Anda tidak patut terlepas untuk melihat klip yang menarik dan kelakar ini, saksikanlah.
Semenjak kebelakangan ini, ada "masalah pelik" yang aku hadapi ketika main FB. Setiap kali aku komen dalam site seseorang, tiba-tiba hilang pula. Apasal?
Rabu, 6 Januari 2010
Kamikawa Takaya berkahwin dengan bekas aktres
Dipetik dari Komik Remaja 4 Januari 2010
Agensi pengurusan Kamikawa Takaya mengumumkan bahawa pelakon itu kini telah berkahwin. Pada 4 Disember, Kamikawa yang berusia 44 tahun mendaftar perkahwinannya dengan seorang bekas aktres yang 19 tahun lebih muda daripadanya.
Pasangan ini bertemu pada Disember 2005 di sebuah parti, dan mereka mula keluar bersama selepas itu.
Pengantin perempuan yang masih belum diumumkan ini digambarkan sebagai seorang yang kurus, berambut lurus dan dikenali dengan kebolehan berlakonnya.
Dia melakukan persembahan teater sehinggalah permulaan tahun ini apabila dia bersara disebabkan masalah kesihatan.
Maklumat tentang penyakitnya juga tidak didedahkan tetapi dikatakan dia sedang menerima rawatan.
Amuro Namie Buat Konsert Jelajah 8 Bulan untuk tahun 2010
Dipetik dari Komik Remaja 4 Januari 2010
16 Disember lalu, Amuro Namie mengeluarkan album terbarunya, Past < Future.
Sehubungan dengan albumnya, diva J-pop ini juga mengumumkan konsert jelajah yang panjang untuk tahun 2010, di mana akan menjadikannya sibuk dengan 73 persembahan dalam masa 8 bulan!
Projek ini bermula di Chiba pada 3 April dan akan tamat di Okinawa Convention Center pada 20 – 21 November.
Ikan tuna 233kg dijual RM 599, 587
Dipetik dari KOSMO! Rabu 6 Januari 2010
Tokyo – Seekor ikan tuna gergasi jenis bluefin seberat 233 kilogram (kg) dijual dengan harga $ 177 ribu (RM 599, 587) dalam satu lelongan di Pasar Tsukiji di sini semalam.
Harga itu dianggap paling mahal sejak 2001 apabila seekor ikan tuna seberat 200kg dijual dengan harga AS$ 220 ribu (RM 745, 250).
Seorang kakitangan pasar itu berkata, ikan tersebut dibeli dan dagingnya dibahagikan sama rata oleh seorang pemilik sebuah restoran sushi Jepun dengan pemilik sebuah bar sushi Hong Kong.
Dia berkata, ikan tuna yang ditangkap di perairan utara Jepun itu merupakan sebahagian daripada 570 ekor ikan yang dilelong di pasar tersebut.
Menurutnya, kira-kira 40 peratus ikan tuna yang dilelong itu ditangkap di pelbagai kawasan termasuk dari Indonesia dan Mexico.
Jepun merupakan pengguna makanan laut yang terbesar di dunia. – AP
Sabtu, 5 Disember 2009
CM Pertama Shiina Ringo
Dipetik dari Komik Remaja 1 Disember 2009
Shiina Ringo adalah salah seorang penyanyi / komposer wanita yang mempunyai reputasi tinggi di Jepun. Dengan semangat yang kental, dia mengekalkan sikap pendedahan yang kurang dan tidak begitu bergantung kepada pengiklanan untuk kerjaya solonya dan juga sebagai vokalis kumpulan Tokyo Jihen. Tetapi semua itu mula berubah...
Dari pertengahan bulan lalu, Shiina muncul di dalam iklan tv pertamanya untuk gula-gula Watering Kiss Mint keluaran Glico. Dia tidak bercakap di dalam iklan tersebut tetapi menampilkan lagu terbaru Tokyo Jihen, Nodoteki Sanpunkan / Masa Tiga Minit Yang Bergerak.
