Rabu, 19 Mei 2010

MOKOMICHI HAYAMI

Japanese actor Mokomichi Hayami has been chosen as the lead in TBS network’s live-action tv adaptaion of Yamato Kogunemaru and Namoshiro Tanahashi’s hit manga Hammer Session!, reports Anime News Network.

He plays a con artist who, in order to escape the law, goes into hiding and takes on the role of a teacher named Gorou Hachisuka.

Gorou employs a shocking form of teaching method known as “hammer session”.

Mirai Shida and Jingi Irie play his student.

Khamis, 13 Mei 2010

Pemuda ancam bunuh Puteri Aiko ditangkap

Dipetik dari Sinar Harian 13hb Mei 2010

Tokyo – Seorang penganggur berusia 26 tahun ditangkap kerana mengancam untuk membunuh anak kepada Putera Naruhito dan Puteri Masako, Puteri Aiko.

Kengo Inami mengirim mesej dalam sebuah forum internet dengan mengancam untuk membunuh Puteri Aiko menggunakan tukul.

Suspek dilaporkan memberitahu pasukan penyiasat bahawa dia gembira dengan reaksi orang ramai yang melayari forum tersebut.

Insiden itu berlaku ketika anak kepada keluarga diraja Jepun itu menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan.

Puteri Aiko, 8, masih tidak menghadiri kelas selepas dua bulan berhenti daripada sekolah Gakushuin Primary di Tokyo kerana masalah buli.

Pada Mac lalu, pihak istana Jepun mengadakan sidang media untuk memaklumkan bahawa Puteri Aiko tidak dapat menghadiri kelas secara kerap kerana menghadapi tekanan dan sakit perut.

Ia dipercayai berpunca daripada gangguan murid lelaki nakal di sekolahnya.

Prosecutors seek to question Ozawa

From News Straits Times 13th May 2010

Tokyo – Prosecutors are seeking to question Japanese ruling party kingpin, Ichiro Ozawa, over a political funding scandal, Kyodo news agency said yesterday.

This could pose as a possible blow to the party ahead of an election.

Prime Minister Yukio Hatoyama’s ratings have already nosedived, eroded by his preceived mishandling of a feud over a US military and funding scandals, dimming chances for his Democratic Party in the upper house election which is expected in July.

Prosecutors are seeking to question Ozawa, the party’s secretary-general, following a judicial panel’s decision last month that he should be charged over a scandal, Kyodo said.

Rabu, 12 Mei 2010

Kedai Serbaneka Evangelion Menjadi Mangsa Sendiri Akibat Terlalu Popular

Pada pertengahan bulan lepas, Lawson, salah satu rangkaian kedai serbaneka terbesar di Jepun telah membuka sebuah kedai yang bertemakan Neon Genesis Evangelion di Tokyo – III, bandar fiksyen di dalam EVA yang terletak di Hakone, Wilayah Kanagawa.

Kedai ini dijadualkan untuk beroperasi sehingga 17 Mei tetapi telah ditutup beberapa hari kemudian kerana diserbu oleh ‘tentera Otaku’.

Kekurangan tempat meletak kenderaan, terlalu bising dan terlalu ramai pelawat terutamanya ketika hujung minggu adalah antara alasan penutupannya.

Lawson bimbang ia akan mendatangkan kesan buruk besar pada penduduk tempatan. Setakat ini Lawson masih belum memberikan kata putus sama ada akan membuka semula kedai tersebut selepas keadaan semakin pulih, tetapi para peminat sudah pun menyarankan supaya kedai itu dibuka secara tetap.

Wanita ditangkap menyamar doktor

Dipetik dari Sinar Harian 12hb Mei 2010

Tokyo – Seorang wanita ditangkap kerana disyaki menyamar sebagai doktor supaya dapat bekerja di Hospital Miyako di Wilayah Iwate, timur Jepun.

Iwate adalah wilayah di Jepun yang mengalami masalah kekurangan doktor yang bekerja sepenuh masa.

Polis juga menyoal siasat teman lelaki suspek yang turut merancang bekerja di hospital sama sebagai doktor.

TANAMAN MANGA

Seorang artis dari Tokyo, Kawachi Koshi, baru-baru ini menunjukkan seni ‘tanaman manga’ olehnya.

Dia menggunakan majalah manga lama sebagai medium untuk menanam sayur-sayuran dengan menyemai tanaman lobak merah di pusat membeli-belah Matsuzakaya di Nagoya.

Horikita Maki Membintangi Filem Byakuyako

Dipetik dari Komik Remaja 10hb Mei 2010

Novel oleh Higashino Keigo yang berjudul Byakuyako (Perjalanan Malam Putih) akan diadaptasi kepada filem dan diumumkan bahawa Horikita Maki akan melakonkan watak Karasawa Yukiho yang merupakan watak utama.

