Selasa, 24 Mei 2011

Sato Kochio Berhadapan 7 Saspek Dalam Drama Misteri


Sato Kuchi membintangi watak seorang detektif polis dalam drama istimewa TV Asahi yang berjudul Saigo no Bansan.

Barisan pelakon turut menampilkan tujuh nama-nama terkemuka sebagai saspek sebuah kes yang sukar iaitu Narimiya Hiroki, Nishida Toshiyuki, Kuroki Hitomi, Adachi Yumi, Hongo Kanata, Ishiguro Ken dan Nakao Akira.

Saigi no Bansan adalah karya asal penulis skrip terkemuka Inoue Yumiko. Kebanyakan babak berlaku di restoran, di mana 11 pengunjung yang dijemput akan terlibat dalam satu insiden.

Plotnya mula berkembang ketika usaha mencari penjenayah dijalankan kerana motif dan masa silam setiap saspek diterokai. Kisah ini menyentuh isu-isu seperti hubungan manusia dan kegelapan hati manusia.

Sadie dan Scandal Akan Naik Pentas AM2

AM2, konvokesyen animasi, muzik dan manga di Anaheim Convention Center, California, Amerika Syarikat telah mengumumkan dua kumpulan Jepun sebagai bintang jemputannya.

Sadie(atas pertama) dan Scandal akan membuat persembahan di acara yang berlangsung dari 1 hingga 3 Julai ini.

Jumaat, 20 Mei 2011

Manga Bokura Tamat Pada 2012

Penghasil manga Yuuki Obata akan menamatkan siri shojo romantik We Were There (Bokura ga Ita) pada masa yang sama adaptasi filem aksi benarnya ditayangkan di Jepun pada musim bunga akan datang.

Produser dua filem berkenaan telah berbincang dengan Obata bagi memastikan manga dan filem mempunayi penamat yang sama.

Takahiro Miki mengarah filem ini manakala Toma Ikuta dan Yuriko Yositaka akan memegang watak utama.

Ia mengisahkan seorang gadis bernama Nanami Takahashi yang perlu mempertahankan hubungannya dengan Motoharu Yano, pelajar lelaki popular di sekolahnya semasa sekolah tinggi yang juga mempunyai masalah tersendiri.

14 jilid manga ini terjual sebanyak 10 juta salinan di Jepun sejak 2002. Manga ini telah pun diadaptasi sebagai siri anime televisyen pada 2006 oleh Artland.

Gonzo, Miku Hasilkan Anime Copihan


Studio anime Gonzo mengumumkan bahawa mereka sedang bekerja sama dengan pereka karakter KEI, Hatsune Miku, dalam anime yang dipanggil Copihan.

Ini merupakan karya komedi slapstik sekolah yang berlatarkan Tokyo pada 2034. Laman web rasmi dan akaun Twitter juga telah dilancarkan. Versi manga telah pun diterbitkan dalam majalah Comic Rush pada isu Januari 2011.

Selain anime ini, projek Gonzo yang lain juga telah dipersembahkan dalam majlis pengenalan iaitu Last Exile: Ginyoku no Fam (Last Exile: Fam, The Silver Wing) dan Nyanpire The Animation.

Seperti dua projek lain, Gonzo juga telah menayangkan video promosi bagi Copihan di Machi Asobi, laman web Gigazime.

Khamis, 5 Mei 2011

Presiden Kodansha Meninggal Dunia

Noma Sawako, presiden yang telah menerajui syarikat penerbitan besar Kodansha selama 24 tahun telah meninggal dunia pada 30 Mac lalu disebabkan kegagalan jantung.

Mendiang berusia 67 tahun. Tempat mendiang bakal digantikan oleh anak lelakinya, Noma Yoshinobu sebagai presiden baru Kodansha.

Jumaat, 22 April 2011

Marching J Menarik 389,000 Penonton


Acara amal Johnny Jimusho, Marching J telah diadakan di Yoyogi National Gymnasium, Tokyo untuk mengutip derma buat kawasan Tohoku yang telah dilanda gempa bumi dan tsunami.

