Sabtu, 18 Oktober 2014

Pesawat Peluncur Nausicaa Tawan Udara!



Pereka Kazuhiko Hachiya (48) serta sekumpulan jurutera sedang menguji prototaip terbaru, Nausicaa's Mowe (Mehve), pesawat peluncur untuk terbang di ruang udara Hokkaido.
 
Pasukan ini telah mempamerkan M-02 di Nippon 2007, konvensyen sains fiksyen Asia pertama WorldCon tetapi projek 'Open Sky' ini sendiri telah mula dibangunkan sejak sedekad lalu.
 
M-02 tiada kuasa tetapi model terbaru M-02J menggunakan enjin jet. M-02J diperbuat daripada plastik yang diperkuat daripada kayu dengan bingkai paduan aluminium.
 
Terdapat video yang menunjukkan projek pesawat peluncur ini dengan deskripsi 'dipacu dari perang Iraq, Hachiya percayakan Mowe dengan harapan untuk keamanan'.
 
 

Khamis, 16 Oktober 2014

Kolaborasi Pengarah ‘Darkengard’ & Mangaka ‘Chrono Crusade’

Majalah Square Enix iaitu Big Gangan mengumumkan melalui lama Twitter projek kolaborasi manga terbaru diantara Daisuke Moriyama (manga Chrono Crusade & Gonzo) dan Taro Yoko (game Drakengard).
 
Judul baru yang dinamakan Kimi Shi ni Tamafu Koto Nakare ini akan keluar pada Disember 2014.

Moriyama bertanggung jawab melukis manga ini manakala Yoko menulis jalan cerita. Chinatsu Kurahana (Uta no Prince Sama) pula mereka uniform. Secara umum, ia memfokuskan babak pertarungan gelap.
 
 

Isayama Tamat ‘Attack On Titan’ Dalam 3 Tahun?!

Itulah perancangan yang dinyatakan oleh Hajime Isayama ketika ditemubual dalam majalah Da Vinci di Jepun baru-baru ini. Beliau turut menyatakan pada asalnya Attack On Titan dirancang tamat pengeluaran sekitar 16 jilid sahaja.
 
Namun, dilanjutkan kerana perkembangan emosi serta penambahan watak-watak yang ada.

Perkara ini turut disahkan oleh editornya Shintaro Kawakubo. Pihak Kodansha (penerbit) kini sudah mengeluarkan jilid ke-14 pada Ogos 2014 yang lalu di Jepun dan sehingga kini ia telah mencapai jualan lebih 36 juta unit.
 
 

Filem Deadpool Dapat Lampu Hijau!

Selepas bertahun-tahun peminat meminta, merayu dan mengadu, akhirnya Marvel & 20th Centuary Fox mengumumkan filem superhero Deadpool akan direalisasikan!
 
Watak Wade Winston Wilson atau lebih dikenali sebagai Deadpool ialah salah satu watak Marvel amat diminati peminat.
 
Sikapnya yang ganas, suka bercakap dan kelakar telah berjaya menambat hati pembaca komik.
 
Lebih menarik lagi Deadpool tahu dirinya watak komik dan sering bercakap kepada pembaca menerusi karyanya.

Ryan Renolds yang pernah pegang watak Deadpool dalam filem X-Men Origin: Wolverine (2009) akan kembali melakonkan watak ini. Filem Deadpool bakal ditayangkan pada 12 Februari 2016.

 

Isnin, 29 September 2014

Tuala Daging Lembu

Sebuah syarikat alat mainan di Wilayah Chiba telah memasarkan sejenis produk fabric yang mencuit hati, penuh kreativiti dan kelihatan seperti makanan: tuala bercorak daging lembu.
 
Tuala ini berukuran 34 x 86cm, dijual dalam pakej tiga helai dengan harga 800 Yen (+/-RM24.50).
 
Apa yang menarik bukan sekadar corak tuala ini tetapi pembungkusannya turut menyerupai daging lembu yang dijual di pasaraya.


 

Sambutan Ulangtahun Ke-35 Gundam

Naked Inc. sedang menayangkan pertunjukan unjuran pemetaan 3D ke atas patung Gundam bersaiz sebenar di daerah Odaiba, Tokyo.
 
