Jumaat, 31 Januari 2014

Pameran Ulang Tahun Ke 50 Ultraman

Tsuburaya Productions telah mengadakan pameran istimewa Ultraman demi meraikan ulang tahun ke 50 francais tersebut.

Pameran ini bertempat di Broadcast Library, Yokohama dari 12 Disember 2013 hingga 16 Februari 2014.

Selain daripada memperkenalkan sejarah Ultraman dan Tsuburaya Productions, pameran ini turut mempamerkan keadaan pengambaran, salinan skrip, barangan produksi, figura aksi serta beberapa diorama dari babak episod terakhir Ultra Seven dan siri-siri lain.
 

Manga Toriko Berehat Sebentar

Siri manga Toriko oleh Mitsutoshi Shimabukuro akan berehat sebentar selama sebulan selepas slot Human World akan tamat di dalam majalah Weekly Shinen Jump isu ke 6/7 yang mula dipasarkan pada bulan ini.

Shimabukuro telah melancarkan manga ini di dalam majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha bermula 2008 dan sebanyak 27 jilid diterbitkan setakat ini.

Toriko mengisahkan tentang Bishokuya (pemburu bahan makanan) yang merantau ke serata dunia untuk memburu haiwan dan tumbuhan yang diperlukan untuk hasilkan hidangan yang terbaik.