Dianggarkan acara ini telah mencatat jumlah pengunjung seramai 389,000 orang dalam tiga hari. Namun, jumlah kutipan masih belum didedahkan.



Saksikan laporannya di http://tiny.cc/laomr

L’Arc~en~Ciel Derma Kutipan Konsert



L’Arc~en~Ciel mengumumkan bahawa mereka akan mendermakan semua keuntungan yang diperolehi dalam konsert ulang tahun ke 20 kepada usaha memulihkan kawasan Tohoku.

Kumpulan ini telah pun merancangkan dua konsert yang dijadualkan di Ajinomoto Stadium, Tokyo pada 28 dan 29 Mei.

Dalam pengumuman mereka di laman web rasmi, ahli-ahli dan kakitangan telah mendedahkan mereka akan menyalurkan pendapatan konsert ini untuk pemulihan semula kawasan yang terjejas teruk.

Kakitangan mereka turut mengambil langkah tambahan berkaitan kebimbangan keselamatan dan penggunaan tenaga elektrik ketika konsert sedang berlangsung.

Tiga Kumpulan Visual Rock Merancang Lagu Amal


Kumpulan visual rock DaizyStripper (bawah), A dan Fest Vainqueur (atas) telah melancarkan projek amal untuk menyumbang dalam usaha memulihkan kawasan Tohoku yang dilanda bencana.



Tiga kumpulan ini akan bekerjasama untuk mencipta sebuah lagu amal dan bercadang untuk menjemput lebih ramai artis dari label rakaman dan agensi pengurusan yang lain. Mereka turut merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti amal.


Isnin, 18 April 2011

Marching J - Projek amal Johnny's Jimusho


Johnny's Jimusho telah mengumumkan permulaan projek amal bernama Marching J yang akan melibatkan kesemua artisnya. Projek ini dibuat berdasarkan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda daerah Tohoku pada bulan lalu dan memberi bantuan kepada kawasan-kawasan yang terlibat.

Aktiviti pertama Marching J adalah acara mengumpul derma di Yoyogi National Gymnasium pada 1 hingga 3 April. Hampir kesemua artis Johnny's akan mengambil bahagian dalam acara ini. Ahli Johnny's yang masih belum diperkenalkan turut melibatkan diri, menjadikan jumlah peserta melebihi 100 orang.

Acara ini berlangsung dari 10 pagi hingga 6 petang selama tiga hari dengan mengadakan sesi perbualan dan aktiviti lain. Derma akan diterima sehingga jam 5 petang setiap hari.

Para artis Johnny's muncul di acara tersebut pada masa lapang di jadual kerja mereka dan kira-kira 10 artis menjadi hos utama dan berada di sana sepanjang hari.

Slogan untuk acara ini adalah Denki o Tsukawazu Genki o Tsukaou, yang bermaksud "Gunakan tenaga tanpa menggunakan tenaga elektrik".

Turut diumumkan adalah acara besbol amal yang akan diadakan di Tokyo Dome pada 29 Mei yang juga melibatkan ahli-ahli Johnny's Jr.

Mizushima Hiro Menjadi Ketua Editor Majalah

Mizushima Hiro telah dilantik sebagai ketua editor majalah fesyen dan gaya hidup baru, Global Work yang mensasarkan pembaca lelaki dan perempuan dalam lingkungan usia 20 hingga 30an.

Majalah ini dirancangkan untuk jadual separuh tahunan, dengan isu bulan Mac dan September akan diterbitkan pada setiap tahun.

Global Work diterbitkan oleh jenama pakaian kasual dengan jenama yang sama. Saito Kazuhiro yang mempunyai pengalaman bersama Vogue Nippon, GQ Jalan, Brutus dan majalah lain akan menjadi penasihat editor, manakala Fujimoto Yasushi yang telah mengusahakan pelbagai jenis majalah dilantik sebagai pengarah seni.

Dengan projek ini, Mizushima akan terus memperluaskan kerjayanya. Tahun lalu, dia muncul sebagai penulis novel dan baru-baru ini menulis dan mengarah video muzik untuk lagu kumpulan Girl Next Door, Silent Scream.

