Selasa, 23 April 2013

Drama Budak Berwajah Bawang!




Drama siri aksi benar yang diadaptasi daripada manga spin-off Chibi Maruko-chan (1993-1995) oleh Momoko Sakura yang bertajuk Nagasawa-kun telah disiarkan pada 1 April.

Manga Nagasawa-kun mengisahkan watak Chibi Maruko-chan dan watak pembantu Nagasawa-kun, seorang pelajar lelaki bermulut celupar dan memiliki kepala berbentuk seperti bawang.

Sakura telah hasilkan skrip untuk drama ini dan Yukihino Tsutumi (20th Century Boys) selaku pengarah dan Hisashi Kimura (Kindaichi Shounen no Jkenbo) selaku pembantunya.

Siri dengan setiap episod berdurasi 5 minit ini akan ditayangkan pada lewat malam setiap Isnin sehingga Khamis.
 

Jumaat, 12 April 2013

Doraemon Merantau Ke Sepanyol?!




Syarikat jem kacang hazel dari Sepanyol iaitu Nocilla telah melancarkan iklan tv komersil aksi sebenar yang menampilkan Doraemon!

Iklan ini telah dibintangi oleh seekor kucing lengkap bergaya seperti Doraemon yang bermain keyboard sebelum mendedahkan kempen promosi syarikat.

Nocilla telah menawarkan koleksi gelas dengan rekaan kucing robot terkenal ini sempena kempen bermula 1 Januari sehingga 31 Mei ini.

Toyota juga pernah menghasilkan iklan komersil aksi sebenar Doraemon menampilkan actor terkenal Jean Reno (Leon: The Code, Mission Impossible, The Da Vinci Code)

File Doraemon: Nobita no Himitsu Dogu Museum yang baru sahaja ditayangkan telah Berjaya mengutip 4 juta billion Yen (-/+ RM 131 juta) sejak ditayangkan pada pertengahan Mac lalu.

Anda boleh menonton di sini: http://www.youtube.com/watch?v=4uD9NgENlj8

Video Hatsune Miku Dengan Rekaan Louis Vuitton



Video terbaru pratonton The End iaitu persembahan opera yang bakal dibintangi oleh idola alam maya Hatsune Miku telah mula disiarkan.

Marc Jacobs, pengarah artistic bagi jenama terkenal dari Perancis iaitu Louis Vuitton telah menghasilkan rekaan untuk baju yang dipakai oleh Miku dalam persembahan tersebut.

Pengarah Toshiki Okada dan artis muzik digital Keiichiro Shibuya telah mengadakan opera di Yamaguchi Center for Arts and Media, Yamaguchi City pada bulan Disember lalu.

Tiada manusia yang muncul di atas pentas walau pun untuk bermain alat muzik. Sebaliknya, Vocaloid mengambil tempat masing-masing untuk mengadakan persembahan.

‘Pelakon” di atas pentas direka oleh artis YKBX (juga dikenali sebagai Masaki Yokobe) yang turut dikenali untuk muzik videonya “amazarashi”.

Shohei Shigematsu seorang arkitek dan rakan kongsi OMA New York telah menghasilkan pentas. Persembahan opera ini bakal berlangsung di Tokyo pada 23-24 Mei ini.

Ahad, 31 Mac 2013

Cosplayer: Saiz Badan Bukan Penghalang

Siapa yang tetapkan syarat bahawa cosplayer mestilah kurus, tinggi, cantik dan kacak? Walau pun gemuk pun boleh cosplay. Cosplayer Luu yang berasal dari Jepun bukan sahaja suka cosplay malah dia juga mengeluarkan buku foto yang berjudul nama 'Cutie Fat Luu'.

Apa-apa pun, editorial rasa sangat kagum dengan keberanian cosplayer ini. Semoga dia menjadi inspirasi kepada cosplayer yang lain.

Sabtu, 16 Mac 2013

Jepun Longgarkan Had Daging Lembu Amerika


Kerajaan Jepun telah melonggarkan had daging lembu dari Amerika Syarikat yang dilaksanakan sejak tahun 2006.

