Selasa, 28 Ogos 2012

Persatuan Menembak Pistol Gelang Getah Jepun


Menembak adalah sejenis acara sukan. bagaimana pula dengan... ehem! Menembak dengan pistol gelang getah?

Di Jepun, terdapat satu persatuan menembak yang cukup unik iaitu Persatuan Menembak Pistol gelang Getah Jepun. Mereka mempromosikan sukan menembak yang sesuai untuk semua lapisan umur, malah ahli-ahlinya tidak perlu mempunyai lesen senjata api.


Selain daripada mempunyai laman web rasmi sendiri yang penuh dengan pelbagai informasi, persatuan ini turut mengeluarkan ranking dunia bagi acara sukan tersebut. Menurut carta yang dikemaskini pada 29 Julai, penembak yang menduduki tangga ke 6 adalah seorang datuk dalam kategori umur 70 tahun ke atas.

Daging Lembu Kobe Mula Dieksport


Daging lembu Kobe mula dieksport keluar dari Jepun. Pada 27 Julai, beberapa pasaraya dan restoran berkelas tinggi di Hong Kong menjual daging lembu terkenal itu yang sebelumnya hanya dihadkan di pasaran Jepun.

Menurut persatuan pemasaran industri daging Jepun, Hong Kong merupakan pasaran asing kedua yang mengimportkan daging lembu Kobe selepas Macau pada Februari lalu. Kedua-dua tempat ini merupakan kawasan pentadbiran khas negara China.

Daging lembu Kobe datangnya dari lembu Tajimagyu yang diternakkan di kawasan pergunungan Wilayah Hyogo sejak abad ke 17. Daging ini terkenal dengan keenakannya serta tekstur seumpama batu marmar di mana kandungan daging dan lemak yang seimbang.

Harga daging lembu Kobe di Hong Kong adalah kira-kira HK$450 (-/+RM 180) per 100 gram.

Jepun Cipta Rekod Dunia Baru Dengan Ukulele


Pada 28 Julai, lebih daripada 2 ribu orang pemuzik bermain ukulele di Yokohama untuk mencipta rekod dunia baru perhimpunan paling ramai pemain gitar mini yang berasal dari Hawaii.

Usaha mereka telah diiktiraf oleh para pegawai Guinness World Record selepas mendengar mereka memainkan Aloha Mahalo A Hui Ho, sebuah lagu ciptaan ahli sumo Konishiki yang berasal dari Hawaii.

Jumlah tepat pemain ukulele yang mengambil bahagian dalam perhimpunan ini ialah 2,134 orang dan telah mencecah rekod sebelumnya yang dicipta di Sweden oleh 1, 547 orang.