Rabu, 14 Januari 2015

Katsuhiro Otomo Umum Rancangan Filem Aksi Sebenar

Katsuhiro Otomo telah umumkan rancangan untuk menghasilkan filem aksi sebenar (live action) walau pun perincian tentang filem ini masih belum didedahkan!

Otomo sebelum ini telah mengarahkan filem aksi sebenar pada tahun 2006 adaptasi dari manga seram Yuki Urushibara yang bertajuk Mushishi.

Otomo terkenal kerana menghasilkan Akira, Steamboy serta Memories dan dia merupakan pengarah dan pembantu pengarah untuk kesemua siri anime ini.

Otomo kemudian menghasilkan manga Hipira: The Little Vampire yang telah diadaptasi kepada siri anime dengan 12 episod pada 2009.

Otomo juga turut menghasilkan manga Domu, The Legend of Mother Sarah, Sayonara Nippon dan SOS! Tokyo Metro Explorers.


Pengarah Kesan Khas Godzilla Meninggal Dunia

Pengarah kesan khas filem iaitu Koichi Kawakita telah meninggal dunia akibat kegagalan hati. Kawakita berusia 72 tahun.

Majlis pengebumian telah diadakan untuk ahli keluarga terdekat yang diketuai oleh isterinya iaitu Toshiko. Majlis peringatan untuk mendian akan diadakan dalam masa terdekat.

Kawakita dilahirkan di Tokyo pada 5 Disember 1942. Dia bekerja sebagai pengarah kesan khas untuk enam buah filem Heisei Godzilla termasuklah Godzilla vs King Ghidora. Dia turut pernah berkhidmat untuk pembikinan filem lainnya seperti Gunhed and Mothra (1996). Begitu juga dengan projek televisyen seperti Choseishin GranSazer.


Khamis, 1 Januari 2015

Kajian Kesamaan Jantina

Menurut kajian kesamaan jantina oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), Jepun berada di tempat ke 104. Sebanyak 142 buah negara dikaji berdasarkan 10 kriteria termasuklah pendidikan, ekonomi, politik, tenaga kerja dan sebagainya.

Negara-negara yang menduduki tempat pertama hingga kelima kesemuanya negara Eropah utara seperti Iceland, Finland, Norway, Sweden dan Denmark.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia berada di belakang Jepun dengan mendapat tempat ke 107.


Majalah Pertama Final Fantasy

Gedung beli-belah diatas talian LAWSON kini telah membuka tempahan awal untuk Final Fantasy Magazine, diangkat sebagai majalah pertama yang dikhususkan untuk menyampaikan berita tentang Final Fantasy.

Isu pertama majalah yang dijual pada harga 700 Yen (-/+RM 20) dan turut disertakan bersama berita tentang permainan video dan kod barangan untuk enam siri permainan video Final Fantasy VII G-Bike, Final Fantasy World Wide Words, Final Fantasy Record Keeper, Final Fantasy Agito, Pictlogica Final Fantasy dan Final Fantasy Break The Seal.

Majalah ini hanya terhad dijual di gedung LAWSON dan HMV di Jepun.