Rabu, 25 Jun 2014

Perdana Menteri Abe Singgah Pameran Evangelion Di Paris

Perdana Menteri Shinzo Abe telah meluangkan masa melawat Pameran Evangelion dan Pedang Jepun yang berlangsung di Institut Budaya Jepun di Perancis.
 
Abe yang teruja dengan penyebaran budaya Jepun telah berkata kepada wartawan: “Anime sangat terkenal di Perancis. Ia menunjukkan kekuatan Jepun dan kesan positif untuk pertumbuhan.”
 
Pameran Evangelion akan turut mempamerkan replika Spear of Longinus sepanjang 3 meter. Begitu juga dengan bilah pedang yang bertemakan Evangelion. Pameran di Paris ini akan diteruskan sehingga 21 Jun sebelum berlangsung di Muzium ABC Madrid bermula 5 Julai sehingga 28 September.
 
Perancis merupakan salah satu daripada enam negara yang bakal Abe lawati didalam lawatannya di Eropah.

 

Muka Depan Majalah FRAU Tampilkan Levi!

Contoh majalah Frau
Kodansha telah meletakkan watak Levi dari siri Attack on Titan sebagai muka depan untuk majalah wanita FRAU isu bulan Ogos akan datang.

Majalah bulanan terkenal ini berkisar tentang fesyen serta penjagaan kecantikan untuk pembaca wanita didalam lingkungan usia 20-an dan 30-an.
 
Mangaka Hajime Isayama turut menjawab soalan tentang Levi menerusi akaun Twitter@ShigekiKyojin untuk ruangan soal jawab yang akan disiarkan didalam sebuah artikel untuk majalah ini.
 
Mangaka Hajime Isayama turut menjawab soalan tentang Levi menerusi akaun Twitter@SgingekiKyojin untuk ruangan soal jawab yang akan disiarkan didalam sebuah artikel untuk majalah ini.
 
 

Kucing Kesayangan Pulang Rumah Setelah Hilang 3 Tahun

Pada 9 Mei, sepasang suami isteri di Ofunato, Wilayah Iwate bertemu semula dengan kucing kesayangan mereka yang hilang selama 3 tahun dalam tragedi tsunami 11 Mac 2011. Yamagishi Takeo dan isterinya, Kazuko begitu gembira dapat bersama semula dengan Suika, si manja mereka.
 
Pada hari tsunami melanda, pasangan Yamagishi tidak berada di rumah mereka. Selepas bencana berlaku, mereka pulang ke rumah dan mendapati Suika telah hilang.
 
Beberapa bulan kemudian, apabila tibanya musim panas, mereka percayai bahawa kucing itu telah mati dan Takeo merobohkan rumah kecil yang dibina untuk si manja mereka.
 
Tiga tahun telah berlalu, pada 10 April ini, seekor kucing hitam ditemui di kawasan Hutan Rikuzentaka yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah Yamagishi. Ia kemudiannya dihantar ke pusat jagaan haiwan.
 
Disebabkan ia memakai rantai leher dan mesra dengan orang, para petugas pusat berpendapat bahawa ia mesti mempunyai pemelihara dan menunggu laporan kes kehilangan kucing. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah kucing tersebut telah hilang selama 3 tahun.
 
Setelah menunggu satu bulan, pihak pusat jagaan haiwan membuat keputusan mengambil gambar kucing tersebut dan menyiarkannya di akhbar tempatan. Pada masa itulah petugas menemui nama keluarga Yamagishi dan nombor telefon pada rantai leher kucing itu.
 
Akhirnya, mereka menghubungi pasangan Yamagishi dan Suika berjaya pulang ke sisi pemiliknya.
 

Jepun Import 2 Ribu Tan Daging Paus

Menurut sebuah laporan aktivis alam sekitar, Jepun telah mengimport 2 ribu tan daging paus dingin dari Iceland, menandakan negara itu tetap mencabar bantahan dunia terhadap kegiatan pemburuan paus.
 
Pada 6 Mei, sebuah kapal Iceland yang membawa daging paus telah sampai di Jepun dan berlabuh di pelabuhan Osaka.
 
Sejak meluluskan semula pemburuan paus pada tahun 2006, Iceland dan Norway telah menerima kritikan hebat dari kumpulan-kumpulan pencinta Alam serta negara-negara lain. Orang Iceland juga makan daging paus tetapi tidak banyak, kebanyakan hasil buruan mereka dieksport ke Jepun.

Di samping itu, Jepun juga memburu paus dengan alas an 'penyelidikan saintifik' tetapi nasib haiwan mamalia itu sentiasa berakhir di pasaraya dan restoran tertentu.

 

Isnin, 2 Jun 2014

Pesanan Patlabor Kepada Penunggang Basikal.

Ini adalah satu pesanan keselamatan jalan raya daripada Pasukan Polis Mobil Metropolitan Tokyo kepada semua penunggang basikal, disamping mempromosi filem Patlabor.
 
Baru-baru ini, Agensi Polis Kebangsaan Jepun telah mengeluarkan sebuah poster yang terdapat imej Patlabor menunggang basikal dengan mesej: 'Pesanan Daripada Seksyen Dua Unit Kenderaan Khas: Basikal dan Kenderaan Mesti Mematuhi Peraturan Jalan Raya.'
 
Siri filem aksi benar Patlabor ditayangkan mulai 5 April ini, ia terdiri daripada 7 buah filem pendek dan sebuah filem penuh yang menemui penonton pada cuti Minggu Emas awal Mei.
 
Filem penuh kedua pula bakal ditayangkan pada 31 Mei di Shinjuku Piccadilly, Tokyo.
 
Sebuah model Labor bersaiz sebenar telah pun dibina dan dipamerkan demi menyambut kedatangan siri filem tersebut.

Manga Polis Metropolitan Tokyo Bantu Trafik

Polis Metropolitan Tokyo kini bekerjasama dengan siri manga oleh Mimana Orimoto yang bertajuk Bakuon!! untuk kempen keselamatan trafik motosikal pada musim bunga ini.
 
Pihak polis telah mengadakan acara tentang keselamatan motosikal, termasuklah 'Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Bunga 2014' yang berlangsung pada 4 Mei di Okutama.
 
Acara ini termasuklah acara penyertaan keselamatan dan bakal menjual barangan yang berkaitan dengan kolaborasi seperti poster yang telah ditandatangani, magnet serta stiker.
 
 
 
Bakuon!! sebelum ini pernah ditampilkan di dalam kempen motosikal pada tahun lalu bersama dengan Hamaguchi Racing. Beberapa buah motosikal Itasha turut dipamerkan di dalam acara tersebut.
 
Orimoto melancarkan manga tentang kelab motosikal gadis di majalah Young Champion Retsu terbitan Akita Shoten pada tahun 2011.