Menurut akta baru, pengeksport daging Amerika dibenarkan mengeksport daging lembu yang berusia 30 bulan dan ke bawah. Sebelum ini, Jepun hanya menerima daging lembu Amerika yang berusia 20 bulan dan ke bawah.

Tindakan ini merupakan satu berita baik bagi para konsumer kerana harga daging mula turun dan sesetengah pasaraya di Tokyo menjualkan daging dengan harga 97 Yen (+/- RM 3.20) sekilogram, suatu harga yang amat murah mengikut indeks kehidupan Jepun.


Rekod Dunia Gunness Baharu Untuk Paling Banyak Maskot Menari


Jepun adalah sebuah negara yang penuh dengan maskot, dari dewan perbandaran tempatan sehingga syarikat perniagaan; sistem pendidikan hingga perkhidmatan umum; pengangkutan awam hingga badan pentadbiran, hampir semua bidang di negara matahari terbit mempunyai maskot comel yang tersendiri.

Pada hujung bulan Januari lalu, Jepun mencipta satu Rekod Dunia Guinness baharu dengan maskot. Sebanyak 141 maskot berhimpun dan menari di Sasebo, Wilayah Nagasaki.

Tarian tersebut berlanjutan selama lima minit. Setelah dua kali mengalami kegagalan kerana lebih 5 peratus maskot gagal mengikut rentak, mereka berjaya pada cubaan kali ketiga. Saksikannya di http://tiny.cc/p5sxsw


Peta Jalan-Jalan Hyouka!




Laman web rasmi Hida-Takayama, Gifu, Jepun telah menunjukkan peta panduan pelancongan hasil kolaborasi dengan siri anime Hyouka anime.

Peta ini yang turut terdapat di laman web tersebut untuk dimuat turun akan menunjukkan pada pelawat lokasi yang telah ditunjukkan di dalam siri anime Hyouka termasuklah sekolah tinggi yang dihadiri oleh Oreki, Eru dan yang lain.

Bukan saja peta digital, terdapat lebih 10 ribu peta Hida-Takayama yang terpilih menjadi latar untuk siri Hyouka telah mula bekerjasama sejak tahun lalu.

Selain daripada peta, mereka turut menghasilkan poskad Hyouka, beras Hyouka dan pelapik cawan Hyouka. Barangan ini dijual di merata-rata tempat sekitar kawasan Hida-Takayama.


Rancangan Bina Muzium Anime Disambung Semula



Gabenor Wilayah Chiba, Kensaku Morita mendedahkan semasa kempen untuk pilihanraya pada bulan Mac ini bahawa dia akan memulakan semula rancangan untuk menubuhkan muzium anime yang pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Taro Aso.

Morita turut menyebut pada Jun lalu dia telah melawat Jerman dan semua orang lengkap berpakaian Geisha dan karakter anime. Morita juga melihat remaja Jerman memakai pakaian karakter Sailor Moon dan dari saat itu dia mula tahu untuk dapatkan perhatian dari Negara luar adalah menerusi anime!

Muzium anime asal yang dinamakan buat sementara waktu sebagai Pusat Seni Media Nasional adalah sebahagian daripada cadangan utama Aso pada 2009 yang mahu menggunakan ‘kuasa dalam’ Negara menerusi manga, anime dan budaya yang berkaitannya untuk hasilkan peluang pekerjaan serta untuk memulihkan penurunan ekonomi Negara itu.

Namun, rancangan itu telah ditolak kerana kos pembinaan yang akan menelan belanja 11.7 billion Yen (+/- RM 389 juta) dianggap satu pembaziran.


Rabu, 13 Mac 2013

Hitachi Hasilkan Kenderaan Robotik

 Tsukuba, Jepun - Syarikat pengeluar barang berteknologi tinggi, Hitachi mendedahkan sebuah kenderaan robotik yang dikenali sebagai Ropits di sini.

Kenderaan yang mempunyai satu tempat duduk itu dipamerkan kepada media semalam.

Para pengguna boleh mengawal pergerakan kenderaan itu ditempat duduk yang dilengkapi dengan alat kawalan.

Kenderaan tersebut dicipta untuk warga emas dan pengguna yang mengalami masalah untuk berjalan. - Agensi