulan lalu.

Tetapi kedua maskot ini masih belum lagi diberi nama. Pihak kementerian menjelaskan perubahan ini dilakukan supaya ‘laman web Twitter lebih mesra’.

Kementerian Hal Ehwal Dalaman dan Komunikasi Jepun bertanggungjawab mengawasi pentadbiran hal ehwal dalaman Jepun, komunikasi elektronik, sistem pos serta masalah alam sekitar.
 
Ia mempunyai reputasi untuk sifat yang membosankan, jadia ia kurang diberi perhatian. Pengumuman ini telah di'retweeted' sebanyak 900 kali dalam sehari.
 

Selasa, 18 Mac 2014

Animate Cafe Nagoya Dibuka Dengan Tema Free!


Animate Café akan membuka kafe baru di Bandar Nagoya dan sebagai pembukaan kafe, mereka akan menggunakan tema salah satu anime yang paling popular pada tahun 2013 iaitu Free!

Menu makanan terdiri daripada pizza nenas, kek coklat dihidang dengan latte dan pankek Iwatobi-chan. Pizza dan kek berharga 880 yen (RM 28) setiap satu manakala pankek pula berharga 680 yen (RM 21).
Sekiranya anda ingin memesan bawa balik kedua-dua menu ini akan dicaj tambahan 500 yen (RM 16).
Menu minuman terdiri daripada 4 jenis yang berharga 500 yen (RM 16) setiap satu. Matsuoka Rin ialah campuran sirap strawberi dan soda dengan jeli merah dan beri biru. Hazuki Nagisa ialah campuran sirap mangga, soda dan dihidangkan dengan jeli kuning dan mangga beku.
Ryugasaki Rei ialah campuran jus beri dan soda. Nanase Haruka ialah Blue Caracao yang dihidangkan dengan jeli dan kompeito.
Produk sampingan percuma seperti poster, pengalas gelas dan fail akan diberikan dengan setiap pembelian menu tersebut.
 
Animate Cafe Nagoya dibuka secara rasminya pada 28 Februari lalu. Dari stesen Nagoya mengambil masa 9 minit dan 3 minit dari cawangan Animate Nagoya ke Animate Cafe Nagoya. Menu yang bertemakan Free! ini dilancarkan sehingga 13 April 2014.
 

Watak Sengoku Basara Perangi Jenayah Curi Kereta

CAPCOM telah buat pengumuman akan meminjamkan watak dari siri permainan video Sengoku Basara untuk menentang jenayah curi kereta untuk wilayah Osaka, Kyoto dan Hyogo.

Watak Masamune Date sebelum ini pernah digunakan di Osaka untuk kempen yang mengkhususkan kepada jenayah curi kereta pada April 2013.

Walau pun jenayah berkaitan curi kereta telah menurun di kawasan ini, Osaka masih mempunyai kadar tertinggi kecurian bahagian-bahagian kereta (8,356 kes pada tahun lalu) dan pecah masuk (13,442 kes pada tahun lalu).
 
CAPCOM kini bekerjasama dengan jabatan polis wilayah untuk menentang jenayah dengan menggunakan watak Sanada Yukimura, Maeda Keiji dan Kuroda Kanbee. Pejuang zaman Sengoku ini bakal muncul pada 10 ribu helai poster dan 250 ribu iklan akan diedarkan kepada tapak jualan kereta.

Jumaat, 31 Januari 2014

Pameran Ulang Tahun Ke 50 Ultraman

Tsuburaya Productions telah mengadakan pameran istimewa Ultraman demi meraikan ulang tahun ke 50 francais tersebut.

Pameran ini bertempat di Broadcast Library, Yokohama dari 12 Disember 2013 hingga 16 Februari 2014.

Selain daripada memperkenalkan sejarah Ultraman dan Tsuburaya Productions, pameran ini turut mempamerkan keadaan pengambaran, salinan skrip, barangan produksi, figura aksi serta beberapa diorama dari babak episod terakhir Ultra Seven dan siri-siri lain.
 

Manga Toriko Berehat Sebentar

Siri manga Toriko oleh Mitsutoshi Shimabukuro akan berehat sebentar selama sebulan selepas slot Human World akan tamat di dalam majalah Weekly Shinen Jump isu ke 6/7 yang mula dipasarkan pada bulan ini.

Shimabukuro telah melancarkan manga ini di dalam majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha bermula 2008 dan sebanyak 27 jilid diterbitkan setakat ini.

