Rabu, 5 Oktober 2016

Manga Bleach & Nisekoi Akan Tamat Bulan Ini

Sebelum ini telah diumumkan bahawa manga Bleach akan berakhir selepas 15 tahun dan kini telah didedahkan bahawa bab terakhir manga karya Tite Kubo ini bakal diterbitkan untuk majalah Weekly Shonen Jump edisi terbaru pada 22hb Ogos lepas.

Suatu pengumuman khas juga akan diumumkan seiring dengan berakhirnya manga Bleach ini.

Selain manga Bleach, juga diumumkan bahawa manga Nisekoi karya Naoshi Komi juga akan tamat pada bulan yang sama di mana bab terakhirnya akan diterbitkan untuk majalah Weekly Shonen Jump edisi ke 36/37.

Selepas tamatnya Nisekoi, Naoshi Komi akan menghasilkan karya terbaru yang akan diterbitkan pada 20hb Oktober ini untuk majalah Jump GIGA.