Sabtu, 28 November 2009
Rabu, 25 November 2009
Mizobata Junpei: Face of the Year
Dipetik dari Komik Arena 20hb. November 2009
Pelakon popular, Mizobata Junpei, 20, telah dipilih oleh Majalah Nekkei Trendy sebagai “Face of the Year”. Mizobata Junpei dipilih berdasarkan masa depan yang cerah dan berpotensi serta sering muncul di drana tv, pelbagai pertunjukkan dan filem.
Namun beliau lebih merendahkan diri apabila berucap. Dalam ucapannya, beliau anggap ini adalah satu penghormatan dan penghargaan terhadap dirinya.
Kelak beliau akan bekerja lebih kuat untuk diri sendiri dan juga harapan orang lain terhadapnya.
Oguri Shun menjadi pengarah yang termuda
Dipetik dari Komik Arena 20hb. November 2009
Filem arahan pelakon popular Oguri Shun “Surely Someday” bakal menemui peminat pada musim panas 2010. Cerita ini mengisahkan ikatan Oguri dan teman-temannya dari sekolah menengah.
Pelakon utama terdiri daripada pelakon Koide Keisuke, Katsuji Ryo, Ayano Go, Suzuki Ryohei dan Muro Tsuyoshi. Pelakon tambahan termasuk Okamura Takashi, Takenaka Naoto, Fuyuki Moto dan Tsumabuki Satoshi.
Lima watak utama membentuk sebuah band, mereka telah mendapat perhatian apabila menyanyikan lagu ciptaan mereka yang berjudul “Surely Someday” dalam festival budaya.
Namun disebabkan satu insiden yang berlaku, mereka berlima telah dibuang sekolah. Mereka menghadapi pelbagai rintangan dalam kehidupan mereka. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mencari semula keyakinan dan keberanian untuk menghadapi masa depan yang penuh dengan cabaran.
Ahad, 22 November 2009
Naka – Naka sekali lagi menjadi hos Kohaku
Dipetik dari Komik Remaja 21 November 2009
Tahun ini menandakan Kohaku Uta Gassen yang ke 60. Untuk acara ini, NHK telah pun mendedahkan bahawa pasangan pengacara sekali lagi adalah Nakama Yukie dan Nakai Masahiro.
Ini akan menjadi kali ketiga pesta lagu tahunan ini dihoskan oleh pasangan Naka – Naka selepas tahun 2006 dan 2008.
Nakama turut menjadi hos pada tahun 2005, menjadikan ini kali yang keempat baginya di Kohaku. Nakai pula akan menjadi hos untuk empat kali berturut-turut dan enam kali secara keseluruhan.
Selain daripada penyampai berita NHK, tiada selebriti lain yang telah menjadi pengacara Kohaku sebanyak kali seperti Nakai.
Seperti biasa, acara itu akan berlangsung selama empat setengah jam pada 31 Disember tetapi tahun ini ia akan bermula pada 7.15 petang, lima minit lebih awal daripada tahun lalu.
Anugerah Pemakai Jeans Terbaik ke 26
Dipetik dari Komik Remaja 21 November 2009
Baru-baru ini, 26th Best Jeanist Award telah dipersembahkan dan untuk empat tahun berturut-turut, Koda Kumi dan Kamenashi Kazuya (ahli kumpulan KAT-TUN) diundi di tempat pertama oleh kategori pilihan orang awam.
Hatoyama Miyuki (isteri perdana menteri, Hatoyama Yuki), Daigo, kumpulan J-Pop SPEED dan pelakon Taiwan, Jerry Yan turut dianugerahkan dengan anugerah pemakai jeans terbaik.
Kemenangan Yan menjadikannya artis Cina pertama yang menerima anugerah tersebut.
Watak utama pertama Gackt di atas pentas
Dipetik dari Komik Remaja 21 November 2009
Gackt telah diberikan watak utama di dalam cerita Nemuri Kyoshiro versi teater. Ini menjadi persembahan pertamanya di dalam persembahan drama pentas.