Toriko mengisahkan tentang Bishokuya (pemburu bahan makanan) yang merantau ke serata dunia untuk memburu haiwan dan tumbuhan yang diperlukan untuk hasilkan hidangan yang terbaik.

Khamis, 26 Disember 2013

Kanda Myojin - Tokong Otaku


Kanda Myojin terletak di jarak 5 minit berjalan kaki dari kawasan Akihabara, pusat produk anime, manga dan permaian di Tokyo. Di sini, walau pun kelihatan biasa di luar, anda akan mendapati Kanda Myojin sedikit berbeza dengan tokong Shinto yang lain setelah masuk ke dalam.
Di tempat menjual Omamori (Azimat), selain daripada azimat yang melindungi seseorang daripada kemalangan dan mendatangkan nasib baik dalam pekerjaan serta pelajaran, terdapat juga azimat yang melindungi computer daripada diserang virus.
Azimat sedemikian hanya boleh ditemui di Kanda Myojin. Satu lagi perkara yang menjadikan Kanda Myojin sebagai tokong otaku ialah Ema (Kuda Lukisan), papan hajat yang biasanya digantung di tokong Shinto.

Hampir kesemua Ema yang terdapat di situ dihiasi lukisan manga oleh mereka yang berhajat.

Cetusan Gunung Berapi Wujudkan Pulau Baru Di Selatan Jepun


Pada 21 November lalu, cetusan gunung berapi di lautan Jepun telah mewujudkan sebuah pulau kecil di perairan selatan.
Ini adalah kejadian pertama yang berlaku dalam tempoh berpuluh-puluh tahun Negara itu.

Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun mengesan pulau tersebut yang berdiameter 200 meter, menerusi asap yang menjulang tinggi ke udara di sekitar Kepulauan Ogasawara yang terletak 1,000 kilometer ke selatan Tokyo.
Pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa pulau itu wujud akibat letupan gunung berapi di laut.

“Asap masih keluar dari pulau itu. Kami memberikan amaran pelayaran bahawa pulau tersebut wujud dari debu yang jatuh di kawasan sekitar.” Kata jurucakap dari agensi perikanan Jepun.
Menurutnya, pulau itu tidak akan kekal lama kerana ia akan lenyap disebabkan hakisan.
 

Soal Selidik: Hampir Separuh Orang Jepun Akui Dirinya Pekerja Malas


Apakah impresi pekerja Jepun kepada anda? Sudah tentu kita semua berpendapat bahawa mereka amat rajin menjalankan tugas. Namun, jawapan daripada diri mereka mungkin di luar jangkaan.
Baru-baru ini, akhbar Asahi Shinbun telah mengadakan satu kempen soal selidik yang bertanyakan: “Anda seorang pekerja rajin atau malas?” dengan melibatkan seramai 2,217 individu.
Keputusannya, 58% mendakwa diri mereka adalah pekerja rajin manakala 42% mengatakan diri mereka pekerja malas.
Namun, kita harus ingat bahawa dalam budaya Yamato yang sentiasa menyanjungi nilai kerajinan, standard orang Jepun terhadap konsep rajin dan malas sememangnya berlainan dengan kita.
Maknanya, mereka yang berada didalam golongan 42% itu mungkin sudah sangat rajin bekerja dalam standard kita.

 

Polis Tokyo Guna Manga Menentang Pelajar Asing Yang Bekerja


Tokyo Metropolitan Police Department (MPD) telah mengedarkan 50 ribu keping risalah manga yang dicetak dalam bahasa Jepun, Cina dan Thai dengan harapan dapat membanteras pelajar asing yang dating ke Jepun untuk belajar sambil buat kerja sambilan di dalam industri hiburan dewasa seperti di rumah urut dan bar snek.
Pekerjaan ini dianggap melanggar Peraturan Kawalan Imigresen yang menyatakan pekerjaan ini tidak boleh dilakukan oleh penduduk asing. Risalah manga ini menunjukkan pelajar ditangkap dan ditahan ketika berada ditempat kerja.
Menurut pegawai yang bertanggungjawab: “Walau pun ramai pelajar rasa tidak bersalah melakukan pekerjaan ini, tetapi jika ditahan, mereka akan dihantar pulang. Kami amat berharap selepas mereka membaca risalah manga ini, mereka akan perhatian tentang hal ini."
Pada tahun lalu, 42 orang telah melanggar peraturan Imigration Control Law dan 40% darinya adalah mereka yang menggunakan visa pelajar. Malah pada bulan ini, lapan pelajar Thailand telah ditahan kerana menyalahguna visa pelajar ini!
 

