Selasa, 23 November 2010

Senyuman Terindah daripada Matsushita Nao & Sasaki Kuranosuke


Persatuan Pergigian Jepun telah menyampaikan anugerah 2010 Best Smile Of The Year. Dalam kategori selebriti, Matsushita Nao dan Sasaki Kuranosuke diberikan penghormatan ini kerana senyuman mereka.

Anugerah ini dimulakan pada tahun 1993 dan diadakan setiap tahun (kecuali tahun 2004) pada 8 November, yang boleh dibaca sebagai "li ha", bunyi yang sama untuk "gigi sihat".

Sanrio Diarah Henti Hasilkan Item Kathy


Selepas mengesahkan bahawa karakter Kathy oleh Sanrio ialah hasil ciplak dari karakter Miffy (Nijntje) di Belanda, mahkamah di Amsterdam telah mengarahkan Sanrio berhenti menhasilkan dan menjual item Kathy di tiga negara Eropah.

Menurut mahkamah, karakter arnab Kathy "terlalu sama" dengan arnab Miffy yang dihasilkan Dick Bruna. Arahan ini termasuk di Belanda, Belgium dan Luxembourg. 

Jika Sanrio tidak mematuhi arahan ini, mahkamah akan mengarahkan Sanrio membayar sebanyak 25 ribu Euro sehari kepada Mercis, syarikat yang menguruskan hak cipta Bruna. Bruna yang berusia 83 tahun mula menulis siri buku bergambar menampilkan Miffy (dikenali sebagai Nijntje di Belanda) pada 1955.

Buku versi terjemahan sangat popular di Jepun dan menjadi inspirasi beberapa siri animasi televisyen. Kathy merupakan rakan kepada karakter paling popular Sanrio, Hello Kitty.

Kathy (kiri) muncul dalam siri anime Hello Kitty and Friend. Selepas keputusan dikeluarkan, pihak publisiti Sanrio mengatakan bahawa mereka tidak pernah menganggap yang Kathy serupa dengan Miffy.

Jumaat, 12 November 2010

Gonzo, Kitakubo Hasilkan Siri Satria Untuk Malaysia


Studio anime Jepun Gonzo telah menandatangani kontrak dengan studio animasi Funcel dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk menghasilkan siri animasi pengembaraan yang dipanggil Satria - The Warrior of the 7 Elements untuk musim luruh 2012.

Siri 26 episod selama 24 minit ini akan menggabungkan sejarah Asia Tenggara dengan fiksyen. Siri ini disasarkan kepada kanak-kanak berusia 9 hingga 14 tahun. 


Hiroyuki Kitabkubo (Blood: The Last Vampire) akan mengarah siri ini. Kitakubo telah memaparkan lukisan kasar bagi karakter utama dari projeknya sekarang di Twitter.

Menurut Kitakubo, karakter ini ialah 'Han Towa' hero lagenda Malaysia.(Han Towa ialah sebutan orang Jepun bagi Hang Tuah)

Universal, Illumination Dapat Hak Filem Pluto

Universal Pictures dan Illumination Entertainment telah memperolehi hak bagi filem hibrid grafik komputer (CG) Pluto dari Tezuka Production.

Filem ini berdasarkan manga misteri sains fiksyen Naoki Urasawa oleh Pluto. Manga ini pula merupakan drama seinen yang dihasilkan berdasarkan manga Astro Boy oleh Osamu Tezuka.

Menurut CEO Illumination Entertainment, Chris Meledandri, Naoki Urasawa telah menghasilkan dunia penuh aksi dan pengembaraan unik tetapi karakter dan jalan cerita menyentuh hati yang mendorongnya untuk mendapatkan hak bagi adaptasi filem berkenaan.

Pluto mula disiarkan di Jepun pada 2004 dan memenangi Anugerah Budaya Tezuka pada 2005.