Ahad, 17 April 2011

Kini Tsunku Mempunyai Tiga Anak

Pada 18 MAc, pemuzik dan produser terkenal Tsunku mengemaskini blognya dan mengumumkan kelahiran anak ketiganya. Isterinya melahirkan anak perempuan pada 16 MAc, dua minggu lebih awal daripada yang dijangka.

Dilaporkan anaknya sihat. Dua anak Tsunku yang lain adalah anak kembar lelaki dan perempuan yang lahir pada tahun 2008.


Sabtu, 9 April 2011

43 Manga-ka Adakan Jualan Amal

Rumiko Takahashi (Ranma), Monkey Punch (Lupin), Yudetamago (Kinnikuman) dan lebih 50 penghasil manga lain telah mengadakan jualan amal bagi membantu mangsa gempa bumi Jepun.

Acara ini telah diadakan di Utsunomiya pada 3 April. Antara manga-ka yang terlibat ialah Tetsuya Chiba, Seichi Tanaka, Rumiko Takahashi, Yutaka Abe, Keiko Honda, Chie Shinohara, Momota Nakahara, Showshow Kurihara, Meguru Hinomoto, Monkey Punch, Minami Ozaki, Shoei Ishioka, Juichi Iogi, Akira Himekawa dan banyak lagi.

Manga Komedi Romantik Moteki Dijadikan Filem

Majalah Evening telah mengumumkan bahawa adaptasi filem bagi manga komedi romantik MOteki yang dihasilkan Mitsurou Kubo telah pun mendapat kebenaran.

Manga ini mengisahkan "urban legend" bahawa ada suatu ketika, lelaki berusia lewat 20an, bujang, miskin dan tanpa masa depan yang cerah, akan menjadi popular di kalangan wanita (mote-ki).

Yukio Fujimoto ialah pekerja sementara yang tidak bernasib baik dalam perihal romantik tetapi mengalami mote-ki ketika berusia mencapai 30 tahun.

Tarikh tayangan, jalan cerita dan maklumat lanjut akan diberitahu kemudian. Tahun lalu, manga ini telah menjadi inspirasi siri televisyen aksi benar dengan Mirai Mitsushima dan Rinko Kikuchi akan memegang watak sebagai wanita yang tiba-tiba berminat dengan Fujimoto.

Selasa, 22 Mac 2011

Shirota Yu Ambil Gambar Bogel untuk Majalah

Shirota Yu membuat penggambaran bogel dan muncul di dalam majalah An-an. Muka surat tersebut adalah sebahagian daripada artikel khas yang dipanggil Otoko no Karada (Tubuh Lelaki).

Ini adalah kali kedua majalah ini menampilkan artikel seperti ini selepas penerbitan yang sama pada tahun lalu bersama Sakurai Sho dari kumpulan Arashi dalam gambar yang sama.

Dalam satu temu bual, Shirota berkata sehingga kini, dia mengalami masalah dan kurang selesa mengambil gambar bogel. Namun, dia menjalani latihan keras dan diet yang tetap demi penggambaran ini, namun dia menjalani latihan serta berdiet sehingga berasa selesa dengan tubuhnya.

Shirota muncul dalam kulit majalah dan enam muka surat artikel tersebut.

Yui Nyanyikan Dua Tema untuk Filem Paradise Kiss

Yui akan menyanyikan kedua-dua lagu pembukaan dan penamatan filem Paradise Kiss. Ini adalah lagu tema filem keenam yang dinyanyikan.

Dua lagu yang berjodol Hello~ Paradise Kiss~ dan You ditulis oleh Yiu khas untuk filem ini. Penyanyi/penulis lagu berusia 23 tahun ini dikatakan peminat manga oleh Yazawa Ai itu.

Filem Paradise Kiss dibintangi Kitagawa Keiko dan Mukai Osamu, diarahkan oleh Shjinjo Takehiko dan akan ditayangkan pada 4 Jun.


Rabu, 9 Mac 2011

Juruanimasi Hasilkan Filem Baru


Presiden Kadokawa Shoten, Shinichiro Inoue, mengumumkan bahawa Hiroyuki Okiura (pengarah Jin-Roh), Masashi Ando (pengarah animasi Princess Mononoke), Toshiyuki Inoue (juruanimasi Akira) dan Rakeshi Honda (pengarah animasi Evangelion 2.0) kini sedang bekerja sama bagi sebuah filem yang diberi tajuk Momo e no Tegami (A Letter To Momo).