Jumaat, 29 November 2013

Cara Makan Burger Yang Sopan

Apakah cara paling seronok menikmati burger yang besar lagi tebal? Sudah tentunya membuka mulut sebesar-besarnya ( lebih besar daripada ketebalan burger tersebut) agak ia dapat masuk ke mulut anda!
 
Namun begitu, bagi kaum wanita Jepun yang mengutamakan kesopanan semasa makan, perbuatan sedemikian sama sekali tidak dapat diterima. Ini juga bermakna, jualan burger mungkin akan terjejas sekiranya kaum wanita Jepun semakin menolak hidangan ini.
 
Perkara ini telah memberikan inspirasi kepada kedai rangkaian burger Jepun, Freshness Burger untuk mencari penyelesaian. Akhirnya, mereka memperkenalkan Liberation Wrapper.

Skrip Madoka Magica: Rebellion Bernilai RM 58 Ribu!


Satu lelongan telah dibuat untuk skrip Madoka Magica The Movie –Rebellion- yang turut memiliki tandatangan dan harga terakhir yang ditawarkan adalah 1,800,000 Yen (+/- RM 58,025).
Skrip ini telah ditandatangani oleh Aoi Yuki, Chiwa Saito, Ai Nonaka, Emiri Kato, Eri Kitamura dan Kaori Mizuhashi. Ia telah dimenangi di dalam undian sebuah majalah.
Sebelum ini, kepingan filem dari filem pertama Madoka telah dilelong pada harga USD 13,600 (+/- RM 43, 662) dan pada awal bulan ini, kepingan filem dari filem ketiganya berjaya dilelong pada harga USD 1, 321 (+/- RM 4, 237).

Kempen Derma Darah Oleh Girls Und Panzer

 
Girls Und Panzer kini sedang berkolaberasi dengan Japanese Red Cross Society (Persatuan Palang Merah Jepun) yang terletak di Wilayah Ibaraki untuk mendekati golongan remaja dan penduduk berusia lingkungan 20an di dalam kempen menderma darah.
 
Kempen ini menggunakan poster promosi yang menampilkan karakter dari siri Girls Und Panzer seperti Miho, Saori, Hana, Yukari dan Mako yang memainkan peranan sebagai jururawat, doctor dan pesakit.
 
Mereka yang menderma darah bakal mendapat kad cenderahati khas Girls Und Panzer. Pada poster promosi ini tertulis: “Kami telah ambil alih tugas menderma darah!” yang mana ia merujuk kepada siri ini di mana karakter menggunakan kata-kata “ambil alih kereta kebal!”
 
 

Selasa, 19 November 2013

Keanu Reeves Ketepikan Cowboy Bebop


Baru-baru ini, Keanu Reeves mengambil bahagian dalam sesi temu ramah Ask Me Anything oleh laman web hiburan dan berita sosial Reddit. Apabila ditanya tentang pembikinan filem adaptasi siri anime klasik terkenal Cowboy Bebop, di mana Reeves dikatakan akan memegang watak utama Spike Spiegel.

Namun, pelakon berumur 49 tahun ini menjawab: 

"Rasanya Cowboy Bebop takkan ada saya di dalamnya. Skrip yang ditulis amat hebat dan mengagumkan, tetapi dijangka kira-kira setengah billion dollar diperlukan untuk menghasilkannya. Walau pun saya amat berminat mengenainya, kami lebih ingin menghasilkan Bill & Ted 3. Skrip telah pun ada dan kami sedang berusaha menyempurnakannya."

Filem Cowboy Bebop diumumkan pada tahun 2009 oleh Twentieth Century Fox. 3 Arts Entertainment dan Sunrise.

Projek kerjasama Amerika-Jepun menampilkan barisan produser yang mengejutkan termasuklah Uchida Kenji (presiden Sunrise), Watanabe Shinichiro (pengarah siri anime tersebut) dan Nobumoto Keiko (penyelia kretiviti skrip asal).

Siri anime Cowboy Bebop terdiri dari 26 episod, berlatarkan dunia tahun 2071. Ia mengisahkan pengembaraan dan tragedi yang dialami oleh kumpulan pemburu ganjaran (Spike Spiegel, Jet Black, Faye Valentine, Edward dan Ein) yang mengembara dengan kapal angkasa bernama Bebop.


Jumaat, 25 Oktober 2013

Kamen Rider No.1 Bantu Kanak-kanak Thailand

Inilah wira bertopeng sejati dalam dunia reality! Tomikawa Akihiro, seorang saudagar Jepun berusia 44 tahun melawat ke Thailand setiap dua bulan.
 