Pertunjukan yang dikenali sebagai "Tokyo Gundam Project 2014: Gundam Projection Mapping G-Party35'RISE!" menunjukkan pelbagai jenis Mobile Suit yang telah membintangi pelbagai jelmaan siri Mobile Suit Gundam selama ini sebagai penghargaan ulangtahun ke-35.
 
Ia akan menggunakan imej, cahaya serta lagu ("G35") yang digubah oleh Yasutaka Nakata untuk menghidupkan semula dunia Gundam dengan menggunakan replica bersaiz sebenar sebagai latar belakang.
 
Naked sebelum ini telah menganjurkan beberapa buah pertunjukan unjuran pemetaan seperti "'Industrial Revolution" -to the Future'", pada bulan Mac.
 
Ia bertemakan revolusi perindustrian pada masa depan di mana satu bentuk tenaga mekanikal berkembang dan wujud bersama dengan alam semulajadi. Antara rancangan lain melibatkan Gundam gergasi ini termasuklah membuatkannya bergerak menjelang tahun 2019 nanti.
 
 

Selasa, 2 September 2014

30 Ribu Orang Alami Strok Haba Di Musim Panas Ini

Di musim panas ini, lebih daripada 30 ribu orang di Jepun mengalami strok haba dan dihantar ke hospital. Hampir 50% daripada mereka adalah golongan warga emas yang berumur 65 tahun ke atas.
 
Menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana Jepun, dari bulan Mei hingga awal Ogos, seramai 31,135 individu di seluruh Negara itu menerima rawatan di hospital akibat strok haba. Malangnya 48 orang maut dan 675 orang berada dalam keadaan serius dan perlu tinggal di hospital selama 3 minggu.
 
 

12 Bintang Porno Benarkan Sentuh Payudara Dalam Kempen AIDS

Tokyo - Sekumpulan aktres porno Jepun mengumpul sumbangan lebih 4 juta yen (RM121,184) kelmarin dengan membenarkan peminat menyentuh payudara mereka pada kempen amal 'Derma Payudara' bertujuan untuk memerangi penyakit AIDS.
 
Berlangsung di ibu kota Jepun di sini, acara kontroversi itu yang berakhir semalam disertai oleh 12 bintang filem porno tempatan.
 
Mereka berdiri sambil menyingkap baju-T yang dipakai sekali gus mendedahkan payudara masing-masing, manakala setiap peminat yang ingin menyentuh payudara setiap aktres berkenaan diminta untuk menderma sekurang-kurangnya seribu yen (RM30).
 
Media tempatan melaporkan terdapat segelintir peminat yang secara diam-diam mencuci tangan menggunakan cecair pembunuh kuman sebelum menyentuh payudara barisan aktres itu.
 
Pihak penganjur berkata, lebih 4,100 pasang tangan telah menyentuh payudara para peserta sepanjang tempoh 12 jam kempen itu diadakan.
 
Angka tersebut membayangkan kempen itu Berjaya mengumpul dana sekurang-kurangnya 4 juta yen (RM121,184).
 
"Saya melakukannya untuk tujuan amal, pegang dan dermalah, semua orang gembira," kata seorang aktres berkenaan, Iku Sakuragi selepas ditanya tentang perasaannya membiarkan beratus-ratus orang menyentuh payudaranya.
 
"Saya tidak pernah terfikir bahawa payudara saya boleh menyumbang kepada masyarakat," kata rakannya, Rina Serina. - AFP 
 
 

Jumaat, 25 Julai 2014

Dua Dewasa Ditangkap Polis Kerana Mencuri 320 Kad Yu-Gi-Oh!

Satu 'insiden unik' yang berlaku pada lima bulan yang lalu terdedah kepada awam apabila dua orang petugas pejabat berumur 20 tahun ditangkap polis Kobe. Tuduhan keatas mereka ialah mencuri 320 keeping kad permainan Yu-Gi-Oh! di rumah seorang remaja berumur 15 tahun.
 
