Ahad, 8 September 2013

Pengarah Pacific Rim Lawat Patung Gundam di Odaiba

Pengarah Pacific Rim iaitu Guillermo del Toro telah melawat patung Gundam berskala sebenar yang setinggi kira-kira 18 meter yang telah kembali ke kompleks Diver City Tokyo yang terletak di Pulau Odaiba pada tahun lalu.

Del Toro melakukan lawatan khas ke Pulau Odaiba untuk melihat sendiri patung Gundam bersama dengan dua orang aktres dari filemnya iaitu Kikuchi Rinko dan dan Ashida

Filem Pacific Rim telah mula ditayangkan di Jepun dan filem ini mengisahkan tentang perang masa depan diantara manusia dan makhluk dikenali sebagai kaiju (membawa maksud rasaksa dalam bahasa Jepun).

Del Toro telah meminta juruanimasi untuk Blood: The Last Vampire iaitu Katsuya Terada dan Yoji Shinkawa (Metal Solid) untuk hasilkan poster untuk pasaran Jepun.

Filem ini mendapat pujian termasuklah dari Hideo Kojima (Metal Solid), pelopor manga dan anime Go Nagai serta pereka karakter Evangelion, Yoshiyuki Sadamoto.


Nenek Umur 90 Tahun Cipta Rekod Dunia Larian 100 Meter

Berapakah rekod masa larian 100 meter anda? Jika lebih lambat daripada 23.8 saat, anda tertewas kepada seorang nenek Jepun yang berumur 90 tahun.

Pada 28 Julai lalu, Siri Kejohanan Veteran Atlit Kyuushu ke 30 telah diadakan di Stadium Sukan Kagoshima. Bertanding dalam kategori 100 meter wanita berumur 90 tahun dan ke atas, Morita Mitsu dari Yatsushiro, Wilayah Kumamoto berjaya memecahkan rekod Jepun 50.9 saat dengan masa yang disebut  di atas!

Selepas pertandingan, Nenek Mitsu memberikan komennya: “Memang sayang sekali sebab saya pernah mencapai rekod 21 saat semasa berlatih. Pada masa akan datang, saya akan mencabar rekod dunia 23.18 saat.”

Sebenarnya, Nenek Mitsu merupakan pemegang rekod dunia sebelum ini. Pada tahun 2003, dia memecahkan rekod dunia dalam kategori 200 meter wanita berumur 80-84 tahun dengan masa 40.78 saat. Pada tahun 2005 pula, dia berada kategori wanita 85-89 tahun, mencipta dua rekod dunia iaitu 100 meter (19.83 saat) dan 200 meter (45.65 saat). Saksikan klip video mengenai Nenek Mitsu yang dibuat dua tahun lalu di: http://tiny.cc/ljlqw


Mesin Jualan Membekalkan Info Bencana

Mesin jualan yang menjual pelbagai jenis barangan boleh ditemui di merata-rata tempat di seluruh Jepun. Termasuklah di puncak Gunung Fuji. Kini, sekali lagi orang Jepun memberikan erti baru kepada mesin jualan menjadikannya sebuah alat untuk menyelamatkan nyawa apabila berlaku bencana alam.

Sebelum ini, kami ada melaporkan mesin jualan minuman yang boleh beroperasi ketika bekalan elektrik terputus. Ia mempunayi bateri simpanan yang boleh dicaj semula apabila pengguna memutar alat pemutarnya. Namun, mesin yang diperkenalkan kali ini agak berlainan sedikit.

Shell sudah. BP sudah. Petron pun sudah. Bila Idemitsu nak masuk Malaysia?
Projek mesin jualan semasa bencana ini diusahakan oleh tiga pihak iaitu Dai Nippon Printing (DNP), Nippon Televisyen Network dan juga syarikat pembotolan DyDo. Ditempatkan di stesen-stesen minyak Idemitsu, mesin ini bernama penuh Mesin Jualan Penanda Digital Penyampai Informasi Bencana.

Ia boleh menunjukkan lokasi tandas, pusat pengungsian serta pelbagai maklumat berguna yang berkaitan dengan bencana berkenaan kepada orang awam. Selain daripada itu, sudah pasti ia akan menjual minuman. DyDo berjanji akan menggunakan keuntungan dari jualan minuman ke atas kos pengendalian penanda digital. Maknanya masin ini dapat ‘menyara hidup sendiri’.

