Jumaat, 25 Mei 2012

Sashihara Rino Memperbaharui Google Sebanyak 300 Kali Dalam 24 Jam

Pada 4 Mei lalu, Sashihara Rino dari AKB48 melengkapkan cabaran '300 perbaharuan dalam 24 jam'. Dia bermula pada jam 6 petang dan ingin menyempurnakan 300 perbaharuan untuk laman Google+ peribadinya.

Kemasukan pertamanya adalah: "Mungkin saya akan mengacau orang, tapi saya akan buat yang terbaik! Saya harus lakukannya.".

Pada tahun 2010 dan 2011, dia memperbaharui blog terkininya dengan pos terbaru 100 kali dan 200 kali dalam 24 jam. Tetapi kali ini, dia menghadapi cabaran yang lebih hebat.

Akhirnya, dia mencapai matlamatnya pada jam 5.30 petang keesokan harinya dengan gambarnya yang letih bersama isyarat tangan 'peace'. Semasa pos ke-300, Sashihara berkata: "Terima kasih! Mulai sekarang, saya akan terus buat yang terbaik untuk mendapatkan sokongan anda."

Kyary Pamyu Pamyu Menerbitkan Buku Stail Pertama

Pada 5 Mei lalu, Kyary Pamyu Pamyu mengadakan acara pelancaran buku stail pertamanya, Kyary Bone. Kyary meluangkan masanya untuk berkongsi pelancaran ini, menjelaskan: " Ia penuh dengan fesyen, solekan dan rahsia saya."

Foto istimewa Kyary Bone daripada Kyary sewaktu kecil sehinggalah ke yang terkini. Ia juga dipenuhi dengan fesyen unik Kyary dan tips kecantikan daripada rambut sehingga solekan yang melengkapi gaya uniknya.

Jaket Akito Kini Dijual


Rangkaian gedung Cospa yang menjual pakaian cosplay memperkenalkan jaket merah yang selalu dipakai oleh karakter utama dari siri manga/anime Bakuman.

Jaket seumpama lambang karakter Takagi Akito ini mula dijual pada penghujung Mei. Ia diperbuat daripada 100% poliester, berharga 12,600 Yen (+/- RM 485) dengan pilihan XL, L, M dan S.

Isnin, 14 Mei 2012

Muka Mirip Johnny Depp


Tokyo - Seorang lelaki Jepun, Ken Shimizu, meniru gaya misai, janggut dan penampilan pelakon terkenal, Johnny Depp.

Shimizu muncul bersama para peminat lain untuk mendapatkan tandatangan Depp di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dekat sini. Depp tiba di sini kelmarin untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya, Dark Shadows.

Topi dan cermin mata yang dipakai Shimizu turut kelihatan hampir sama dengan milik Depp. Sebelum tiba di sini, Depp menafikan dia telah berpisah dengan kekasihnya, Vanessa Paradis. Dia mempunyai dua anak hasil hubungannya dengan Paradis. - Agensi

Jumaat, 11 Mei 2012

Model Teksi Dari Filem K-ON! Bakal Dijual


Pembuat model Aoshima akan menghasilkan model teksi London pada skala 1:24 yang pernah muncul di dalam filem anime terbaru K-ON! dan akan dijual pada penghujung bulan Jun akan datang. Aoshima bakal menjual model ini pada harga 3,800 Yen (+/- RM 143) sebelum cukai.

Filem K-ON! mula ditayangkan di Jepun pada 3 Disember yang lalu sebagai sekual kepada siri anime K-ON!!. Filem ini berjaya mengutip 1.7 billion Yen (+/- RM 64 juta) dan telah disaksikan lebih dari 128,000 kali sehingga 1 Mac.

Khamis, 10 Mei 2012

Triumph Perkenal Coli Nyaman


Tokyo, Jepun - Pengeluar pakaian dalam, Triumph semalam melancarkan coli istimewa yang dapat memberikan rasa nyaman kepada wanita ketika cuaca panas.

Berisi gel pejal tetapi lembut, coli Super Cool Bra dapat menyejukkan badan selepas dibiarkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.

Super Cool Bra juga boleh mengeluarkan bunyi kerana dilengkapi loceng angin di antara dua mangkuk coli berkenaan dan haruman tradisional Jepun bagi memberikan keselesaan kepada pemakainya.

Triumph dalam satu kenyataan di sini memberitahu, coli berkenaan diperkenalkan bagi tujuan promosi dan bukan untuk dijual kepada orang ramai.

Menurut kenyataan sama, idea mencipta coli itu dibuat atas kesedaran berhubung keperluan menjimatkan elektrik semasa musim panas di Jepun. - AFP

Rabu, 9 Mei 2012

OSUNAARASHI - Ahli Sumo Muslim Yang Pertama

Memperkenalkan Abdelrahman Ahmed Shaalan, berusia 20 tahun. Dia adalah Muslim pertama yang bersaing dalam arena sumo profesional di Jepun. Gelarannya adalah Osunaarashi (Ribut Pasir Besar).

Abdelrahman berasal dari Giza, Mesir. Dia berhenti belajar di universiti untuk memasuki sukan sumo profesional. Namun, dalam dunia sumo yang dianggap sebagai seni kebangsaan Jepun, Abdelrahman perlu berhati-hati untuk menjauhi daging khinzir dan arak, yang menjadi diet utama para ahli sumo untuk menaikkan berat badan.

Di dalam rutin latihan yang ketat dan berada di kalangan peserta sumo lain, dia tetap bersembahyang lima kali sehari. Selain itu, dia turut menghadapi kesukaran dalam bulan Ramadan, di mana dia perlu berpuasa walau pun selepas latihan petang yang hebat.

"Saya yakin untuk mengatasi cabaran saya," kata Abdelrahman kepada media Jepun selepas memenangi dua perlawanan bertaraf profesional dalam sebuah kejohanan di Osaka.

"Saya ingin menjadi ahli sumo yang mewakili Arab dan Afrika. Impian saya adalah untuk menjadi Yokozuna," jelas ahli sumo yang berketinggian 189 cm dan seberat 145 kg ini.

Jumaat, 4 Mei 2012

Hoshino Aki Melahirkan Anak Perempuan

Hoshino Aki dan Miura Kosei kini bergelar ibu bapa. Hoshino menulis dalam blognya bahawa dia telah melahirkan anak perempuan sulungnya pada 12 April. Kedua-duanya, Hoshino dan anaknya dalam keadaan sihat.

Menurut seseorang dalam agensi pengurusannya, Hoshino sakit untuk bersalin dan melahirkan anaknya dalam 3 atau 4 jam selepas memasuki bilik bersalin. Dikatakan Miura bergegas ke hospital dan ada di sisi isterinya ketika bersalin.