Selasa, 27 Ogos 2013

Space Pirate Captain Harlock

Ia adalah filem anime Jepun 3D terbaru diarahkan oleh Shinji Aramaki. Filem ini diadaptasi dari manga Space Pirate Captain Harlock oleh Leiji Matsumoto.

Pada 2010, Toei Animation mengumumkan bahawa mereka telah menghasilkan sedutan pembikinan semula menggunakan grafik komputer dan ia telah ditayangkan di Tokyo International Anime Fair pada tahun yang sama.

Pada tahun seterusnya, pra-tayangan Space Pirate Captain Harlock ditayangkan di Anneey International Animated Film Festival. Jalan cerita telah dihasilkan semula oleh Harutoshi Fukui untuk disesuaikan dengan masyarakat moden dan Toei turut menyediakan teknologi paling terkini untuk pembikinan filem anime ini.

Trailer pengenalan dengan penyampaian berbahasa Inggeris telah ditayangkan untuk promosi. Ia akan ditayangkan pada September akan datang.

Seiyuu:

Shun Oguri (Captain Harlock)
Haruma Miura (Yama)
Yu Aoi
Arata Furuta
Ayano Fukuda
Toshiyuki Morikawa
Maaya Sakamoto
Miyuki Sawashiro Kiyoshi Kobayashi
Chikao Otsuka


Filem Live Action Kuroshitsuji Pada Awal 2014

Tarikh tayangan filem live action Kuroshitsuji disahkan pada 18 Januari 2014.

Dibintangi oleh Hiro Mizushima dan Ayame Gouriki. Filem ini berlatarkan tahun 2020 iaitu 130 tahun selepas manga asal. Kisahnya berlaku di sebuah bandar di Asia dimana budaya timur dan barat bergabung antara satu sama lain.

Isnin, 5 Ogos 2013

Robot Bercakap Di Angkasa Lepas

Jepun kini bersedia untuk mengambil satu langkah besar dalam teknologi pembinaan robot dengan bakal menghantar robot bercakap ke angkasa lepas dalam ekspedisi Soyuz TMA-11M Expedition 38/Expedition 39. Ini bermakna, perbualan pertama di antara manusia dengan robot di angkasa lepas akan berlaku.

Robot kecil dengan ketinggian 34cm dan seberat 1kg ini adalah hasil ciptaan bersama Toyota dan Universiti Tokyo. Diberi nama Kirobo, misinya dalam ekspedisi tersebut ialah menjadi teman bersembang angkasawan Wakata Koichi semasa bertugas selama 6 bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Wakata juga merupakan angkasawan Jepun pertama untuk memegang jawatan komander ISS; manakala sudah tentulah Kirobo merupakan robot pertama yang melawat ke stesen angkasa tersebut.

Keupayaan Kirobo termasuklah pengecaman wajah dab suara, pemprosesan bahasa semula jadi dan dilengkapi kamera video. Ia mempunyai rakan bernama Mirata sebagai robot simpanan. Saksikan laporan berkenaan di: http://tiny.cc/2o58zw


Unagi Mungkin Disenaraikan Sebagai Spesies Terancam

Badan pemeliharaan antarabangsa kini mempertimbangkan status belut Jepun sama ada ia perlu disenaraikan sebagai species terancam atau tidak. Walau pun keputusan belum tercapai, perkara ini telah pun menaikkan harga hidangan istimewa pada musim panas di Jepun.

Persekutuan Pemeliharaan Semula Jadi Antarabangsa (IUCN) memasukkan belut Jepun (Anguilla Japonica) ke dalam senarai penyelidikan mereka yang mempunyai 19 jenis spesies belut.

Sesi kerja berkenaan telah tamat di United Kingdom pada awal bulan lalu dan keputusan dijangka akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang. Sekiranya status belut Jepun diluluskan, ia akan berada didalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.

Pada Februari lalu, Kementerian Persekitaran Jepun mengisytiharkan belut Jepun sebagai spesies terancam kerana jumlah tangkapan domestik tahunan telah menurun 90% dalam masa 50 tahun dengan hanya 229 tan dalam tahun 2011.

Belut bakar atau pun lebih terkenal dengan nama unagi adalah hidangan istimewa musim panas di Jepun.


Pokok Lagenda Bidadari Ditebang


Pada 3 Julai, para pekerja telah menebang sebatang pokok lagenda di Miho no Matsubara, Wilayah Shizuoka selepas upacara agama Shinto diadakan.

Lokasi itu merupakan sebahagian daripada kawasan kebudayaan Gunung Fuji yang baru-baru ini mendapat pengiktirafan status Tapak Warisan Dunia daripada UNESCO.

Pokok pain setinggi 10 meter ini dijangka berusia 200 hingga 400 tahun. Menurut lagenda, seorang bidadari telah melawat ke Miho no Matsubara dan menggantungkan bajunya pada pokok pain tersebut sebelum mandi.

Pokok yang dikenali sebagai Hagoromo no Matsu ( 羽衣ない / Poko Pain Baju Pelepah) ini mula reput setelah batangnya merekah dalam taufan pada tahun 1991.