Byakuyako telah diadaptasikan kepada siri drama pada tahun 2006, dibintangi oleh Ayase Haruka dan Yamada Takayuki. Kisah yang mendebarkan ini mengikuti kehidupan seorang pemuda dan gadis yang menyebabkan kesengsaraan di sekeliling mereka untuk merahsiakan pembunuhan ibu bapa mereka semasa mereka kecil.

Walaupun drama bersiri ini menegaskan kisah cinta antara dua watak utama, Kirihara Ryoji dan Yukihiko, versi filem akan menumpukan pada kisah suspen Yukiho. Ini merupakan kali pertama Horikita melakonkan watak jahat, jauh berbeza dari imej sucinya.

Pelakon untuk watak Ryoji dan barisan pelakon lain dijangka akan diumumkan pada bulan ini. Pengambaran telah pun dimulakan dengan disasarkan untuk tayangan pada musim bunga 2011.

Gackt Bercakap Tentang Perkahwinan Lamanya

Dipetik dari Komik Remaja 10hb Mei 2010

Adakah tajuk berita ini mengejutkan anda?

Pada 25 April, Gackt, Nishikawa Takanori dan Daigo telah menjadi tetamu di dalam rancangan Bokuro no Jidai. Pertemuan antara Gackt dan Nishikawa sememangnya jarang kerana mereka berdua tidak bercakap setelah sekian lama, sehingga dalam program ini mereka muncul bersama.

Apabila bercakap tentang Daigo, mereka berdua menyatakan mereka masih sedikit malu kepadanya, menyebabkan Daiji terkejut dan menggunakan ucapan terkenalnya, ‘maji suka' (betulkah ni)?

Apabila Nishikawa mengemukakan topik adakah mereka berharap untuk berkahwin, pada masa itulah Gackt mendedahkan dia pernah berkahwin pada usia 20 tahun. Ini sesuatu yang tidak diketahui oleh Nishikawa ataupun Daigo (termasuklah kita) dan sememangnya mengejutkan kita!

“Pada masa itu, saya masih muda dan tidak memahami dia dengan baik. Namun, saya tak fikir ia satu kesalahan. Saya fikir bagus bagi kami bertemu dengan cara itu kerana dia ada di sana, saya adalah saya pada hari ini.” Itu sahaja yang Gackt katakan tentang perkahwinan lamanya.

Cocoa Otoko Menyebabkan 15 Ribu Peminat Menyerbu

Dipetik dari Komik Remaja 10hb Mei 2010

14 April, Cocoa Otoko telah mengeluarkan single sulung mereka, Amai Wana Nigai Uso (Perangkap Manis, Penipuan Pahit) yang telah mendapat kedudukan ke 15 di dalam carta Oricon.

Semua ahli kumpulan merupakan pelakon tv yang muda dan kacak termasuklah Hosogai Kei, Suzuki Shogo, Kamakari Kenta, Ide Takuya dan Yonehara Kosuke.

Pada hari yang sama, mereka telah mengadakan satu acara istimewa di pentas air pancut Ikebukuro Sunshine City, Tokyo, buat pertama kalinya.

Sejak awal lagi, ramai peminat telah berkumpul di kawasan itu di mana jualan single Cocoa Otoko bermula sebelum tengah hari dan habis dijual dengan serta-merta.

Sebaik saja kesemua ahli muncul di atas pentas, tempat itu dipenuhi dengan sorakan. Mereka menceriakan kisah-kisah yang berbeza tentang penubuhan kumpulan ini dan peminat pula teruja kerana dapat bertemu dengan idola pujaan mereka.

Selasa, 11 Mei 2010

Japan goverment denies dropping US base deadline

Tokyo: A top aide to Prime Minister Yukio Hatoyama denied a report yesterday that the goverment had dropped an end – of – May deadline for resolving a row over a US Marine base, though there was still no solution in sight.

Kyodo news agency had said that the goverment had given up on Hatoyama’s self-imposed deadline in the belief that it would be difficult to get the agreement of local people by them.

“The prime minister is saying he will resolve the issue by the end of May, that he will di his best for that,” Chef Cabinet Secretary Hirofumi Hirano said.

But he said it would be hard to complete a plan by them. – Reuters

Isnin, 10 Mei 2010

Kaidan Festival

Japan: Residents carrying a large portable shrine at the Kanda-Myoujin shrine in Tokyo during the Kanda Festival yesterday.

