Jumaat, 29 November 2013

Cara Makan Burger Yang Sopan

Apakah cara paling seronok menikmati burger yang besar lagi tebal? Sudah tentunya membuka mulut sebesar-besarnya ( lebih besar daripada ketebalan burger tersebut) agak ia dapat masuk ke mulut anda!
 
Namun begitu, bagi kaum wanita Jepun yang mengutamakan kesopanan semasa makan, perbuatan sedemikian sama sekali tidak dapat diterima. Ini juga bermakna, jualan burger mungkin akan terjejas sekiranya kaum wanita Jepun semakin menolak hidangan ini.
 
Perkara ini telah memberikan inspirasi kepada kedai rangkaian burger Jepun, Freshness Burger untuk mencari penyelesaian. Akhirnya, mereka memperkenalkan Liberation Wrapper.

Skrip Madoka Magica: Rebellion Bernilai RM 58 Ribu!


Satu lelongan telah dibuat untuk skrip Madoka Magica The Movie –Rebellion- yang turut memiliki tandatangan dan harga terakhir yang ditawarkan adalah 1,800,000 Yen (+/- RM 58,025).
Skrip ini telah ditandatangani oleh Aoi Yuki, Chiwa Saito, Ai Nonaka, Emiri Kato, Eri Kitamura dan Kaori Mizuhashi. Ia telah dimenangi di dalam undian sebuah majalah.
Sebelum ini, kepingan filem dari filem pertama Madoka telah dilelong pada harga USD 13,600 (+/- RM 43, 662) dan pada awal bulan ini, kepingan filem dari filem ketiganya berjaya dilelong pada harga USD 1, 321 (+/- RM 4, 237).

Kempen Derma Darah Oleh Girls Und Panzer

 
Girls Und Panzer kini sedang berkolaberasi dengan Japanese Red Cross Society (Persatuan Palang Merah Jepun) yang terletak di Wilayah Ibaraki untuk mendekati golongan remaja dan penduduk berusia lingkungan 20an di dalam kempen menderma darah.
 
Kempen ini menggunakan poster promosi yang menampilkan karakter dari siri Girls Und Panzer seperti Miho, Saori, Hana, Yukari dan Mako yang memainkan peranan sebagai jururawat, doctor dan pesakit.
 
Mereka yang menderma darah bakal mendapat kad cenderahati khas Girls Und Panzer. Pada poster promosi ini tertulis: “Kami telah ambil alih tugas menderma darah!” yang mana ia merujuk kepada siri ini di mana karakter menggunakan kata-kata “ambil alih kereta kebal!”
 
 

Selasa, 19 November 2013

Keanu Reeves Ketepikan Cowboy Bebop


Baru-baru ini, Keanu Reeves mengambil bahagian dalam sesi temu ramah Ask Me Anything oleh laman web hiburan dan berita sosial Reddit. Apabila ditanya tentang pembikinan filem adaptasi siri anime klasik terkenal Cowboy Bebop, di mana Reeves dikatakan akan memegang watak utama Spike Spiegel.

Namun, pelakon berumur 49 tahun ini menjawab: 

"Rasanya Cowboy Bebop takkan ada saya di dalamnya. Skrip yang ditulis amat hebat dan mengagumkan, tetapi dijangka kira-kira setengah billion dollar diperlukan untuk menghasilkannya. Walau pun saya amat berminat mengenainya, kami lebih ingin menghasilkan Bill & Ted 3. Skrip telah pun ada dan kami sedang berusaha menyempurnakannya."

Filem Cowboy Bebop diumumkan pada tahun 2009 oleh Twentieth Century Fox. 3 Arts Entertainment dan Sunrise.

Projek kerjasama Amerika-Jepun menampilkan barisan produser yang mengejutkan termasuklah Uchida Kenji (presiden Sunrise), Watanabe Shinichiro (pengarah siri anime tersebut) dan Nobumoto Keiko (penyelia kretiviti skrip asal).

Siri anime Cowboy Bebop terdiri dari 26 episod, berlatarkan dunia tahun 2071. Ia mengisahkan pengembaraan dan tragedi yang dialami oleh kumpulan pemburu ganjaran (Spike Spiegel, Jet Black, Faye Valentine, Edward dan Ein) yang mengembara dengan kapal angkasa bernama Bebop.