Pada 18 Februari, dua suspek melawat ke rumah remaja tersebut dan mendapati dia tiada di rumah. Kemudian, mereka mencuri kad-kad permainan tersebut.
 
Polis percaya mereka cuba menjual semua kad-kad permainan itu dengan nilai jangkaan setinggi 70 ribu Yen (-/+RM 2,200).
 
 

Khamis, 17 Julai 2014

Bilangan Polis Wanita Jepun Meningkat

Menurut laporan akhbar Yomiuri Shinbun, kadar polis wanita Jepun telah meningkat. Maklumat daripada Agensi Polis Negara Jepun menunjukkan 14.3% dalam pengambilan rekrut pada tahun fiscal 2013 adalah wanita.
 
Dengan lebih tepat, sehingga 1 April lalu Jepun mempunyai 19,856 orang polis wanita. Peningkatan 1,137 orang berbanding tahun sebelumnya.

Softbank Jual Robot



Softbank, salah satu pembekal perkhidmatan telekomunikasi utama di Jepun akan mula menjual robot berupa manusia pada awal tahun depan.
 
Robot berkenaan adalah ciptaan sebuah syarikat robotik Perancis dimana Softbank memiliki sebilangan besar sahamnya.
 
Diberi nama Pepper dan berketinggian 120 cm serta seberat 28 kg, ia boleh melakukan perbualan ringkas dengan manusia melalui analisasi terhadap ekspresi muka dan suara. Ia juga bersambung kepada internet maka mampu menjawab soalan tentang ramalan cuaca dan beberapa subjek yang lain.
 
Pada peringkat awal, robot ini akan digunakan sebagai staff di kedai-kedai Softbank sebelum jualan kepada orang awam dibuka pada Februari 2015 dengan harga 198 ribu Yen (-/+RM 6,240)
 
 


Rabu, 25 Jun 2014

Perdana Menteri Abe Singgah Pameran Evangelion Di Paris

Perdana Menteri Shinzo Abe telah meluangkan masa melawat Pameran Evangelion dan Pedang Jepun yang berlangsung di Institut Budaya Jepun di Perancis.
 
Abe yang teruja dengan penyebaran budaya Jepun telah berkata kepada wartawan: “Anime sangat terkenal di Perancis. Ia menunjukkan kekuatan Jepun dan kesan positif untuk pertumbuhan.”
 
Pameran Evangelion akan turut mempamerkan replika Spear of Longinus sepanjang 3 meter. Begitu juga dengan bilah pedang yang bertemakan Evangelion. Pameran di Paris ini akan diteruskan sehingga 21 Jun sebelum berlangsung di Muzium ABC Madrid bermula 5 Julai sehingga 28 September.
 
Perancis merupakan salah satu daripada enam negara yang bakal Abe lawati didalam lawatannya di Eropah.

 

Muka Depan Majalah FRAU Tampilkan Levi!

Contoh majalah Frau
Kodansha telah meletakkan watak Levi dari siri Attack on Titan sebagai muka depan untuk majalah wanita FRAU isu bulan Ogos akan datang.

Majalah bulanan terkenal ini berkisar tentang fesyen serta penjagaan kecantikan untuk pembaca wanita didalam lingkungan usia 20-an dan 30-an.
 
Mangaka Hajime Isayama turut menjawab soalan tentang Levi menerusi akaun Twitter@ShigekiKyojin untuk ruangan soal jawab yang akan disiarkan didalam sebuah artikel untuk majalah ini.
 
Mangaka Hajime Isayama turut menjawab soalan tentang Levi menerusi akaun Twitter@SgingekiKyojin untuk ruangan soal jawab yang akan disiarkan didalam sebuah artikel untuk majalah ini.
 
 

Kucing Kesayangan Pulang Rumah Setelah Hilang 3 Tahun

Pada 9 Mei, sepasang suami isteri di Ofunato, Wilayah Iwate bertemu semula dengan kucing kesayangan mereka yang hilang selama 3 tahun dalam tragedi tsunami 11 Mac 2011. Yamagishi Takeo dan isterinya, Kazuko begitu gembira dapat bersama semula dengan Suika, si manja mereka.
 