Untuk peringkat seterusnya, ketiga-tiga syarikat tersebut bercadang menempatkan sekurang-kurangnya 100 buah mesin ini di sekolah, hospital dan lokasi perhimpunan yang luas menjelang tahun 2015.


Komatsu Ayaka Mengharapkan Perhimpunan Semula Pretty Guardian Sailor Moon

Semasa ditemu ramah untuk filem barunya: Talk To The Dead, Komatsu Ayaka berkata dia amat mengharapkan perhimpunan semula Pretty Guardian Sailor Moon, siri drama adaptasi shojo manga popular Sailor Moon yang disiarkan dari tahun 2003 hingga 2004.

Dalam siri tersebut, Komatsu memegang watak Sailor Venus. Ia merupakan watak utama pertamanya dalam siri televisyen.

Menurut Komatsu, baru-baru ini adanya projek DVD Ninpuu Sentai Hurricaneger: 10 Years After, makadia merasa Pretty Guardian Sailor Moon yang juga menyambut ulang tahun ke 10 harus mempunyai projek sedemikian.

“Walau pun 10 tahun sudah berlalu, setiap kali kami (para aktres) keluar bersama, kami masih mempunyai semangat tinggi seperti waktu penggambaran.” Kata Komatsu.

"Mungkin kami sudah tak sesuai memakai sut Sailor tetapi saya benar-benar ingin melakonkan kisah 10 tahun kemudian." Tambahnya lagi.


Selasa, 3 September 2013

Puting Beliung Landa Timur Jepun

Tokyo - Puting beliung yang melanda timur Jepun semalam menyebabkan berpuluh-puluh cedera dan sekurang-kurangnya seorang parah selain memusnahkan sejumlah bangunan.

Polis di wilayah Saitama dekat Tokyo menyatakan bahawa seramai 63 orang dilaporkan cedera. Butiran lanjut berhubung kecederaan mereka tidak diketahui.

Agensi berita Kyodo melaporkan, puting beliung menjejaskan bekalan elektrik, menerbangkan bumbung sejumlah rumah serta merosakkan tingkap-tingkap di sebuah sekolah rendah.

Menurut polis, enam rumah musnah di Saitama sementara 83 buah rumah lagi rosak sebahagian.

Puting beliung turut membadai sebahagian kawasan berdekatan termasuk wilayah Chiba - AP


Masyarakat Jepun Sambut Bulan Hantu

Pengunjung melawat rumah hantu The Cursed Tooth.
Tokyo - Berjuta-juta penduduk Jepun pulang ke kampung halaman pada 15 Ogos lalu untuk meraikan roh nenek moyang mereka sempena perayaan Obon.

Disamping upacara meraikan orang mati, Obon turut menampilkan pelbagai acara meriah termasuk pertunjukan bunga api dan tarian pakaian 'yukata' atau kimono musim panas.

Pada perayaan tersebut, pelbagai kisah hantu dan puaka diceritakan dengan berpuluh-puluh rumah hantu dibuka di seluruh negara pada orang ramai.

"Seram sejuk adalah perasaan yang dapat saya ungkapkan." kata Sayaka Makabe, seorang pelajar selepas melawat rumah hantu The Cursed Tooth di Tokyo Dome di sini.

Masyarakat Jepun percaya pada hari tersebut, roh nenek moyang mereka akan kembali ke bumi selama beberapa hari sebelum pulang semula ke alam baqa.

Pada akhir perayaan tersebut, sejumlah bot kecil yang dipasang tanglung dihanyutkan untuk memudahkan roh nenek moyang pulang ke syurga. - Agensi.

Selasa, 27 Ogos 2013

Space Pirate Captain Harlock

Ia adalah filem anime Jepun 3D terbaru diarahkan oleh Shinji Aramaki. Filem ini diadaptasi dari manga Space Pirate Captain Harlock oleh Leiji Matsumoto.

Pada 2010, Toei Animation mengumumkan bahawa mereka telah menghasilkan sedutan pembikinan semula menggunakan grafik komputer dan ia telah ditayangkan di Tokyo International Anime Fair pada tahun yang sama.

