Khamis, 26 Disember 2013

Kanda Myojin - Tokong Otaku


Kanda Myojin terletak di jarak 5 minit berjalan kaki dari kawasan Akihabara, pusat produk anime, manga dan permaian di Tokyo. Di sini, walau pun kelihatan biasa di luar, anda akan mendapati Kanda Myojin sedikit berbeza dengan tokong Shinto yang lain setelah masuk ke dalam.
Di tempat menjual Omamori (Azimat), selain daripada azimat yang melindungi seseorang daripada kemalangan dan mendatangkan nasib baik dalam pekerjaan serta pelajaran, terdapat juga azimat yang melindungi computer daripada diserang virus.
Azimat sedemikian hanya boleh ditemui di Kanda Myojin. Satu lagi perkara yang menjadikan Kanda Myojin sebagai tokong otaku ialah Ema (Kuda Lukisan), papan hajat yang biasanya digantung di tokong Shinto.

Hampir kesemua Ema yang terdapat di situ dihiasi lukisan manga oleh mereka yang berhajat.

Cetusan Gunung Berapi Wujudkan Pulau Baru Di Selatan Jepun


Pada 21 November lalu, cetusan gunung berapi di lautan Jepun telah mewujudkan sebuah pulau kecil di perairan selatan.
Ini adalah kejadian pertama yang berlaku dalam tempoh berpuluh-puluh tahun Negara itu.

Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun mengesan pulau tersebut yang berdiameter 200 meter, menerusi asap yang menjulang tinggi ke udara di sekitar Kepulauan Ogasawara yang terletak 1,000 kilometer ke selatan Tokyo.
Pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa pulau itu wujud akibat letupan gunung berapi di laut.

“Asap masih keluar dari pulau itu. Kami memberikan amaran pelayaran bahawa pulau tersebut wujud dari debu yang jatuh di kawasan sekitar.” Kata jurucakap dari agensi perikanan Jepun.
Menurutnya, pulau itu tidak akan kekal lama kerana ia akan lenyap disebabkan hakisan.
 

Soal Selidik: Hampir Separuh Orang Jepun Akui Dirinya Pekerja Malas


Apakah impresi pekerja Jepun kepada anda? Sudah tentu kita semua berpendapat bahawa mereka amat rajin menjalankan tugas. Namun, jawapan daripada diri mereka mungkin di luar jangkaan.
Baru-baru ini, akhbar Asahi Shinbun telah mengadakan satu kempen soal selidik yang bertanyakan: “Anda seorang pekerja rajin atau malas?” dengan melibatkan seramai 2,217 individu.
Keputusannya, 58% mendakwa diri mereka adalah pekerja rajin manakala 42% mengatakan diri mereka pekerja malas.
Namun, kita harus ingat bahawa dalam budaya Yamato yang sentiasa menyanjungi nilai kerajinan, standard orang Jepun terhadap konsep rajin dan malas sememangnya berlainan dengan kita.
Maknanya, mereka yang berada didalam golongan 42% itu mungkin sudah sangat rajin bekerja dalam standard kita.

 

Polis Tokyo Guna Manga Menentang Pelajar Asing Yang Bekerja


Tokyo Metropolitan Police Department (MPD) telah mengedarkan 50 ribu keping risalah manga yang dicetak dalam bahasa Jepun, Cina dan Thai dengan harapan dapat membanteras pelajar asing yang dating ke Jepun untuk belajar sambil buat kerja sambilan di dalam industri hiburan dewasa seperti di rumah urut dan bar snek.
Pekerjaan ini dianggap melanggar Peraturan Kawalan Imigresen yang menyatakan pekerjaan ini tidak boleh dilakukan oleh penduduk asing. Risalah manga ini menunjukkan pelajar ditangkap dan ditahan ketika berada ditempat kerja.
Menurut pegawai yang bertanggungjawab: “Walau pun ramai pelajar rasa tidak bersalah melakukan pekerjaan ini, tetapi jika ditahan, mereka akan dihantar pulang. Kami amat berharap selepas mereka membaca risalah manga ini, mereka akan perhatian tentang hal ini."
Pada tahun lalu, 42 orang telah melanggar peraturan Imigration Control Law dan 40% darinya adalah mereka yang menggunakan visa pelajar. Malah pada bulan ini, lapan pelajar Thailand telah ditahan kerana menyalahguna visa pelajar ini!