Pada hari tsunami melanda, pasangan Yamagishi tidak berada di rumah mereka. Selepas bencana berlaku, mereka pulang ke rumah dan mendapati Suika telah hilang.
 
Beberapa bulan kemudian, apabila tibanya musim panas, mereka percayai bahawa kucing itu telah mati dan Takeo merobohkan rumah kecil yang dibina untuk si manja mereka.
 
Tiga tahun telah berlalu, pada 10 April ini, seekor kucing hitam ditemui di kawasan Hutan Rikuzentaka yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah Yamagishi. Ia kemudiannya dihantar ke pusat jagaan haiwan.
 
Disebabkan ia memakai rantai leher dan mesra dengan orang, para petugas pusat berpendapat bahawa ia mesti mempunyai pemelihara dan menunggu laporan kes kehilangan kucing. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah kucing tersebut telah hilang selama 3 tahun.
 
Setelah menunggu satu bulan, pihak pusat jagaan haiwan membuat keputusan mengambil gambar kucing tersebut dan menyiarkannya di akhbar tempatan. Pada masa itulah petugas menemui nama keluarga Yamagishi dan nombor telefon pada rantai leher kucing itu.
 
Akhirnya, mereka menghubungi pasangan Yamagishi dan Suika berjaya pulang ke sisi pemiliknya.
 

Jepun Import 2 Ribu Tan Daging Paus

Menurut sebuah laporan aktivis alam sekitar, Jepun telah mengimport 2 ribu tan daging paus dingin dari Iceland, menandakan negara itu tetap mencabar bantahan dunia terhadap kegiatan pemburuan paus.
 
Pada 6 Mei, sebuah kapal Iceland yang membawa daging paus telah sampai di Jepun dan berlabuh di pelabuhan Osaka.
 
Sejak meluluskan semula pemburuan paus pada tahun 2006, Iceland dan Norway telah menerima kritikan hebat dari kumpulan-kumpulan pencinta Alam serta negara-negara lain. Orang Iceland juga makan daging paus tetapi tidak banyak, kebanyakan hasil buruan mereka dieksport ke Jepun.

Di samping itu, Jepun juga memburu paus dengan alas an 'penyelidikan saintifik' tetapi nasib haiwan mamalia itu sentiasa berakhir di pasaraya dan restoran tertentu.

 

Isnin, 2 Jun 2014

Pesanan Patlabor Kepada Penunggang Basikal.

Ini adalah satu pesanan keselamatan jalan raya daripada Pasukan Polis Mobil Metropolitan Tokyo kepada semua penunggang basikal, disamping mempromosi filem Patlabor.
 
Baru-baru ini, Agensi Polis Kebangsaan Jepun telah mengeluarkan sebuah poster yang terdapat imej Patlabor menunggang basikal dengan mesej: 'Pesanan Daripada Seksyen Dua Unit Kenderaan Khas: Basikal dan Kenderaan Mesti Mematuhi Peraturan Jalan Raya.'
 
Siri filem aksi benar Patlabor ditayangkan mulai 5 April ini, ia terdiri daripada 7 buah filem pendek dan sebuah filem penuh yang menemui penonton pada cuti Minggu Emas awal Mei.
 
Filem penuh kedua pula bakal ditayangkan pada 31 Mei di Shinjuku Piccadilly, Tokyo.
 
Sebuah model Labor bersaiz sebenar telah pun dibina dan dipamerkan demi menyambut kedatangan siri filem tersebut.

Manga Polis Metropolitan Tokyo Bantu Trafik

Polis Metropolitan Tokyo kini bekerjasama dengan siri manga oleh Mimana Orimoto yang bertajuk Bakuon!! untuk kempen keselamatan trafik motosikal pada musim bunga ini.
 
Pihak polis telah mengadakan acara tentang keselamatan motosikal, termasuklah 'Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Bunga 2014' yang berlangsung pada 4 Mei di Okutama.
 
Acara ini termasuklah acara penyertaan keselamatan dan bakal menjual barangan yang berkaitan dengan kolaborasi seperti poster yang telah ditandatangani, magnet serta stiker.
 