Inoue membuat pengumuman semasa sidang media bagi projek-projek Kadokawa Pictures 2011-2012. Ando juga pernah mereka karakter bagi Paprika dan Paranoia Agent.

Inoue pula adalah pereka karakter bagi A Tree of Palme. Honda pula pernah mereka karakter bagi video "Beyond", Blue Submarine No. 6 dan Denno Coil.

Selasa, 8 Mac 2011

Album Solo Pertama Komuro Tetsuya Dalam 22 Tahun



Ahli muzik dan produser terkenal, Komuro Tetsuya telah mengumumkan bahawa album solonya dijadualkan untuk dilancarkan pada 23 Mac.

Berjudul Digitalian is Eating Breakfast 2, ia merupakan CD pertama Komuro dengan namanya sendiri sejak Digitalian is Eating Breakfast pada tahun 1989. Album ini akan menampilkan kerjasama dengan Hidaka Mitsushiro (AAA), Urata Naoya (AAA), Zebra dan Sakamoto Miu.

Ia turut disertakan bersama lagu Thx A Lot yang digunakan sebagai lagu tema jelajah A-nation Avex pada tahun lalu, dengan menampilkan Hamasaki Ayumi, TRF, Hitomi, Every Little Thing, Do As Infinity, Koda Kumi, Otsuka Ai, Suzuki Ami, AAA, Girl Next Door dan Iconiq.

Nishino Kana Mencecah 25 juta Muat Turun



Nishino Kana yang kadang kala digelar “ratu chaku-uta” telah mencapai rekod yang sangat mengagumkan. Sejak kemunculannya, lagu-lagu Nishino telah dimuat turun secara sah sebanyak 25 juta kali dalam pelbagai format, daripada nada dering chaku-uta untuk telefon bimbit sehinggalah lagu penuh untuk PC.

Nishino membuat kemunculan sulungnya pada Februari 2008 dan secara purata, lagunya dimuat turun sebanyak 23 ribu kali sehari, walau pun kebanyakan muat turun dibuat pada tahun lalu.

Nishihno turut mengumumkan bahawa dia akan membuat persembahan Nippon Budokan pertamanya pada 8 September sebagai persembahan terakhir jelajah 16 bandar yang bermula pada 29 Julai.

Yong Joong Batal Perkahwinan?


Baru-baru ini dunia hiburan Korea kecoh mengenai Bae Yong Joong yang dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Lee Na Young April ini.

Laporan mengenainya telah diterbitkan oleh sebuah akhbar di Jepun.

Bagaimana pun, syarikat pengurusan Key East yang dinaungi dua artis tersebut menafikan dakwaan tak berasas tersebut.

“Itu semua berita palsu!” Kata mereka.

Sebelum ini, khabar angin mengenai perkahwinan mereka pernah timbul sekitar tahun 2008. Malah, Yong Joong sebelum ini juga berkali-kali menafikan bahawa dia dan Na Young sedang bercinta.

“Saya dan dia hanya berkawan baik. Adalah sesuatu yang mustahil untuk saya berkahwin dengan dia.” Katanya.

Secret buat persiapan



Promosi album Shy Boy sudah pun tamat pada bulan lepas dan kini kumpulan Secret punya satu lagi sasaran.

Selain persediaan untuk bergerak dengan aktiviti solo, Secret yang dinaungi oleh Zinger, Han Sunhwa, Song Ji-eun dan Jun Hyosung kini sibuk dengan persiapan mempelajari bahasa Jepun.

Menurut Hyosung, kesemua mereka sibuk mempersiapkan bahasa itu demi memajukan karier mereka di negara matahari terbit itu.

“Setakat ini kami dapati ada progres yang cukup baik dan ternyata mempelajari bahasa Jepun adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ini semua pun untuk perancangan masa depan kami di luar negara. Jepun adalah antara negara yang wajib kami terjah untuk pasaran album akan datang.” Katanya.