Pada tahun seterusnya, pra-tayangan Space Pirate Captain Harlock ditayangkan di Anneey International Animated Film Festival. Jalan cerita telah dihasilkan semula oleh Harutoshi Fukui untuk disesuaikan dengan masyarakat moden dan Toei turut menyediakan teknologi paling terkini untuk pembikinan filem anime ini.

Trailer pengenalan dengan penyampaian berbahasa Inggeris telah ditayangkan untuk promosi. Ia akan ditayangkan pada September akan datang.

Seiyuu:

Shun Oguri (Captain Harlock)
Haruma Miura (Yama)
Yu Aoi
Arata Furuta
Ayano Fukuda
Toshiyuki Morikawa
Maaya Sakamoto
Miyuki Sawashiro Kiyoshi Kobayashi
Chikao Otsuka


Filem Live Action Kuroshitsuji Pada Awal 2014

Tarikh tayangan filem live action Kuroshitsuji disahkan pada 18 Januari 2014.

Dibintangi oleh Hiro Mizushima dan Ayame Gouriki. Filem ini berlatarkan tahun 2020 iaitu 130 tahun selepas manga asal. Kisahnya berlaku di sebuah bandar di Asia dimana budaya timur dan barat bergabung antara satu sama lain.

Isnin, 5 Ogos 2013

Robot Bercakap Di Angkasa Lepas

Jepun kini bersedia untuk mengambil satu langkah besar dalam teknologi pembinaan robot dengan bakal menghantar robot bercakap ke angkasa lepas dalam ekspedisi Soyuz TMA-11M Expedition 38/Expedition 39. Ini bermakna, perbualan pertama di antara manusia dengan robot di angkasa lepas akan berlaku.

Robot kecil dengan ketinggian 34cm dan seberat 1kg ini adalah hasil ciptaan bersama Toyota dan Universiti Tokyo. Diberi nama Kirobo, misinya dalam ekspedisi tersebut ialah menjadi teman bersembang angkasawan Wakata Koichi semasa bertugas selama 6 bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Wakata juga merupakan angkasawan Jepun pertama untuk memegang jawatan komander ISS; manakala sudah tentulah Kirobo merupakan robot pertama yang melawat ke stesen angkasa tersebut.

Keupayaan Kirobo termasuklah pengecaman wajah dab suara, pemprosesan bahasa semula jadi dan dilengkapi kamera video. Ia mempunyai rakan bernama Mirata sebagai robot simpanan. Saksikan laporan berkenaan di: http://tiny.cc/2o58zw


Unagi Mungkin Disenaraikan Sebagai Spesies Terancam

Badan pemeliharaan antarabangsa kini mempertimbangkan status belut Jepun sama ada ia perlu disenaraikan sebagai species terancam atau tidak. Walau pun keputusan belum tercapai, perkara ini telah pun menaikkan harga hidangan istimewa pada musim panas di Jepun.

Persekutuan Pemeliharaan Semula Jadi Antarabangsa (IUCN) memasukkan belut Jepun (Anguilla Japonica) ke dalam senarai penyelidikan mereka yang mempunyai 19 jenis spesies belut.

Sesi kerja berkenaan telah tamat di United Kingdom pada awal bulan lalu dan keputusan dijangka akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang. Sekiranya status belut Jepun diluluskan, ia akan berada didalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.

Pada Februari lalu, Kementerian Persekitaran Jepun mengisytiharkan belut Jepun sebagai spesies terancam kerana jumlah tangkapan domestik tahunan telah menurun 90% dalam masa 50 tahun dengan hanya 229 tan dalam tahun 2011.

Belut bakar atau pun lebih terkenal dengan nama unagi adalah hidangan istimewa musim panas di Jepun.


Pokok Lagenda Bidadari Ditebang


Pada 3 Julai, para pekerja telah menebang sebatang pokok lagenda di Miho no Matsubara, Wilayah Shizuoka selepas upacara agama Shinto diadakan.

Lokasi itu merupakan sebahagian daripada kawasan kebudayaan Gunung Fuji yang baru-baru ini mendapat pengiktirafan status Tapak Warisan Dunia daripada UNESCO.

Pokok pain setinggi 10 meter ini dijangka berusia 200 hingga 400 tahun. Menurut lagenda, seorang bidadari telah melawat ke Miho no Matsubara dan menggantungkan bajunya pada pokok pain tersebut sebelum mandi.

