Rabu, 12 September 2012

Doraemon Tukar Warna Kepada Emas!!

Siapa yang tidak kenal dengan robot kucing dari dunia masa depan ini? Umtuk pengetahuan pembaca, siri Soul ROBOT dari Bandai bakal memasarkan Soul ROBOT Doraemon versi 2112 yang dijual pada harga 4,200 yen (+/-RM 168) setiap satu.

Kenapa dinamakan versi 2112? Ini kerana figura Doraemon ini dihasilkan untuk menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100 bermula tahun 2012. Apa yang menarik tentang figura ini adalah seluruh tubuh Doraemon adalah berwarna emas serta terdapat sebiji Dorayaki, tiga buah alat ajaib, sebuah pintu ke mana saja dan empat ekspresi wajah Doraemon yang sangat melucukan!

Rana juga selaku pengeluar barangan bakal menghasilkan figura Doraemon yang diberi nama Varia Doraemon sebagai memperingati ulang tahun ke-100 kelahiran Doraemon dan terdapat dua jenis untuk dipilih dengan rekaan corak yang sangat unik!