Khamis, 20 Ogos 2009

Pelakon Veteran Langgar Kereta Polis

Dipetik dari Komik Remaja 11 Ogos 2009

Ono Takehiko berhadapan dengan kesalahan dari segi undang-undang pada lewat malam 26 Julai.

Menurut pihak polis, kereta Ono berlanggar dengan sebuah kereta polis semasa dia cuba membelok ke kiri di sebuah simpang di kawasan Setagaya, Tokyo.

Insiden tersebut dianggap sebagai kemalangan trafik kecil yang mengakibatkan kerosakan harta benda. Ono yang berusia 66 tahun lebih dikenali sebagai ketua polis di dalam siri filem Bayside Shakedown.


Yoshiki Menjalani Pembedahan Kecemasan

Dipetik dari Komik Remaja 11 Ogos 2009

Pemain dram dan ketua kumpulan X Japan, Yoshiki terpaksa menjalani pembedahan di hospital di Los Angeles pada penghujung bulan lalu, untuk merawat cakera hernia di tulang belakangnya, satu penyakit yang mengganggunya selama ini.

Menurut doktor, selepas pembedahan, Yoshiki perlu berehat selama beberapa minggu diikuti dengan rawatan susulan selama sebulan.

Jika keadaannya masih belum sihat selepas beberapa bulan, dia perlu menjalani pembedahan sekali lagi. X Japan dijadualkan untuk melakukan persembahan di Perancis pada 10 Oktober nanti.


Ahad, 16 Ogos 2009

ANDAINYA CHIN PENG DAN PARTI KOMUNIS MALAYA MEMERINTAH NEGARA MALAYSIA

Oleh: Merkia (merkia_otaku@yahoo.com)

1. Kesemua jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri digantikan dengan jawatan gabenor.


2. Sistem pemerintahan Raja-raja Melayu serta kuasanya dihapuskan. Pendek kata, sebagai contoh bayangkan di zaman sekarang, sudah pasti kita akan melihat pewaris Sultan Terengganu menjadi penjaga tempat kereta atau bekas Puteri Sultan Kelantan menjadi tukang cuci di premis kerajaan. Kalau tak bernasib baik, kesudahannya menjadi seperti Tzar Nicholas dan ahli keluarganya dibunuh oleh para pemberontak komunis Rusia.


3. Agama Islam bukan agama rasmi. Madrasah, surau, tahfiz dan masjid ditutup. Tidak dibenarkan menjalankan solat Jumaat atau kegiatan yang berkaitan dengan agama Islam. Pendek kata, agama-agama lain juga turut dilarang sama sekali. Bagi kaum wanita Melayu, tidak dibenarkan memakai baju kurung, bertudung atau sebarang pakaian yang menutup aurat.


4. Sistem pendidikan negara kita mengikut acuan sosialis seperti di Kesatuan Soviet (Rusia), China, Vietnam, Korea Utara dan Cuba. Tiada ISO atau piawaian langsung!


5. Jawatankuasa yang mentadbir “Republik Sosialis Rakyat Malaysia” dianggotai oleh Chin Peng (Pengerusi), Lim Kit Siang (Timbalan), Karpal Singh (Hal Ehwal Undang-undang), Gorbin Singh Deo (Timbalan Karpal Singh), Ronnie Liu (Ketua Polis Rahsia; lebih kurang seperti chekka), Lim Guan Eng (Ketua Propaganda), Threesia Kok (Ketua Wanita) dan bermacam-macam lagi.


6. Untuk mengimbangi populasi orang Melayu di Malaysia, mereka akan membawa masuk pendatang dari negara komunis seperti Vietnam, China dan Korea Utara.


7. Tidak wujudnya mercu tanda negara seperti Menara Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, Tugu Negara, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Masjid Negara dan sebagainya. Ia digantikan oleh patung-patung atau poster billboard para pengasas serta pemimpin komunis tersohor seperti Karl Marx, Lenin, Joseph Stalin, Pengerusi Mao, Fidel Castro dan Che Guvera.


8. Mereka akan mengubah teks sejarah dan menghapuskan bahan-bahan sejarah di Arkib Negara. Sebagai contoh, Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 oleh Parti Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. Tetapi, dalam buku teks sejarah, ia digantikan pula Parti Komunis Malaya yang diketuai Chin Peng.


9. Tahap ekonomi negara tidak menentu. Adakalanya merudum dan adakala pula mendatar. Tetapi tidak pernah naik pula. Kesemua jelapang padi di Kedah dan ladang tebu di Perlis dimiliknegarakan. Tiada langsung istilah swasta atau persendirian. Diterukkan lagi jika Republik Sosialis Rakyat Malaysia mengamalkan dasar tutup pintu.