Pada awalnya adalah siri novel hasil Shibata Renzaburo (1917 – 1978). Nemuri Kyoshiro adalah asas kepada banyak filem dan beberapa drama televisyen.
Kisah ini menceritakan tentang seorang pemedang bermata kuyu yang dilahirkan dari seorang ibu berbangsa Jepun dan bapa berbangsa asing.
Rabu, 18 November 2009
Kato Natsuki dalam kes penipuan wang

Dipetik dari Arena Komik 5 November 2009
Kato Natsuki yang membintangi Hana Yori Dango 2 sebagai tunang Domyouji, telah hadir di mahkamah bagi menyaman bekas pengurus yang juga bekas teman lelakinya, Yoshida Takuro.
Yoshida dikatakan telah menipu Kato sebanyak 30 juta yen dari Mei 2006 hingga Februari tahun ini.
Menurut laporan, Yoshida menggunakan alasan mewujudkan akaun simpanan atas nama Kato dan memintanya memasukkan 100 ribu yen setiap bulan. Namun, wang itu sebenarnya dihabiskan pada mesin pachinko dan kelab-kelab.
Walaupun Kato yang berusia 24 tahun, beberapa kali cuba memutuskan hubungan itu, namun mereka berdua tidak pernah berpisah secara rasmi.
Keadaan ini berterusan sehinggalah Kato bertemu dengan presiden agensinya pada Februari lalu dimana Yoshida mengakui yang dia telah mencuri wang Kato dan mengugut untuk mendedahkan foto peribadi serta surat bertulis tangan Kato.
Akhirnya, Kato mengambil keputusan bukan sahaja menyaman Yoshida, malah kedua ibu bapa lelaki berkenaan. Buat masa ini agensi Kato turut menimbangkan untuk menambah dakwaan jenayah lain.
Becky menyanyi lagu tema Shin-chan

Dipetik dari Arena Komik 5 November 2009
Penghasil “Crayon Shin-chan”, Yoshito Usui telah meninggal dunia pada September lalu, tetapi TV Asahi tetap meneruskan siri anime popular itu.
Siri ini terus disambung, tetapi pada 23 Oktober lalu ia telah memuatkan lagu tema pembukaan yang baru dinyanyikan oleh Becky yang berbakat.
Lagu ini dipanggil “Hapi Hapi” dengan lirik yang ditulis oleh Becky sendiri.
Sebagai penyanyi, Becky telah pun mengeluarkan beberapa buah single. Lagu debutnya ialah “Soratobu Pokemon Kids” pada 1999.
Ahad, 15 November 2009
Seorang lagi si comel import

Dipetik dari Komik Remaja 11 November 2009
Tumpuan utama komuniti otaku yang terkini adalah seorang gadis Inggeris yang menggelar dirinya Beckii Cruel. Anak jati Pulau Man yang baru berumur 14 tahun ini telah mengumpul ramai peminat disebabkan klip video yang telah mula ditayangkan olehnya di dalam Youtube.
Kebanyakan klip menampilkannya menari di dalam bilik dengan muzik J-Pop dan anime. Media hiburan di Jepun telah membandingkannya dengan seorang lagi artis dari luar negara, Leah Dizon (walau pun berbeza genre hiburan) serta videonya di laman NicoNico Douga telah ditonton melebihi 3 juta kali.
Baru-baru ini Beckii Cruel membuat persembahan di Enta Matsuri di Akihabara, Tokyo dengan lebih 600 orang peminat datang untuk memberikan sokongan. Tanpa melepaskan peluang komersil, sebuah dvd berjudul This Is Beckii Cruel akan diterbitkan pada 19 Disember.
