Rabu, 31 Oktober 2012

Kakashi - Jadi Orang-orang di Jepun

Kini telah pun memasuki tempoh musim padi masak di Jepun. Petani di Jepun mula meletakkan orang-orang di sawah padi untuk menakutkan burung dari hasil tanaman mereka.

Penggunaan orang-orang di sawah padi adalah satu amalan yang bersejarah di mana catatan dalam rekod sejarah/mitos, Kojiki menunjukkan ia wujud sejak abad ke-8.

Dalam bahasa Jepun, orang-orang dipanggil Kakashi. Petani Jepun di zaman moden ini menghasilkannya dengan penuh kreativiti, malah menjadikannya satu seni yang memberikan pemandangan unik di sawah-sawah padi negara itu pada musim penuaian.

Seni Kopi Dragon Ball

Sebelum ini kami pernah perkenalkan seni kopi di kafe-kafe Jepun. Kali ini, anda pasti lebih terkejut dengan apa yang kami tunjukkan iaitu kopi Latte bergambar watak-watak Dragon Ball yang dihasilkan dengan susu di permukaan kopi.





Ahad, 14 Oktober 2012

Statistik Kehadiran & Bilangan Judul Tokyo Game Show 2012

Tokyo Game Show yang telah berlangsung pada 20-23 September mencatatkan rekod kehadiran baru dengan 223,753 orang mengunjungi ekspo permainan tersebut. Ini bermakna melebihi 1,500 orang berbanding tahun lalu.

Statistik bilangan judul permainan yang dipamerkan di TGS 2012 adalah seperti berikut:

  • Telefon pintar atau tablet iOS/Android (365)
  • Telefon pintar lain-lain (142)
  • PlayStation 3 (57)
  • Nintendo 3DS ((34)
  • PC (32)
  • PSP (30)
  • PlayStation Vita (24)
  • Xbox (24)
  • Wii (5)
  • Wii U (2)

Sony Perkenalkan Playstation 3 Model Terbaru


Sony memperkenalkan PlayStation 3 model terbaru dan merancang untuk memasarkannya pada bulan ini. PS3 baru ini 50% lebih kecil daripada model asal dan 25% lebih kecil dari berbanding PS3 Slim terkini.

Beratnya juga dikurangkan kepada 2.1 kilogram. Ia datang dalam dua variasi iaitu 250GB dan 500GB dengan  harga 24,900 yen (+/-RM 990) dan 29,800 yen (+/-RM 1,180).

Romi Park Tak Sabar Nak Kembali Bekerja!


Pelakon suara Romi Park yang membawa watak sebagai Edward Elric (Full Metal Alchemist), Toshiro Hitsugaya (Bleach) dan Nana Osaki (NANA) kini sedang bercuti rehat selama tiga minggu selepas menjalani beberapa pembedahan berkaitan dengan peti suaranya.

Dia kini tidak dapat menggunakan suaranya untuk beberapa hari tetapi kesihatannya kini kelihatan stabil dan menerusi blognya, Park nampaknya tidak sabar untuk kembali bekerja!