Samoe 100 portable shrines are carried to the precinct of the shrine in turns as a main feature of the festival. - AFP

Raksa Dalam Badan Penduduk Taiji

Dipetik dari akhbar KOSMO! 10hb Mei 2010

Taiji – Penduduk di perkampungan Taiji, Jepun yang gemar memburu dan memakan ikan lumba-lumba dan paus mempunyai paras kandungan raksa yang tinggi dalam badan mereka, kata kerajaan Jepun semalam.

Menurut Institut Kebangsaan Penyakit Minamata, paras raksa yang tinggi melebihi paras kebangsaan dikesan berada di dalam tubuh penduduk kampung tersebut.

Namun ujian lanjut yang dilakukan mendapati tiada kesan sampingan berlaku disebabkan kandungan raksa yang tinggi itu.

Ujian itu melibatkan beberapa sampel rambut daripada 1,137 orang daripada 3,500 penduduk kampung.

Keracunan raksa merupakan satu topik yang sensitif di Jepun kerana penyakit Minamata itu dikaitkan dengan pembuangan sisa bahan itu oleh sebuah syarikat di selatan Jepun sehingga menyebabkan penduduk mengalami kekejangan, kehilangan deria dan kecacatan anggota bayi yang baru lahir serta boleh membawa maut. – AFP

Sabtu, 8 Mei 2010

Fullbloom at Hitsujiyama Park

Japan: Holidaymakers walking among Moss Phlox flowers in fullbloom at Hitsujiyama Park, Tokyo.

The plants continue to attract many visitors during the holiday season. - AFP

Wasabi

Wasabi adalah bahan masakan yang popular di Jepun. Ia berwarna hijau dan biasanya dimakan sebagai sos bersama sashimi (hirisan ikan mentah). Mungkin juga ia terkenal kerana ia sangat pedas, tetapi kepedasannya begitu unik.

Kepedasannya tidak terasa di lidah seperti cili, tetapi terus ke laluan pernafasan dan agak sakit juga. Walaupun begitu, ia bertahan selama beberapa saat sahaja. Jika tidak pernah merasainya, hati-hatilah dengan pes hijau ini yang dihidangkan bersama masakan Jepun yang tertentu.

Di kedai serbaneka ataupun kedai runcit,wasabi dijual di dalam tiub yang kelihatan seperti ubat gigi. Mereka yang pernah pergi ke restoran sushi pasti kenal dengan wasabi.mungkin juga boleh menemui tiub wasabi di mana-mana pasar raya Jepun di seluruh negara.

Namun, apa yang tidak diketahui ialah asal-usul pes hijau yang misteri ini. Ia datang dari sejenis akar yang membesar secara asli di kawasan lembap, tetapi pada hari ini terdapatnya industri pertanian yang dikhaskan untuk menanam tumbuhan ini.

Untuk mengekalkan rasa pes wasabi yang segar dan asli, ia perlu memarutnya dengan pemarut. Sesetengah orang Jepun lebih gemar menggunakan alat tradisional yang diperbuat daripada kulit ikan jerung dengan kulit lembut di sebelah sementara kulit yang kasar di bahagian lain.

Daun wasabi juga boleh dimakan dan mempunyai sedikit rasa pedas akarnya.

Miyazaki Aoi Idola Fesyen Bagi Pelajar Sekolah Tinggi


Dipetik dari Komik Arena 5hb Mei 2010

Majalah terkenal ORICON STYLE telah keluarkan hasil undian Pengasas Fesyen Undian Pelajar Perempuan Sekolah Tinggi untuk kali ketiga yang pernah dimenangi Kimura Kaela pada 2008 dan Amuro Namie pada 2009. Aktres Miyazaki Aoi mendapat tempat pertama untuk tahun ini dan bersaing dengan Becky.

Miyazaki mendapat undian tertinggi kerana penampilan semula jadi yang sesuai dengannya. Miyazaki banyak membintangi iklan komersial dan selalu digambarkan sebagai pencinta alam semula jadi dan menyokong imej ini di dalam kariernya.

Melalui laman perhubungan sosial Jepun ‘mixi’, gaya Gadis Hutan ini digambarkan sebagai gaya dipakai oleh gadis bertemakan alam sekitar yang amat bergaya. Terma ini turut digunakan di kebanyakan majalah fesyen dan sekolah tinggi.

Becky turut tersenarai dan telah menduduki lima tangga terbaik selama tiga tahun berturut-turut. Gayanya dengan pakaian berwarna-warni banyak tinggalkan kesan positif dalam budaya menghargai warna.

Kimura Kaela juga menduduki 10 tangga teratas dan terkenal dengan gaya tersendiri. Kebanyakan nama yang tersenarai terkenal dengan gaya unik dan memasukkan minat ke dalam gaya mereka sendiri.