Pokok yang dikenali sebagai Hagoromo no Matsu ( 羽衣ない / Poko Pain Baju Pelepah) ini mula reput setelah batangnya merekah dalam taufan pada tahun 1991.


Jumaat, 19 Julai 2013

AFC Iktiraf Liga-J Status 'A'

Aksi Liga-J mula mendapat perhatian pemain bertaraf dunia.

 Kuala Lumpur - Liga Bola Sepak Profesional Jepun atau dikenali sebagai Liga-J mula diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) pada 1992 bagi meningkatkan pencapaian skuad negara itu di pentas antarabangsa.

Penubuhan liga berkenaan yang menggantikan liga amatur, Liga Bola Sepak Jepun (JSL) menjadi antara liga paling berjaya di benua Asia dan dikelaskan sebagai liga berstatus A oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC).

Menurut laman web rasmi Liga-J (http://www.j-league.or.jp) dan wikipedia J. League Division 1, pada awalnya Liga-J hanya dikorporatkan dengan melantik Saburo Kawabuchi sebagai pengerusinya.

Perlawanan sulung secara rasmi bagaimanapun hanya berlangsung pada 15 Mei 1993 antara Verdy Kawasaki (sekarang dikenali Tokyo Verdy) menentang Yokohama Marinos (Yokohama F Marinos) di Stadium Nasional Kasumigaoka.

Galak promosi

Untuk meningkatkan mutu bola sepak dan memperoleh penajaan lebih memberangsangkan, pengurusan Liga-J pantas tampil dengan dua penyelesaian.

Pertama, memperkenalkan Visi 100 tahun Liga-J untuk mengubah kepada persatuan bola sepak profesional sepenuhnya pada 2092 dengan menggalakkan lagi promosi sukan bola sepak serta mendapat lebih penajaan. Kedua, mengubah infrastruktur liga pada 1999 dengan membahagikan kepada dua bahagian, iaitu Divisyen Pertama membabitkan 16 kelab dan Divisyen Dua, 10 kelab.

Selepas era Kawabuchi sebagai pengerusi liga, Masaru Suzuki mula mengambil alih pada tahun ke-10 penubuhan Liga-J dalam meneruskan entiti nasional serta mencadangkan idea baru yang kemudian berterusan ketika era dua pengerusi seterusnya, Kenji Onitake dan Kazumi Ohigashi. 

Khamis, 18 Julai 2013

Ilustrator Secret Of Mana Meninggal Dunia



Artis dan ilustrator Hiro Isono yang turut menghasilkan siri permainan video Mana (Seiken Densetsu) meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung.

Isono dilahirkan pada 1945. Isono tamatkan pengajian dari Jabatan Pendidikan Seni, Universiti Aichi pada 1968 dan mula bertugas sebagai pelukis dan ilustrator sejak tahun 1970an.

Pada tahun 1991, dia telah menghasilkan visual utama untuk permainan Final Fantasy Adventure (Seiken Densetsu: Final Fantasy Gaiden) terbitan Square Enix.

Dia turut hasilkan ilustrasi untuk pelbagai siri termasuklah Secret Of Mana (Seiken Densetsu 2) pada 1993 dan Heroes Of Mana (Seiken Densetsu Heroes Of Mana) pada 2007.

Robot Bancuh Kopi



Washington - Sebuah syarikat Jepun di sini telah mencipta sebuah robot berbentuk manusia yang boleh membancuh kopi untuk pemiliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Diberi nama Rapiro, robot comel itu dikawal menggunakan komputer bersaiz kad kredit berasaskan perisian Linux, Raspberry Pi.

Selain membancuh kopi, robot mini itu boleh diprogramkan untuk melakukan beberapa tugas lain seperti menyusun jadual waktu dan memberitahu mengenai keadaan cuaca.

Rapiro juga boleh dilengkapi kamera untuk membolehkannya mengumpulkan data visual. Robot berkenaan dilengkapi 13 peranti motor untuk membantunya bergerak. - Agensi

Khamis, 11 Julai 2013

Kepala Titan Muncul Di Pejabat Kodansha!!


