Selasa, 25 Disember 2012

Trafalgar Square Ditutup Kerana Tom Cruise?



Trafalgar Square iaitu sebuah pusat tarikan pelancong di tengah kota London telah ditutup kepada orang awam kerana untuk pembikinan filem aksi sebenar arahan Doug Liman yang diadaptasi daripada manga All You Need Is Kill oleh Hiroshi Sakurazaka.

Bintang filem Tom Cruise tiba dengan menaiki helicopter Royal Air Force lengkap berpakaian tentera. Kereta kebal turut digunakan semasa pembikinan filem ini.

Akhbar Telegraph dan laman web berita filem Just Jared turut menayangkan foto pembikinan file mini. All You Need Is Kill mengisahkan tentang tentera pertempuran yang mendapati dirinya mati dan hidup semula berkali-kali.

Filem ini turut dibintangi Emily Blunt, Charlotte Riley, Kick Gurry serta Bill Paxton dan akan mula ditayangkan pada 7 Mac 2013.
 

Isnin, 10 Disember 2012

Nisbah Banduan Dengan Populasi Jepun


Menurut keputusan statistik dari Pusat Penyelidikan Penjara Antarabangsa, nisbah banduan dengan populasi di Jepun adalah 55:100,000 iaitu terdapat 55 orang banduan di dalam 100 ribu orang awam.
  
Angka ini meletakkan Jepun pada tempat ke 194 di seluruh dunia sedangkan Amerika Syarikat “menjuarai” statistik ini dengan nisbah 730:100,000.

Skuter Anime Itaponko!



Peminat setia siri anime Puella Magi Madoka Magica pasti teruja dengan khabar gembira ini. Skuter elektrik dikenali sebagai Itaponko ini dihasilkan oleh Brain Police Light, sebuah syarikat pengeluar barangan anime secara talian yang berpangkalan di Tokyo.

Skuter ini dihasilkan sempena penayangan filem Kyubey and Witch Candy (versi selepas transformasi) dan ia mempunyai rekaan menarik serta dua versi iaitu berwarna putih dan corak serta ditepinya dan skuter hitam berbintik merah dengan wajah bertaring di hadapannya.
 
Skuter ini mempunyai maksima kelajuan sehingga 35 km/jam dan menggunakan bateri lithium yang mudah dicaj semula.

Selasa, 4 Disember 2012

Angka Kematian Terowong Runtuh di Jepun meningkat


Tokyo - Pihak berkuasa keselamatan Jepun semalam mengesahkan sembilan orang maut di dalam Terowong Sasago, Yamanashi, tengah negara ini.

Siling konkrit terowong berkenaan runtuh di lebuh raya Chuo kelmarin sehingga menyebabkan beberapa buah kereta remuk.Sembilan orang itu ditemui mati di dalam tiga buah kenderaan berasingan.

Sementara itu, kerajaan Jepun telah mengarahkan siasatan lanjut terhadap usia terowong itu.

"Kami berpendapat usia terowong itu merupakan punca utama runtuhan berlaku." Kata pihak pengendali lebuh raya tersebut. - Agensi

Jumaat, 30 November 2012

Manga Reborn! Tamat?

Akira Amano bakal menamatkan siri manga terkenalnya iaitu Reborn! seperti yang telah diumumkannya di dalam majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha isu ke 50.

Shueisha akan menerbitkan buku kompilasi ke 41 pada 4 Disember ini dan diikuti bab terakhir pada Mac tahun hadapan.

Weekly Shonen Jump turut meminta pembaca supaya menantikan karya terbaru Amano yang sedang bakal diterbitkan nanti!

Ahad, 11 November 2012

Microsoft Windows 8 Ditemani Dua Watak Comel!

Sistem operasi Microsoft Windows 8 telah mendedahkan maskot karakter terbaru yang terdiri daripad dua gadis yang comel! Windows 8 Pro 64bit edisi DSP telah mula dijual pad 26 Oktober lalu akan dijual di dalam dua versi iaitu Madobe Yu dan Madobe Ai.

Kedua-dua versi ini akan disertakan bersama kertas dinding bertema dan tetikus Microsoft Wedge dengan logo Windows 8. Setiap pek akan dijual pada harga 19,980 Yen (+/- RM 777).

Asuka Nishi akan menyumbangkan suara untuk maskot Yu yang berambut pendek manakala Nao Tamura menyumbangkan suara untuk Ai yang berambut panjang.

Namun Microsoft tidak mengumumkan secara rasmi maskot karakter ini atau berkaitannya dengan maskot Windows terdahulu iaitu Madobe Nanami. Nanami terpilih sebagai maskot Windows 7 edisi DSP sejak 2009 dan nam Madobe Nanami membawa maksud "tingkap" dan "tujuh".

Gadis Anime Membawa Helikopter Tempur!

Budaya kawaii (comel) memang sinonim dengan negara Jepun. Jadi tidak mengejutkan apabila sebuah helikopter tempur anti kereta kebal AH-1S Cobra mendapat sentuhan kawaii sempena festival udara Kem Kisarazu 2012 yang telah diadakan di kem tentera Kisarazu milik Ground Self Defense Forces (Pusat Angkatan Tentera Darat) di Wilayah Chiba.

Festival ini turut  dimeriahkan dengan kemunculan maskot gadis anime bernama Akane Kisarazu yang bukan hanya muncul sebagai lukisan yang terdapat pada salah sebuah pesawat pejuang, malah gadis anime yang sebenar turut muncul!

Akane dikatakan adalah seorang juruterbang tentera pesawat juang yang baru berusia 23 tahun. Dikatakan bilangan orang ramai yang ingin memasuki tentera bertambah sejak karakter anime dan cosplayer seperti ini digunakan ketika hari terbuka kem!