Mukai Osamu Sebabkan Kemalangan

Dipetik dari Komik Arena 5hb Mei 2010

Pelakon Mukai Osamu (28) adalah antara bintang terbaru yang terlibat dalam kemalangan. Keretanya telah melanggar kereta lain di daerah Setagaya, Tokyo.

Mukai dalam perjalanan ke sesi penggambaran siri drama Gegege no Nyoubou dan sekitar jam 10.30 pagi, keretanya bertembung dengan kereta lain yang berhenti di simpang empat.

Mukai dilaporkan memberitahu bahawa lampu isyarat telah bertukar kepada hijau, jadi dia menjangkakan kereta di depannya akan bergerak.

Pemandu dan penumpang kereta berkenaan mengalami kecederaan ringandi leher manakala Mukai pula tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Bandai Buka Kafe Gundam Di Akihabara


Dipetik dari Komik Arena 5hb Mei 2010

Bandai mengumumkan yang mereka telah membuka Kafe Gundam berdekatan Stesen Keretapi Akihabara pada 24 April lalu.

Stesen ini terkenal sebagai laluan utama untuk ke kedai berkaitan anime dan permainan video di kawasan Akihabara.

Kafe berkeluasan 144.2 kaki persegi dan boleh memuatkan sehingga 60 orang ini akan menyediakan campuran kopi Jaburo eksklusif yang dibuat dari biji kopi Amerika Selatan dan Gun-Pla-yaki, hidangan bergoreng bersaiz besar yang dibentuk seperti kit model 1/144 Gundam yang pertama dijual.

Kafe ini juga akan digunakan bagi menjual dan menyebarkan berita tentang barangan baru bagi francais anime robot berkenaan.

Sebelum ini, Kafe Gundam yang merupakan restoran bertema Gundam pertama telah dibuka di Muzium Bandai sebelum muzium itu ditutup pada 2006. Terdapat juga dua buah bar cosplay ‘sut mobile’ tidak rasmi dibuka di Akihabara pada 2007. Tetapi kedua-duanya telah ditutup.

Rabu, 5 Mei 2010

Filem Adaptasi Novel All You Need is Kill oleh Warner Bros.


Dipetik dari Komik Remaja 3hb Mei 2010

Baru-baru ini Warner Bros. merancang untuk menerbitkan filem adaptasi dari novel ringan fiksyen sains All You Need is Kill (AYNIK) oleh Sakurazaka Hiroshi.

Warner telah memperoleh skrip daripada penulis skrip Dante Harper yang terlibat dalam pembikinan filem berdasarkan novel grafik Black Hole oleh Charles Burns.

AYNIK mengisahkan tentang Kiriya Keiji, seorang askar yang telah mati dalam peperangan menentang makhluk Mimic tetapi hidup semula berulang-ulang kali. Pada hari ke 158, askar ini berjumpa dengan seorang askar wanita misteri yang tahu rahsia di sebalik kitaran kehidupan tersebut.

Warner Bros. membuat syarat yang agresif termasuklah membawa projek ini ke peringkat pengambaran dalam masa 12 bulan. Jika segala berjalan lancar, filem AYNIK akan ditayangkan dalam tahun 2011.

Di Penjara Kerana Bising

Seorang wanita, Miyoko Kawahara (59) dari Tokyo telah dikenakan hukuman penjara setahun kerana melakukan gangguan awam.

Dia telah mengakibatkan gangguan mental kepada masyarakat sekeliling selama dua tahun.

Tabiat peliknya yang bermain alat muzik tidak tentu arah, mengetuk katil di balkoni dan menjerit pada waktu malam merupakan gangguan sosial yang menyebabkan jiran tetangganya berasa sengsara selama dua tahun berjiran dengan Miyoko.

Wanita Tertua Dunia Meninggal

Tokyo: 4hb Mei - Wanita tertua Kama Chinen, meninggal dunia seminggu sebelum ulang tahun kelahirannya ke 115, menurut Kaoru Shijima, jurucakap di pusat jagaan Nanjo.

Beliau yang menghabiskan tahun-tahun terakhirnya di pusat jagaan Nanjo di tenggara Okinawa dilahirkan pada 10 Mei 1895, menurut kumpulan penyelidik gerontologi yang menjejaki individu berusia lanjut.

Beliau menjadi orang tertua di dunia selepas Gertrude Baines meninggal dunia pada usia 115 tahun di hospital Los Angeles pada September lalu.

Manusia tertua kini, Eugine Blanchard berusia 114 tahun, seorang rakyat Perancis yang lahir pada 16 Februari 1896.