Tujuan utamanya ialah mengedarkan alat mainan kepada kanak-kanak dari keluarga miskin di kawasan setinggan.
 
Apa yang menjadikan tindakan amal Tomikawa unik ialah dia melakukannya dengan berkostum Kamen Rider No.1 dan menunggang motosikal Cyclone.
 


 

Rabu, 23 Oktober 2013

Melamar Dengan Cincin Pokemon

Fashionable Geek telah memperkenalkan cincin pertunangan Pokémon yang bergaya serta elegan dari Art & Gems.
 
Malah, anda juga boleh mendapatkan gelang tangan untuk perkahwinan. Cincin pelatih Pokémon yang cantik ini pasti dapat membantu anda mendapatkan gadis idaman anda selama ini!
 
Ia mempunayi Pokeball yang diperbuat dari batu delima dan kubik zirconium sebagai batu di bahagian tengahnya dengan dihiasi dengan batu permata hijau di bahagian tepinya yang mewakili kesihatan yang baik pada permulaan pertarungan.

Penerbangan Akhir Untuk Pikachu Jumbo

Kapal terbang kuning Pikachu Jumbo Boeing 747-400 All Nippon Airways telah melakukan penerbangan terakhir dengan melakukan pendaratan di Naha Airport.
 
Mula diperkenalkan pada 2004, Pikachu Jumbo mula menjadi terkenal dikalangan kanak-kanak tetapi syarikat penerbangan mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya bersama dengan kapal terbang Boeing 747 yang telah dimamah usia.
 
All Nippon Airways (ANA) mula melancarkan kapal terbang Pokémon yang pertamanya pada 1998, serentak dengan penayangan filem anime pertama Pokémon yang bertajuk Pokémon: The First Movie.
 
Kapal terbang ini turut dilengkapi dengan bekas makanan bertemakan Pokémon, beg cenderahati, hiburan dan serta seragam kakitangan yang bertemakan filem anime tersebut.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Olimpik 2020 Beri Kesan Comiket?!

Tokyo telah memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik Musim Panas 2020 yang dilihat bakal merubah bandar ini dalam tahun-tahun akan datang.

Salah satu bangunan yang bakal diubahsuai adalah pusat konvensyen Tokyo Big Sight. Comic Market (Comiket), konvensyen Dojinshi terbesar di dunia diadakan di Tokyo Big Sight dua kali setahun.

Konvensyen ini tidak akan diadakan di Tokyo Big Sight untuk tiga sesi berikutan ubahsuai ini, melainkan jika terdapat pertukaran jadual.

Nampaknya, Olimpik 2020 memang memberi kesan pada penganjuran acara Comiket. Kali pertama Sukan Olimpik diadakan di Jepun adalah pada tahun 1964 di mana ia juga merupakan Sukan Olimpik pertama diadakan di negara Asia.


Jumaat, 11 Oktober 2013

Pengiktirafan Rekod Guinness Ultraman

Wira cahaya gergasi ciptaan Tsubaraya, Ultraman telah diiktiraf sebagai "siri televisyen yang mempunyai paling banyak kisah spin-off" oleh Guinness Book of World Records.

Beberapa Ultraman termasuk Ultraman Ginga yang terbaru serta Negishi Takuya yang memegang watak hosnya Raido Hikaru menghadiri majlis tersebut.

Pegawai Guinness, Carlos Martinez menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Ultraman asal yang menemui penonton pada tahun 1966. Ultraman lain yang muncul di majlis termasuklah Ultraman 80, Ultraman Taro, Ultraman Zero dan Ultraman Tiga.

Francais Ultraman mempunyai 27 kisah spin-off dari tahun 1967 hingga 2013.


Filem The Tiger Mask

Tahukah anda manga klasik Tiger Mask oleh Kajiwara Ikki (cerita) dan Tsuji Naoki (manga) telah diadaptasi kepada filem aksi benar?

Baru-baru ini, trailer filem arahan Ochiai Ken ini telah dimuat nasik ke internet. Dibintangi oleh Eiji Wentz sebagai Date Naoto, wira gusti bertopeng harimau yang menentang organisasi gusti jahat dan berjuang demi kanak-kanak di sebuah rumah anak yatim.

Barisan pelakon termasuklah Aikawa Sho sebagai Mister X dan Natsuna Ruriko iaitu watak heroin.

Tiger Mask akan ditayangkan di Jepun pada 9 November tahun ini. Saksikanlah trailer Tiger Mask di: http://tiny.cc/43lj3w