10. Tidak wujudnya stesen penyiaran (TV dan Radio) swasta. Yang hanya ada cuma stesen penyiaran kerajaan yang menyiarkan rancangan berbaur propaganda komunis selama 24 jam. Itu semua arahan dari Lim Guan Eng.


11. Kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia mengikut blok timur. Kita tak guna senapang M16 dan Styer. Kita guna AK-47 pelbagai jenis. Melambak kelengkapan perang yang “kokak” sejak zaman perang dingin seperti kereta kebal T-34, T-50, T-55, kereta perisai BTR-60, pelancar roket Katyusha dan sebagainya. Tentera udara pula masih menggunakan pesawat “antik” seperti MIG 15, MIG 21, MIG 23, Su 19 dan helikopter MI 8. Bagi tentera laut pula, majoriti kapal perangnya dari zaman perang dunia kedua. Sesetengah kapal peronda pesisir pantai masih menggunakan arang batu atau kuasa wap. Pendek kata, serba-serbi “kokak”. Khidmat negara tanpa belas kasihan (gambar atas). Tak kira pendek, kurus, gempal, tak hensem, poyo dan bermacam lagi dikerah atau berperang di perbatasan. Bayangkan kalau aku yang sedikit gempal, memakai kaca mata bingkai tebal, memakai sepasang seragam tentera, dengan helmet besi ala askar Soviet di Afghanistan dan menggalas AK-47 sambil berkawal sekitar Kuala Lumpur...


12. Menjalankan ujian peluru berpandu jarak jauh seperti mana dilakukan oleh Korea Utara. Jangan terkejut jika peluru berpandu buatan Republik Sosialis Rakyat Malaysia mendarat di perairan utara Australia dan mencecah masuk ke perairan selatan New Zealand. (Kih... kih... kih...)


13. Kemiskinan yang teruk melanda terhadap orang Melayu di seluruh negara. Mereka mengerah keringat di sektor-sektor perkilangan dan perladangan milik kerajaan dengan bayaran sebanyak 50 sen satu jam.


14. Budaya dan adat resam orang Melayu diharamkan. Jadi, kita tak dapat melihat tarian zapin, dikir barat, wayang kulit, permainan wau, gasing, seni silat dan sebagainya. Mereka bimbang orang Melayu akan bangkit menentang mereka.


15. Asyik bersengketa dengan negara jiran seperti Filipina, Thailand, Australia dan New Zealand. Berperang tanpa berkesudahan dan tidak memperdulikan masalah ekonomi negara!


KESIMPULANNYA: Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu dipaparkan jika Chin Peng berkuasa. Terpulang kepada para pembaca untuk berfikir dan merenung nasib terutama untuk orang Melayu. So, lu pikirlah sendiri...!


Jumaat, 14 Ogos 2009

Novel Lembah Angin; Sudah lama di pasaran sejak 2008

Harga: RM 15.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak)

Penulis: Ahmad Mahzan

Sinopsis: Mengisahkan seorang pemuda biasa bernama Naka terkejut apabila mengetahui dirinya adalah pewaris kerajaan Lembah Angin yang sah. Ia diberitahu oleh ayah angkatnya yang nazak.

Sebelum itu, perlu mencari dua saudara kandungnya dan perlu berganding bahu untuk menumpaskan pemerintahan Lembah Angin sekarang yakni Giorgola De Fusi.

Dia dahulu adalah seorang bendahara Maharaja Alendrosia Xica iaitu ayahanda Naka dan adik-adiknya. Di tempat lain, seorang gadis bernama Nita serta ayahnya menjalankan kegiatan merompak, menyamun serta mencuri.

Yang anehnya, mereka hanya menyamun harta-harta dan cukai yang dikutip oleh pihak kerajaan Lembah Angin sahaja. Di tempat lain juga, Putera Rem merancang untuk memberontak dengan hanya kekuatan tidak sampai dua ribu orang pengikutnya. Majoritinya adalah dari Puak Norseng. Siapakah mereka? Dan apa berkait rapat dengan si Naka?


Rabu, 2 Julai 2008

Pengalaman Menulis

Pengalaman menulis saya taklah banyak sangat. Baru nak naik sejak di kolej lagi. Lagi pun pada mulanya ia hanya suka-suka aje. Tetapi, lama-kelamaan semakin saya minati. Genre yang saya minat adalah sci-fi, fantasi & pengembaraan.