Sabtu, 5 Januari 2013

Teksi Neon Genesis Evangelion



Sempena dengan tayangan filem Neon Genesis Evangelion di pawagam, syarikat teksi “Choei Taxi” mendapat kelulusan untuk melancarkan teksi tema karakter. Teksi tema karakter Neon Genesis Evangelion ini akan beroperasi di Sapporo sehingga 11 Februari 2013.

 Ayanami Rei

Nagisa Kaworu

Makinami Mari Illustrious


Selain teksi bertemakan Neon Genesis Evangelion, terdapat juga teksi yang bertemakan Little Berries yang beroperasi di Hokkaido.

 Little Berries

P/S: Alangkah bagusnya kalau teksi di sekitar Kuala Lumpur mempunyai tema karakter anime.
 

Filem Terbaru Detective Conan



Shogakugan secara rasmi telah mengumumkan bahawa filem Detective Conan ke-17 yang bertajuk Meitantei Conan: Zekkai no Private Eye (Detective Conan: Mata Tajam Di Lautan Yang Jauh).

Filem ini akan berlatarkan di atas kapal pelayaran Aegis milik Angkatan Laut Jepun dan filem ini akan dihasilkan dengan kerjasama dari Kementerian Pertahanan dan Maritim Jepun.

Filem Meitantei Conan: Zekkai no Private Eye bakal ditayangkan pada 20 April 2013.
 

Madoka Magica Berkempen UNtuk Gabenor Tokyo




Kenji Utsunomiya, seorang peguam hak asasi manusia dan bekas ketua pertubuhan perundangan Jepun bakal bertanding untuk kerusi gabenor Tokyo dengan dua orang pembantu di sisinya. 

Cosplayer Puella Magi Madoka Magica telah menyertai kempen di Stesen Harajuku bersama dengan cosplayer Kyubey. Kyubey turut membawa sepanduk bertulis: Buat perjanjian dengan saya dan awak bakal menjadi Gabenor Tokyo.

Antara kempen yang dilaungkan oleh Utsunomiya termasuklah menghentikan penggunaan kuasa nuclear di Tokyo, menghasilkan peluang kerja baru, menghasilkan Bandar yang selamat untuk kanak-kanak serta membanteras kegiatan buli di sekolah.

Jawatan gabenor mula kosong apabila Shintaro Ishihara meletak jawatan bulan lalu dan telah memulakan satu badan perundangan di bawah parti baru.

Pilihan raya diadakan pada 16 Disember dan Utsunomiya akan bertanding bersama dengan Sembilan calon lain.
 

Selasa, 25 Disember 2012

Gadis Comel Maskot Balai Bomba

Balai bomba Kanda yang terletak di daerah Akihabara, Tokyo telah mendedahkan maskot terbarunya bernama Yokumi Kanda yang telah muncul di poster, paket tisu dan bahan promosi lain untuk balai bomba tersebut.

Wakil dari balai bomba Kanda menjelaskan karakter comel tersebut dipilih kerana Akihabara adalah pusat untuk budaya Moe (manga/anime).

Anggota pemadam kebakaran kawasan ini mula ditubuhkan sejak Zaman Edo (1603-1868) telah memilih nama Yukomi yang dipilih oleh penduduk tempatan.

Maskot karakter Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana Alam Tokyo juga turut muncul ditali pinggang Yukomi. Angka 911 pada seragam karakter ini merujuk kepada nombor telefon untuk panggilan kebakaran dan kecemasan di Jepun.

Ilustrator Tsukasa Nagano telah menghasilkan rekaan untuk karakter Yukomi. Nagano sebelum ini pernah hasilkan maskot karakter Konko Fox untuk mempromosikan syarikat pengeluar elektronik dari Taiwan iaitu Foxconn di Jepun.

Matsudo, bandar di Wilayah Chiba yang terletak di timur Tokyo juga telah memperkenalkan karakter gadis magik bergayakan polis bernama Aya Matsumiya untuk mempromosikan kempen pencegahan jenayah pada tahun lalu. Karakter ini juga mengeluarkan sebuah album CD pada Disember lepas!

Gundam Cafe Dibuka Di Stesen Tokyo




Bandai umumkan bakal membuka cawangan ketiga Gundam Cafe di Tokyo pada 20 Disember ini.

Cawangan utama yang terletak di kawasan First Avenue, Stesen Tokyo ini bakal menghidangkan menu yang sama seperti yang terdapat di Akihabara dan Odaiba, termasuklah Jaburo Coffe dan Haro Latte Milk.

Sebagai tambahan kepada 50 pilihan makanan dan minuman yang aneh, kafe dengan 26 tempat duduk di Tokyo akan menawarkan 15 barangan berbeza seperti gelas kecil dan pelapik cawan yang diperbuat daripada getah silicon berwarna merah terang yang sama dengan dekorasi bata merah yang terdapat di Stesen Tokyo.

Trafalgar Square Ditutup Kerana Tom Cruise?



Trafalgar Square iaitu sebuah pusat tarikan pelancong di tengah kota London telah ditutup kepada orang awam kerana untuk pembikinan filem aksi sebenar arahan Doug Liman yang diadaptasi daripada manga All You Need Is Kill oleh Hiroshi Sakurazaka.

Bintang filem Tom Cruise tiba dengan menaiki helicopter Royal Air Force lengkap berpakaian tentera. Kereta kebal turut digunakan semasa pembikinan filem ini.

Akhbar Telegraph dan laman web berita filem Just Jared turut menayangkan foto pembikinan file mini. All You Need Is Kill mengisahkan tentang tentera pertempuran yang mendapati dirinya mati dan hidup semula berkali-kali.

Filem ini turut dibintangi Emily Blunt, Charlotte Riley, Kick Gurry serta Bill Paxton dan akan mula ditayangkan pada 7 Mac 2013.