GLAY memenangi saman ke atas bekas syarikat pengurusan

Dipetik dari Komik Remaja 11 November 2009
GLAY telah diberikan kemenangan di dalam saman mereka ke atas bekas syarikat pengurusan mereka, Unlimited Group. Mahkamah telah mengesahkan kumpulan tersebut mempunyai hak cipta ke atas 147 buah lagu dan mengarahkan syarikat untuk membayar 670 juta Yen (-+ Rm 25.1 juta).
GLAY telah menandatangani perjanjian bersama Unlimited Group pada tahun 1998 memberikan mereka hak cipta 147 buah lagu. Pada tahun 2005, GLAY membatalkan perjanjian disebabkan pulangan yang tidak dibayar dan juga yuran kontrak.
Hakim mengesahkan pembatalan kontrak GLAY kerana kontrak itu tidak sah dan kumpulan itu memiliki hak cipta ke atas lagu-lagu tersebut.
Selasa, 3 November 2009
Mantan Perdana Menteri Jepun sumbangkan suara untuk Ultraman King
Dipetik dari Komik remaja 1 November 2009
Koizumi Junichiro, mantan perdana menteri Jepun yang berkarisma akan menyumbangkan suaranya di dalam filem Giant Monster Battle: Ultra Galactic Legend The Movie yang dinanti-nantikan oleh peminat Ultraman.
Koizumi akan membawa watak Ultraman King, iaitu wira lagenda purba dalam keluarga Ultra. Filem aksi benar dengan efek khas ini bakal ditayangkan di Jepun pada 12 Disember.
Disebabkan mempunyai visibiliti yang tinggi pada era pemerintahannya tahun 2001 hingga 2006, Koizumi selalu ditampilkan dalam manga dan anime namun dia tidak pernah terlibat di dalam produksi manga/anime mahu pun menyumbangkan suaranya sehinggalah projek terbaru ini.
KinKi Kids Menjejaki Tokyo Dome Lagi
Dipetik dari Komik remaja 1 November 2009
Persembahan Domoto Koichi di Yokohama Arena pada malam 12 Oktober telah menandakan tamat jelajah solonya. Semasa persembahan itu, dia mengumumkan bahawa dia dan Domoto Tsuyoshi sekali lagi akan mengadakan konsert tahun baru di Tokyo Dome.
Setiap tahun sejak 1998, KinKi Kids mengadakan persembahan tahun baru di Tokyo Dome tetapi pada tahun lalu mereka mengadakan konsert di Osaka Dome.
Dengan kepulangan mereka ke Tokyo pada tahun ini, mereka akan meluaskan rekod konsert paling banyak oleh artis di Tokyo Dome dari 34 kali kepada 37 kali. Tiga persembahan dijadualkan dari 30 Disember sehingga 1 Januari.
Dua selebriti terlibat di dalam pelanggaran kecil

Dipetik dari Komik remaja 1 November 2009
Pada malam 8 Oktober, pelakon Sho Aikawa dan penyanyi Aiko terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya yang kecil. Insiden itu berlaku di sekitar jam 8.40 malam di Lebuh raya 312 di Tokyo.
Menurut polis, Aikawa cuba mengubah lorong ke kiri tetapi berlanggar dengan kereta Aiko yang sedang datang dari belakang.
Siasatan sedang cuba menentukan sama ada Aikawa ada memeriksa belakangnya sebelum dia cuba mengubah lorong.
Tiada siapa yang mengalami kecederaan dan tiada penumpang di dalam kedua-dua kereta.
Rokok: Malaysia disaran contohi Jepun
Dipetik dari Suara Keadilan 27 Oktober – 3 November 2009
Oleh: Fazilah Sahir
Kerajaan Barisan Nasional (BN) berhempas pulas mengadakan pelbagai kempen mengurangkan tabiat merokok tetapi ia tidak memberi impak besar, sebaliknya merugikan ‘wang rakyat’.
Peruntukan kempen mencecah RM 17 juta untuk lima tahun, dengan RM 5.67 juta daripadanya dibelanja dalam pengiklanan termasuk pemasangan papan iklan di luar bandar, bandar (RM 3 juta), televisyen (RM 3 juta) dan akhbar (RM 2.5 juta).