Siri Attack On Titan atau Shingeki no Kyojin ( 進撃の巨人 ) sangat terkenal sekarang dan sekiranya anda mahu merasai sendiri pengalaman ketika dimakan Titan, anda boleh mencapai fantasi ini dengan melawat pejabat Kodansha!

Patung kepala gergasi Titan ini dibuka untuk lawatan pengunjung pada setiap hari bermula jam 0930 pagi sehingga 1730 petang.

Siri anime Attack On Titan juga kini sangat ditunggu-tunggu dan ia juga menyebabkan jualan manga yang tinggi di mana jualan manganya kini telah mencapai melebihi 20 juta salinan.

Pada penghujung 2012, jualan manga hanya 10 juta salinan, jadi ia memang satu peningkatan yang besar. Sejak anime disiarkan juga, siri Attack On Titan memang meledak pada tahun ini!


Gajah berusia 39 ribu tahun dipamer di Tokyo



Tokyo - Bangkai seekor gajah purba atau mamot berusia 39 ribu tahun, yang ditemui pada bulan Mei lalu dalam keadaan beku di Siberia, Rusia dipamerkan di Tokyo bermula kelmarin.

Gajah daripada spesies mamot Woolly itu akan dipamerkan kepada masyarakat umum di sebuah dewan pameran di Yokohama di sini sehingga bulan September.

Bangkai gajah purba yang ditemui masih lengkap dengan rupa bentuk asal itu didakwa para saintis telah terperangkap di kawasan paya dan mati beberapa ribu tahun lalu.

Para saintis yang terlibat dalam penemuan gajah purba itu telah mengumpul beberapa sampel darah di tempat ia ditemui untuk dianalisis.

Para saintis juga dipercayai akan menggunakan sampel darah gajah purba tersebut bagi mengklon hidupan purba berkenaan, sekali gus cuba menghidupkan kembali haiwan yang pernah menghuni dunia 4 ribu tahun lalu.

Seorang saintis dari Universiti Persekutuan North Eastern di Siberia, Semyon Grigoriev berkata, mereka terkejut dengan penemuan sampel darah dan tisu anggota badan mamot tersebut.

Katanya lagi, gajah purba itu dianggap sebagai 'mamot terbaik' yang masih terpelihara dalam sejarah paleontologi.

Bagaimana pun, sebahagian saintis bertegas adalah mustahil untuk mengklon mamot sama yang pernah menguasai bumi dahulu. - Agensi


Ahad, 7 Julai 2013

Sekitar Bon Odori 2013 di Komplek Sukan Panasonic, Shah Alam

Baru semalam yakni 6 Julai 2013. Empat hari lagi sebelum menjelang Ramadan, telah adanya pesta masyarakat Jepun yang amat popular dikalangan rakyat Malaysia khususnya golongan OTAKU iaitu Bon Odori.

Ia disambut meriah sehinggakan seperti berada dalam anime (Iyakah?). Pesta berkenaan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Ibrahim Khalid. Jangan banyak cerita. Jom mari kita lihat foto-foto yang diambil ketika saya berada di sana.

Pengunjung mula tiba pada petang berkenaan.


Dapat kipas free...!!

Gerai jual kimono dan yukata serta minuman.

Pengunjung semakin ramai tiba.

Gerai jual dorayaki pun ada?!

Dorayaki

Makan malam. Itadakimasu....

Awek dari Sekolah Jepun Kuala Lumpur sibuk bershopping.

Group ini mungkin dari Taylor's University kot.

Mario dah kurus dan cukur misainya.

Tengah blur. But, kawaii....

Mascot 1

Mascot 2

Pandang semacam aje.

Amboi... Bila nak shoot photo, cepat-cepat mereka berjalan. Nak lari dari saya.

Ini yukata atau kimono? Confuse...

She's cute. But, the cub on her head?

Another kawaii girl.

He try speak Mareeshia-go. Daijoubu desu....

Semakin meriah.

Menteri Besar Selangor (kanan, baju batik biru gelap)

Mat Bangla juga datang untuk mencari hos untuk membiak dan menyebarkan baka

Dance crew

Malaysian drum crew

Kawaii. Meow.....

Let's dance...

Shinigami also join the festival.

Hanabi 1

Hanabi 2

Hanabi 3

Hanabi 4

Hanabi 5

Hanabi 6

Sayonara...! See you next year.