Isnin, 29 Februari 2016

Stesen Dihiasi Poster Iklan "Love Live! School Idol Festival"

Sebanyak 18 jenis poster iklan dari permainan video sosial Love Live! School Idol Festival telah menghiasi di 43 buah stesen JR East di daerah Tokyo bermula bulan ini.

Poster tersebut juga telah ditampal di stesen Ikebukuro dan Akihabara untuk masa yang terhad selama satu minggu. 

Sakurako Kimino yang merupakan pencipta asal francais Love Live! turut menulis pesanan bertemakan tahun baru di atas salah satu poster tersebut yang menampilkan sembilan anggota yang mengenakan haregi (gaun perayaan) pada tahun baru.

Beberapa kostum pentas yang pernah digunakan dalam permainan video ini juga ditampilkan dalam poster-poster tersebut.


Ahad, 31 Januari 2016

Jam Saku Saksi Letupan Bom Atom 1945

70 tahun selepas Perang Dunia Kedua tamat, sebuah jam saku yang terselamat dari letupan bom atom di Hiroshima pada tahun 1945 kini merupakan salah satu bahan pameran ikonik di muzium.

Masa yang ditunjukkan oleh jam saku tersebut berhenti pada pukul 8:15 pagi, 6 Ogos 1945 iaitu masa bandar Hiroshima mengalami letupan bom atom. Menurut pihak Muzium Kenangan Kedamaian Hiroshima, jarum pendek jam saku tersebut ditemui patah dalam rutin pembersihan pada musim panas tahun ini.

Pemilik jam saku tersebut ialah Nikawa Kengo yang berumur 59 tahun pada waktu itu. Nikawa berada di lokasi 1.6 kilometer dari pusat letupan dan maut sebaik sahaja letupan berlaku.

Anaknya, Nikawa Kazuo mendermakan jam saku tersebut kepada muzium pada tahun 1975. Sejak itu, ia terus dipamerkan di bangunan utama sehingga kini. Saksikan laporan berkenaan di: http//tiny.cc/oh7b7x

 

Isnin, 25 Januari 2016

Pertanian Jepun Semakin Merosot

Pada 1 Februari 2015, rekod pihak berkuasa menunjukkan bilangan rakyat Jepun yang menyara hidup dengan pertanian buat pertama kalinya jatuh ke bawah 2 juta orang.

Populasi negara matahari terbit adalah 127 juta orang tetapi kini hanya 1.7 juta orang bekerja sebagai petani sepenuh masa. Statistik tahun 2015 turut melihatkan purata usia petani Jepun meningkat ke 67.1 tahun.

Selain daripada itu, melebihi 400,000 hektar tanah pertanian telah dibiarkan tanpa menumbuhkan tanaman. Keluasan itu adalah kira-kira 10% dari 4.5 juta hektar tanah pertanian di seluruh Jepun.


Kadar Kemiskinan Jepun Tinggi

Kadar kemiskinan Jepun berada di tempat ke-4 tertinggi dalam 34 buah negara OECD (Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi), satu statistik yang mengejutkan memandangkan Jepun sentiasa memberikan impresi kepada dunia bahawa ia mempunyai masyarakat yang bertaraf sederhana ke atas.

Kadar kemiskinan Jepun dilihat tinggi berbanding dengan negara-negara maju lain.

Statistik dari OECD menunjukkan pada pertengahan era tahun 2000an, kadar kemiskinan Jepun mencapai 15% berada di nelakang Mexico (18.5%), Turki (17.5%) dan Amerika Syarikat (17%).Kadar paling rendah ialah Denmark (5%).

Sejak itu, kadar kemiskinan Jepun meningkat dari tahun ke tahun dan kini telah mengatasi garisan purata OECD.


Ahad, 24 Januari 2016

Perkhidmatan Penghantaran Ramen

Perkhidmatan penghantaran makanan amat biasa di bandar-bandar besar Jepun, khususnya bagi golongan yang bekerja di pejabat.

Di Tokyo, penghantaran ramen adalah satu tradisi lama. Pada zaman dahulu, hidangan mi dihantar oleh pekerja dengan berjalan kaki. Kini, kebanyakannya menggunakan basikal atau pun motosikal.

Walau pun hidangan mi selalunya dimasukkan ke dalam peti besar di belakang kenderaan, tetapi sesetengah pekerja kedai ramen lebih rela menunjukkan skil keseimbangan yang menakjubkan.

Mari kita lihat sehebat mana skil mereka, namun ternyata orang sekarang tidak sehandal orang zaman dulu.


Berita Terkini Adaptasi Hollywood Death Note!

Media Hollywood, Deadline melaporkan bahawa Death Note versi barat itu telah menemui aktres yang bakal membawa peranan sebagai heroine dalam filem itu.

Anak perempuan kepada aktres Andie MacDowell iaitu Margaret Qualley telah diumumkan sebagai pembawa peranan utama. Nama wataknya masih belum diumumkan tetapi kemungkinan besar Qualley akan berperanan sebagai versi Hollywood dari Misa atau "Kira Kedua", itu pun jika jalan ceritanya tidak banyak berubah dari versi asal.

Pembikinan filem ini dijadualkan bakal memulakan penggambaran pada musim bunga 2016.

Adam Wingard (The Guest, You're Next) bakal bertindak selaku pengarah. Manakala Jeremy Slater (Fantastic Four) pula selaku penulis skrip.


Isnin, 28 Disember 2015

Comic Fiesta 19-20 Disember 2015

Alhamdulillah. Walau pun tak dapat hadir dihari pertama, dapat juga datang dihari kedua dan terakhir iaitu hari Ahad. Berlangsung di Mines, Seri Kembangan. Ia boleh dikira dekat juga walau pun nak dapatkan public transport agak sukar sikit (Saya datang naik motosikal). Beli barang pun agak kurang berbanding tahun sebelumnya. Maklumlah, tahun ini banyak guna duit. Tetapi, saya beli yang penting aje.

Tiket hari kedua
Tinggal beberapa langkah aje lagi
Stok simpanan untuk cuti tahun baru nanti
Stok bagi hujung minggu
Ada sesiapa yang kehilangan anak?
This is trap!!
Pelaris jualan
Nice costume
Petapa gatal
The real Saitama
Bidadari dari syurga
East meet west
Meriah. Namun, tak sempat nak shopping
Semakin ramai jika dilihat dari atas
Haus. Rasa nak minum susu segar hari ini
Ninja Muslimah?
Lagi satu. Cosplayer Muslimah
Lunch time. Kimchi rice ball
Anggota RELA di situ gelak aje.
Figura untuk dijual tetapi duit tengah sesak
Chef, where is my fried egg?
Batman with XXXL size
KAWAII....!!
Lagi seorang. Anak siapa ni?
That's okay...
Octopus guy
The Tadpole
Ada siapa yang berani nak lawan dia?
Mungkin dia nak lawan orang di atas?
Atau dia juga nak lawan?
Atau pun dia? Sukar nak ramalkan.
Ini pun boleh juga. Aum....!!
Shorty Predator
Yahoo...!!
So cute...!!
Kawaii school girl.... :P
She/he to sexy....
What is the name of this character?
Honestly, i like short hair girl
Selepas pulang dari Comic Fiesta, saya terus memasak hidangan malam yang ekonomik kerana gaji belum masuk lagi dan fulus semakin nipis. Padan muka aku! Ha...ha...ha...hu...hu....!