 
 
Bakuon!! sebelum ini pernah ditampilkan di dalam kempen motosikal pada tahun lalu bersama dengan Hamaguchi Racing. Beberapa buah motosikal Itasha turut dipamerkan di dalam acara tersebut.
 
Orimoto melancarkan manga tentang kelab motosikal gadis di majalah Young Champion Retsu terbitan Akita Shoten pada tahun 2011.

Rabu, 14 Mei 2014

Memoir Penumpang Jepun Titanic Yang Terselamat Dipamerkan

Memoir peribadi Masabumi Hosono, satu-satunya penumpang Titanic berbangsa Jepun yang terselamat dipamerkan di Muzium Yokohama Minato dalam sebuah pameran khas bermula dari 19 April lalu.
 
Hosono adalah datuk kepada Haruomi Hosono, ahli kumpulan muzik techno berpengaruh besar Yellow Magic Orchestra (YMO). Pameran ini merupakan salah satu acara untuk meraikan ulang tahun ke-25 pembukaan muzium tersebut.
 
Dokumen dan bahan yang terselamat daripada tragedi Titanic amat jarang, tambahan pula kertas yang digunakan oleh Hosono untuk menulis memoir terdapat nama dan cop kapal tersebut.
 
Pada tahun 1912, Hosono yang berusia 42 tahun bertugas di bawah Kementerian Pengangkutan Jepun, menjalankan penyelidikan ke atas perkembangan sistem landasan keretapi di Eropah. Selepas tugasnya selesai, Hosono bercadang pulang ke Jepun melalui Amerika Syarikat.
 
Walaupun dirinya terselamat dalam salah satu tragedi terkenal dalam sejarah manusia, Hosono tiba di kampung halaman dengan kritikan hebat sedang menantinya.
 
Pihak orang awam, media malah kerajaan menghinakan keputusannya menyelamatkan diri dan berpendapat bahawa dia sepatutnya tenggelam bersama Titanic. Pada tahun 1939, Hosono meninggal dunia. Pameran memoir Hosono berlangsung sehingga 18 Mei ini.

Megan Fox Minat Jadi Sailor Moon!!

Megan Fox baru-baru ini telah ditemubual oleh Entertainment Weekly tentang pengalamannya membawa watak sebagai April O’Neil didalam filem terbaru arahan Michael Bay iaitu Teenage Mutant Ninja Turtles.
 
Dengan mengakui dia seorang ulat buku, Fox turut bercakap tentang minatnya pada siri Ninja Turtles, malahan dia dengan suaminya Brian Austin Greem turut menonton filem ini ketika masih bertemu janji.
 
Apabila ditanya tentang adaptasi filem aksi sebenar yang dia mahu saksikan pada masa hadapan? Jawapannya adalah: “Gundam Wing... Pacific Rim seperti Gundam Wing, tetapi mereka patut hasilkannya. Bagaimana dengan Thunder Cats?”
 
Dia juga suka jika diri Sailor Moon diadaptasi dengan berkata: "Saya tidak tahu berapa ramai penonton Amerika sukakannya. Tetapi saya amat meminatinya. Cuma saya tak tahu betapa besarnya pengaruhnya di sini."
 
 

Polis Tokyo Perangi Penipuan Dengan Lagu Vocaloid

Pasukan Polis Metropolitan Tokyo mengambil keputusan untuk mengeluarkan lagu promosi khas untuk kempen menentang penipuan.
 
Dalam rangka untuk diterima komuniti internet, mereka ambil keputusan untuk menggunakan perisian Vocaloid yang bermakna idola Vocaloid iaitu Hatsune Miku akan menyampaikan lagu ini!
 
Buat masa ini, lagu kempen menentang penipuan ini masih belum mempunyai tajuk. Untuk memilih tajuknya, Polis Metropolitan Tokyo telah membuka cadangan menerusi laman Twitter rasmi dan sesiapa yang mempunyai cadangan boleh menghantarnya menerusi Tweet dengan hashtag# (Crime Control Song).

Ini bukanlah kali pertama mereka menggunakan perisian sintesis suara untuk tujuan promosi. Tahun lepas mereka telah mengeluarkan lagu tema untuk maskot rasmi Pipo-kun.