Jumaat, 25 Oktober 2013

Kamen Rider No.1 Bantu Kanak-kanak Thailand

Inilah wira bertopeng sejati dalam dunia reality! Tomikawa Akihiro, seorang saudagar Jepun berusia 44 tahun melawat ke Thailand setiap dua bulan.
 
Tujuan utamanya ialah mengedarkan alat mainan kepada kanak-kanak dari keluarga miskin di kawasan setinggan.
 
Apa yang menjadikan tindakan amal Tomikawa unik ialah dia melakukannya dengan berkostum Kamen Rider No.1 dan menunggang motosikal Cyclone.
 


 

Rabu, 23 Oktober 2013

Melamar Dengan Cincin Pokemon

Fashionable Geek telah memperkenalkan cincin pertunangan Pokémon yang bergaya serta elegan dari Art & Gems.
 
Malah, anda juga boleh mendapatkan gelang tangan untuk perkahwinan. Cincin pelatih Pokémon yang cantik ini pasti dapat membantu anda mendapatkan gadis idaman anda selama ini!
 
Ia mempunayi Pokeball yang diperbuat dari batu delima dan kubik zirconium sebagai batu di bahagian tengahnya dengan dihiasi dengan batu permata hijau di bahagian tepinya yang mewakili kesihatan yang baik pada permulaan pertarungan.

Penerbangan Akhir Untuk Pikachu Jumbo

Kapal terbang kuning Pikachu Jumbo Boeing 747-400 All Nippon Airways telah melakukan penerbangan terakhir dengan melakukan pendaratan di Naha Airport.
 
Mula diperkenalkan pada 2004, Pikachu Jumbo mula menjadi terkenal dikalangan kanak-kanak tetapi syarikat penerbangan mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya bersama dengan kapal terbang Boeing 747 yang telah dimamah usia.
 
All Nippon Airways (ANA) mula melancarkan kapal terbang Pokémon yang pertamanya pada 1998, serentak dengan penayangan filem anime pertama Pokémon yang bertajuk Pokémon: The First Movie.
 
Kapal terbang ini turut dilengkapi dengan bekas makanan bertemakan Pokémon, beg cenderahati, hiburan dan serta seragam kakitangan yang bertemakan filem anime tersebut.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Olimpik 2020 Beri Kesan Comiket?!

Tokyo telah memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik Musim Panas 2020 yang dilihat bakal merubah bandar ini dalam tahun-tahun akan datang.

Salah satu bangunan yang bakal diubahsuai adalah pusat konvensyen Tokyo Big Sight. Comic Market (Comiket), konvensyen Dojinshi terbesar di dunia diadakan di Tokyo Big Sight dua kali setahun.

Konvensyen ini tidak akan diadakan di Tokyo Big Sight untuk tiga sesi berikutan ubahsuai ini, melainkan jika terdapat pertukaran jadual.

Nampaknya, Olimpik 2020 memang memberi kesan pada penganjuran acara Comiket. Kali pertama Sukan Olimpik diadakan di Jepun adalah pada tahun 1964 di mana ia juga merupakan Sukan Olimpik pertama diadakan di negara Asia.


Jumaat, 11 Oktober 2013

Pengiktirafan Rekod Guinness Ultraman

Wira cahaya gergasi ciptaan Tsubaraya, Ultraman telah diiktiraf sebagai "siri televisyen yang mempunyai paling banyak kisah spin-off" oleh Guinness Book of World Records.

Beberapa Ultraman termasuk Ultraman Ginga yang terbaru serta Negishi Takuya yang memegang watak hosnya Raido Hikaru menghadiri majlis tersebut.

Pegawai Guinness, Carlos Martinez menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Ultraman asal yang menemui penonton pada tahun 1966. Ultraman lain yang muncul di majlis termasuklah Ultraman 80, Ultraman Taro, Ultraman Zero dan Ultraman Tiga.

Francais Ultraman mempunyai 27 kisah spin-off dari tahun 1967 hingga 2013.


Filem The Tiger Mask

Tahukah anda manga klasik Tiger Mask oleh Kajiwara Ikki (cerita) dan Tsuji Naoki (manga) telah diadaptasi kepada filem aksi benar?

Baru-baru ini, trailer filem arahan Ochiai Ken ini telah dimuat nasik ke internet. Dibintangi oleh Eiji Wentz sebagai Date Naoto, wira gusti bertopeng harimau yang menentang organisasi gusti jahat dan berjuang demi kanak-kanak di sebuah rumah anak yatim.

Barisan pelakon termasuklah Aikawa Sho sebagai Mister X dan Natsuna Ruriko iaitu watak heroin.

Tiger Mask akan ditayangkan di Jepun pada 9 November tahun ini. Saksikanlah trailer Tiger Mask di: http://tiny.cc/43lj3w


Jumaat, 4 Oktober 2013

Lebih Dari 70% Orang Jepun Puas Hati Dengan Kehidupan Mereka

Kerajaan Jepun telah mengumumkan keputusan soal selidik ke atas rakyatnya tentang tahap kepuasan terhadap kehidupan mereka.
 
Keputusan menunjukkan 71% daripada individu yang terlibat puas hati dengan kehidupan mereka, peningkatan 3.7% berbanding keputusan tahun lepas. Ia juga merupakan kali pertama peratusan soal selidik ini melebihi 70% dalam masa 18 tahun.
 
Pihak kerajaan percaya bahawa peningkatan ini disebabkan pemulihan ekonomi dorongan Abenomics, dasar ekonomi stimulatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Shinzo Abe.
 
Kempen soal selidik ini dijalankan oleh Pejabat Kabinet dari 6 hingga 23 Jun dengan melibatkan 10 ribu individu yang berumur 20 tahun ke atas di seluruh Jepun. Kerajaan Jepun menjalankan kempen sedemikian setiap tahun sejak 1958.