Rabu, 15 Mei 2013

Tom Cruise Bakal Bintangi Filem Yukikaze




Sumber berita hiburan Deadline melaporkan pelakon terkenal Tom Cruise (Top Gun & The Last Samurai) bakal terlibat di dalam sebuah filem aksi adaptasi daripada novel sains fiksyen oleh Chohei Kambayashi yang bertajuk Yukikaze.

Novel ini pernah diadaptasi ke permainan video oleh studio Gonzo pada tahun 2002-2005.

Di dalam novel ini, unit elit Special Air Force telah terlibat di dalam sebuah perang rahsia menentang makhluk asing yang gagal menakluk bumi menerusi portal dimensi di Antartika 33 tahun lalu.

Second lieutenant Rei Fukai terbang seorang diri di dalam satu misi bahaya ke tempat asal makhluk asing bersama pembantunya, Sylphid.

Warner Bros telah mendapatkan hak untuk mengadaptasi kisah ini disamping menyediakan modalnya. Erwin Stoff dan Tom Lassally (All You Need Is Kill) dari 3 Arts akan menerbitkan filem ini.

Kambayashi telah menghasilkan dua buah novel Yukikaze iaitu Sento Yosei Yukikaze (1984) dan Good Luck Sento Yosei Yukikaze (1999).

Cruise kini sedang sibuk di dalam pengambaran filem yang diadaptasi dari novel sains fiksyen All You Need Is Kill oleh Hiroshi Sakurazaka di bawah arahan Doug Liman (The Bourne Identity) dan filem terbaru Cruise yang bertajuk Oblivion berjaya mengutip US$ 61 juta (+/-RM 185 juta) dalam minggu pertama penayangannya.
 

Edisi Khas Hidangan Hatsune Miku




Sebuah kelab isitu Mado Lounge Spice yang terletak di kompleks Roppongi Hills, Tokyo telah membuka kafe Hatsune Miku tetapi hanya untuk masa yang terhad!

Kafe ini akan menawarkan hidangan dan minuman inspirasi daripada Hatsune Miku bermula 26 April hingga 16 Jun sempena mempertingati ulang tahun ke-10 Muzium Seni Mori.

Hidangan ini adalah inspirasi lagu Ievan Polkka oleh Hatsune Miku. 


Antara hidangan yang akan ditawarkan kepada pengunjung adalah 39 Curry (Kari 39) yang berharga 1,000 Yen [+/-RM 31], Ievan Polkka Cocktail (Minuman Koktail Ievan Polkka) berharga 700 Yen [+/-RM 22] dan  Negi-cha Soba (Teh Soba Daun Bawang) berharga 900 Yen [+/-RM 28].

Selasa, 23 April 2013

Drama Budak Berwajah Bawang!




Drama siri aksi benar yang diadaptasi daripada manga spin-off Chibi Maruko-chan (1993-1995) oleh Momoko Sakura yang bertajuk Nagasawa-kun telah disiarkan pada 1 April.

Manga Nagasawa-kun mengisahkan watak Chibi Maruko-chan dan watak pembantu Nagasawa-kun, seorang pelajar lelaki bermulut celupar dan memiliki kepala berbentuk seperti bawang.

Sakura telah hasilkan skrip untuk drama ini dan Yukihino Tsutumi (20th Century Boys) selaku pengarah dan Hisashi Kimura (Kindaichi Shounen no Jkenbo) selaku pembantunya.

Siri dengan setiap episod berdurasi 5 minit ini akan ditayangkan pada lewat malam setiap Isnin sehingga Khamis.
 

Jumaat, 12 April 2013

Doraemon Merantau Ke Sepanyol?!




Syarikat jem kacang hazel dari Sepanyol iaitu Nocilla telah melancarkan iklan tv komersil aksi sebenar yang menampilkan Doraemon!

Iklan ini telah dibintangi oleh seekor kucing lengkap bergaya seperti Doraemon yang bermain keyboard sebelum mendedahkan kempen promosi syarikat.

Nocilla telah menawarkan koleksi gelas dengan rekaan kucing robot terkenal ini sempena kempen bermula 1 Januari sehingga 31 Mei ini.

Toyota juga pernah menghasilkan iklan komersil aksi sebenar Doraemon menampilkan actor terkenal Jean Reno (Leon: The Code, Mission Impossible, The Da Vinci Code)

File Doraemon: Nobita no Himitsu Dogu Museum yang baru sahaja ditayangkan telah Berjaya mengutip 4 juta billion Yen (-/+ RM 131 juta) sejak ditayangkan pada pertengahan Mac lalu.

Anda boleh menonton di sini: http://www.youtube.com/watch?v=4uD9NgENlj8

Video Hatsune Miku Dengan Rekaan Louis Vuitton



Video terbaru pratonton The End iaitu persembahan opera yang bakal dibintangi oleh idola alam maya Hatsune Miku telah mula disiarkan.

Marc Jacobs, pengarah artistic bagi jenama terkenal dari Perancis iaitu Louis Vuitton telah menghasilkan rekaan untuk baju yang dipakai oleh Miku dalam persembahan tersebut.

Pengarah Toshiki Okada dan artis muzik digital Keiichiro Shibuya telah mengadakan opera di Yamaguchi Center for Arts and Media, Yamaguchi City pada bulan Disember lalu.

Tiada manusia yang muncul di atas pentas walau pun untuk bermain alat muzik. Sebaliknya, Vocaloid mengambil tempat masing-masing untuk mengadakan persembahan.

‘Pelakon” di atas pentas direka oleh artis YKBX (juga dikenali sebagai Masaki Yokobe) yang turut dikenali untuk muzik videonya “amazarashi”.

Shohei Shigematsu seorang arkitek dan rakan kongsi OMA New York telah menghasilkan pentas. Persembahan opera ini bakal berlangsung di Tokyo pada 23-24 Mei ini.