Jumaat, 30 November 2012

Manga Reborn! Tamat?

Akira Amano bakal menamatkan siri manga terkenalnya iaitu Reborn! seperti yang telah diumumkannya di dalam majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha isu ke 50.

Shueisha akan menerbitkan buku kompilasi ke 41 pada 4 Disember ini dan diikuti bab terakhir pada Mac tahun hadapan.

Weekly Shonen Jump turut meminta pembaca supaya menantikan karya terbaru Amano yang sedang bakal diterbitkan nanti!

Ahad, 11 November 2012

Microsoft Windows 8 Ditemani Dua Watak Comel!

Sistem operasi Microsoft Windows 8 telah mendedahkan maskot karakter terbaru yang terdiri daripad dua gadis yang comel! Windows 8 Pro 64bit edisi DSP telah mula dijual pad 26 Oktober lalu akan dijual di dalam dua versi iaitu Madobe Yu dan Madobe Ai.

Kedua-dua versi ini akan disertakan bersama kertas dinding bertema dan tetikus Microsoft Wedge dengan logo Windows 8. Setiap pek akan dijual pada harga 19,980 Yen (+/- RM 777).

Asuka Nishi akan menyumbangkan suara untuk maskot Yu yang berambut pendek manakala Nao Tamura menyumbangkan suara untuk Ai yang berambut panjang.

Namun Microsoft tidak mengumumkan secara rasmi maskot karakter ini atau berkaitannya dengan maskot Windows terdahulu iaitu Madobe Nanami. Nanami terpilih sebagai maskot Windows 7 edisi DSP sejak 2009 dan nam Madobe Nanami membawa maksud "tingkap" dan "tujuh".

Gadis Anime Membawa Helikopter Tempur!

Budaya kawaii (comel) memang sinonim dengan negara Jepun. Jadi tidak mengejutkan apabila sebuah helikopter tempur anti kereta kebal AH-1S Cobra mendapat sentuhan kawaii sempena festival udara Kem Kisarazu 2012 yang telah diadakan di kem tentera Kisarazu milik Ground Self Defense Forces (Pusat Angkatan Tentera Darat) di Wilayah Chiba.

Festival ini turut  dimeriahkan dengan kemunculan maskot gadis anime bernama Akane Kisarazu yang bukan hanya muncul sebagai lukisan yang terdapat pada salah sebuah pesawat pejuang, malah gadis anime yang sebenar turut muncul!

Akane dikatakan adalah seorang juruterbang tentera pesawat juang yang baru berusia 23 tahun. Dikatakan bilangan orang ramai yang ingin memasuki tentera bertambah sejak karakter anime dan cosplayer seperti ini digunakan ketika hari terbuka kem!