Sebanyak RM 7 ratus ribu pula dibelanjakan untuk iklan di radio, majalah (RM 250 ribu), pawagam (RM 200 ribu) manakala bakinya digunakan bagi bahan penerbitan dan kos pengurusan.
Berdasarkan kerugian hangus itu, jelas kerajaan tidak bijak menangani hal berkenaan dan disaran meneliti pendekatan Jepun yang ‘mengharamkan’ rokok.
Pada 2004, pemerintah Negara Matahari Terbit itu menaikkan harga rokok tetapi tidak menaikkan kos lain seperti pengangkutan, teksi dan barangan lain.
Mereka juga memasang larangan merokok dihampir semua tempat awam pada 2007 termasuk jalan raya dan teksi sedangkan penumpang teksi di Kuala Lumpur ‘mengalah’ kepada pemandu teksi yang merokok.
Jepun juga ada mengeluarkan kad ‘Taspo’ yang sinonim dengan SIK (Surat Izin Merokok) pada 2008 bagi mengelak remaja bawah 20 tahun dari merokok manakala perokok dewasa wajib berdaftar, lengkap dengan gambar.
Mesin penjual rokok pula tidak menjual kepada mereka yang tiada kad itu, selain ia tidak boleh dibeli pada jam tertentu pada waktu malam.
Menariknya, kad ‘Taspo’ dapat mengesan prestasi penggunaan rokok sepanjang sebulan, malah terdapat grafik yang menunjukkan prestasi merokok mengikut tahap kesihatan dunia.
Di Jepun, tempat merokok disediakan hampir di semua pusat bandar dan mereka juga menguatkuasa larangan merokok di tempat awam atau berdepan denda 5 ribu yen atau RM 200.
Pada 2009 pula, pemerintah negara itu tegas menaikkan harga rokok berlipat kali ganda dari 300 ke 900 yen lantaran kerajaan Jepun mengambil berat kesihatan rakyat.
Bukan seperti kerajaan Malaysia yang hanya sibuk berkempen sedangkan impaknya masih di tahap sama – tiada perubahan. Maka, wajarlah kerajaan mengambil ikhtiar dari pendekatan yang diaplikasi kerajaan Jepun.
Pelaburan Asing (FDI) kian merundum
Dipetik dari Suara Keadilan 27 Oktober – 3 November 2009
Poket rakyat makin kosong dan kuasa beli merosot. Bagaimanakah menjana permintaan dan penggunaan domestik untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk.
Perangkaannya membimbangkan. Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak US$ 7.3 bilion tahun 2008 berbanding dengan Indonesia US$ 7.92 bilion dan Vietnam US$ 8.05 bilion, Thailan US$ 9.83 bilion, Singapura US$ 22.8 bilion.
Tahun ini negara hanya mencatatkan US$ 1 bilion sahaja kemasukan FDI.
Malaysia hanya menarik 2.6% sahaja daripada FDI tahun 2007 berbanding sekitar 8% pada pertengahan tahun 90an dan lebih daripada 10% pada tahun 80an.
Kerajaan perlu menghapus polisi dan peraturan pentadbiran yang mengekang usaha ke arah kebebasan pasaran.
Ketiadaan faktor teknologi dalam ekonomi akan membantut usaha kerajaan untuk melonjak taraf ekonomi di bawah model baru ekonomi.
Forum Ekonomi Dunia dalam laporannya mendedahkan Malaysia jatuh dari tangga 21 kepada 24 kerana kelemahan dalam kerangka peraturan baik perundangan mahu pun pentadbiran yang jatuh dari tangga 17 kepada 43 dalam masa dua tahun.
Selain itu, peningkatan kadar jenayah, saiz belanjawan defisit dan kelemahan dalam sistem penyampaian yang ketinggalan juga menjadi kebimbangan.
Langgan:
Catatan (Atom)







