Sabtu, 11 Julai 2015

Fairy Tail Zero Tamat Bulan Ini

Majalah Monthly Fairy Tail terbitan Kodansha isu ke-12 mengumumkan bahawa kedua siri iaitu prekuel Fairy Tail Zero oleh Hiro Mashima dan manga spin-off Tale of Fairy Tail: Ice Trail oleh Yusuke Shirato akan tamat pada isu ke-13 yang bakal dipasarkan pada hujung Julai nanti.
 
Fairy Tail Zero merupakan prekuel kepada manga Fairy Tail dan mengisahkan tentang kisah pengasas Guild Fairy Tail. Manakala Tale of Fairy Tail: Ice Trail pula berkisar tentang watak Gray sehinggalah dia menyertai Guild Fairy Tail.
 
Mashima telah melancarkan manga Fairy Tail Zero dalam isu pertama majalah Monthly Fairy Tail pada Julai tahun lalu dan Shirato turut melancarkan manga Tale of Fairy Tail: Ice Trail dalam isu yang sama.

 

Sayonara Kazuya Tatekabe

Berita sedih untuk peminat siri anime Doraemon apabila Kazuya Tatekabe, senyu untuk peranan Giant pada tahun 1979 telah meninggal dunia dalam usia 80 tahun. Punca kematiannya adalah disebabkan kegagalan pernafasan akut.
 
Tatekabe mula mencipta nama atas peranannya sebagai watak Giant dalam siri Doraemon musim kedua yang ditayangkan antara tahun 1979-2005.
 
Tantekabe dilahirkan di Hokkaido merupakan lulusan dari jurusan seni teater di Kolej Universiti Nihon dan juga merupakan anggota dari rombongan teater Izumiza.
 
Antara peranan lain yang pernah dibawanya adalah watak Tonzura (Yatterman), Warusa/Walther dan Donzler (Time Bokan), Varacin (Casshan), Goriraimo (Dokonjo Gaeru), Dotechi (Hajime Ningen Gyatoruz), Chan (Legend of Galactic Heroes) dan Kamon (Mister Ajikko).
 
Selain itu, Tatekabe juga membawa peranan sebagai Roubaul (Fairy Tail) dan Colonel Tonoda untuk filem Ghost In The Shell: Stand Alone Complex: Solid State Society yang baru ditayangkan pada bulan lalu.

Ahad, 5 Julai 2015

Robot Raksasa Gundam Muncul di Singapura

Sejak kebelakangan ini, pelbagai acara berkaitan manga/anime yang menarik ribuan peminat telah diadakan di Asia Tenggara.

Pada bulan Jun lalu, telah diadakan acara terbesar di luar Jepun yang ditujukan untuk siri anime robot Mobile Suit Gundam di Singapura! Pada 4 hingga 28 Jun, acara bertajuk "Gundam Docks at Singapore" telah diadakan di Ngee Ann City Civic Plaza dan berdekatan dengan Takashimaya Square B2.

Model robot setinggi 6 meter dsri Gundam dan Zaku Char serta lebih dari 200 model Gunpla akan ditampilkan di acara yang merupakan salah satu ruang pameran terbesar di Singapura dengan tempat yang meliputi sekitar 4 ribu meter persegi.

Sambutan ulang tahun ke-35 model robot plastik yang juga dikenali sebagai "Gunpla" dan juga peringatan 50 tahun berdirinya Singapura, turut disambut dalam acara Gundam Docks.

Arka bertajuk "One Year War" dari siri Gundam turut ditampilkan dalam pertunjukan cahaya pada waktu malam.

(Kenapa acara sedemikian tak pernah buat di Malaysia? Hanya harapkan Comic Fiesta & Animax aje.)

JAXA Rancang Projek Bulan dan Marikh

JAXA (Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun) sedang merancangkan projek untuk menghantar prob tanpa manusia ke Marikh untuk membawa pulang bahan galian daripada salah satu daripada dua bulannya iaitu Deimos dan Phobos.

Menurut pihak JAXA, prob tersebut bakal mengambil masa tiga hingga tujuh tahun untuk perjalanan pergi dan balik dari planet merah itu.

Selain daripada itu, satu lagi projek mensasarkan untuk mencapai pendaratan bulan kali pertama Jepun. JAXA telah menetapkan tahun 2019 untuk melancarkan prob bernama SLIM (Smart Lander for Investigating the Moon) untuk mendarat di permukaan bulan.

Cadangan ini telah pun disampaikan kepada Jawatankuasa Polisi Angkasa Kebangsaan Jepun.

Kerajaan Jepun meninjau semula Pelan Asas Polisi Angkasa pada Januari lalu. Meluluskan projek berskala sederhana di mana tiga unit prob akan dilancarkan dalam dekad seterusnya di mana prob pertama akan berlepas pada tahun 2021 atau 2022.

Snow Miku 2015 Dengan Rekaan Sporty!

Hokkaido Winter Sports menjadi tema untuk Snow Miku bagi tahun 2016 dan rekaan terbaru yang menjadi pemenang pertandingan ini telah diumumkan pada acara Hatsune Miku Time 8 Live Stream.

Kotatsu Odoki, pereka asal yang menghasilkan Owl Owl Snow Miku dan maskotnya Flying Yukine telah memenangi pertandingan ini berdasarkan perolehan undian sebanyak 35.5% untuk Owl Owl Snow Miku dan Flying Yukine pula menerima sebanyak 54.4%.

Pada acara Sapporo Snow Festival pada tahun hadapan, rekaan terbaru ini akan ditampilkan dan Good Smile Company akan membuat figma Nendroid edisi khas untuknya.